Isnin, 20 Disember 2021

AWAS - KITA JAGA KITA

 




Al-FATIHAH

3 maut dalam banjir di Sri Muda, kata polis

TIGA mayat ditemui di kawasan Sri Muda di shah Alam ketika pihak berkuasa meneruskan usaha menyelamatkan penduduk yang dilanda banjir.

Penemuan mayat mangsa banjir itu diumumkan hari ini oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat banjir teruk hujung minggu ini seramai empat orang.

“Ketiga-tiga mereka termasuk dua warga tempatan tinggal di kawasan Sri Muda,” kata Baharudin seperti dipetik Astro Awani. – 20 Disember, 2021.





Fokus salur bekalan 

makanan di Sri Muda, 

kata MB Selangor

TUMPUAN utama dalam operasi menyelamat di kawasan Sri Muda dan Seksyen 25 Shah Alam adalah memastikan penduduk mendapat makanan, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

“Ramai juga yang tidak mahu pindah. Tumpuan utama waktu ini adalah bekalan makanan,” katanya menerusi Twitter.

Menurutnya lebih ramai lagi akan dipindahkan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan aset bomba.

“Lebih 30 bot sedang membantu memindahkan mangsa sekarang,” katanya.

Awal hari ini dalam hantaran di Facebook Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata kerajaan perlu mengerahkan tentera, bot dan pasukan penyelamat dengan segera untuk memindahkan mangsa yang terkandas di Taman Sri Muda ke tempat selamat. –20 Disember, 2021.


AWAS

HATI 

HATI

KITA 

JAGA

KITA

AMIN


1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Sapa yang tahu ..Forest City banjir tak ..kok tak banjir apo doa marika pakai ..