HANTU RAYA HIDUP LAGI ?
Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 06/06/2022
( 1 - 22 )
1. Ingatkan 'Hantu Raya' ini sudah tiada lagi selepas lama bersembunyi menghilang dari umum
2. Kerana perangai dan sikap bodoh beliaulah yang menyebabkan saya mula menulis sehingga sekarang
3. Apakah beliau menganggap mendiamkan diri maka umum akan lupa apa yang dilakukannya ketika menjawat jawatan penting negara dan menganggap segala kesalahan yang dilakukan dimaafkan ?
4. Cakap - cakap bahawa 'Hantu Raya' tidak bertuan mungkin benar dan 'Hantu Raya' juga akhirnya akan makan tuan pun ada kebenarannya
5. Kemunculan 'Hantu Raya' ini secara tiba - tiba dengan menawarkan diri kepada mana - mana Parti bagi bertanding dalam Piihanraya Umum akan datang tak ubah seperti jalang yang menawarkan diri kepada sesiapa yang kemaruk seks
6.. Baru - baru ini Dzulkifli Ahmad , mantan KP SPRM yang dimaksudkan sebagai 'Hantu Raya' menawarkan diri kepada mana - mana parti yang berkehendakan beliau bertanding di Kawasan Parlimen Tasek Gelugor , Pulau Pinang
7. Kepada saya hanya parti yang ketandusan calon sahaja seperti Parti Cinta Malaysia atau Parti Bangsa Malaysia yang akan menggambil orang yang tak siuman ini bertanding
8. Menyampaikan bantuan tidak salah , malah digalakan tetapi janganlah menggambil kesempatan dengan bantuan tersebut
9. Dzulkifli Ahmad dipecat dari jawatan KP SPRM setelah melakukan beberapa perkara bodoh yang memakan diri
10. Buat permulaan perlantikan beliau kejawatan tersebut oleh Najib Tun Razak ketika itu pun telah dipertikaikan
11. Perlantikan tersebut adalah 'hadiah istimewa' setelah MEMBOCORKAN kandungan Kertas Pertuduhan Ghani Patail , Peguam Negara terhadap Najib berkaitan kes 1MDB ( sila lihat lampiran )
12. Najib yang telah didapati bersalah mencuri wang Negara/Rakyat melalui 1MDB oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terdiri dari 3 orang Hakim dan sedang berusaha keras bagi melepaskan diri di Mahkamah Persekutuan , dari dulu hingga sekarang masih memerlukan apa saja bantuan yang boleh termasuk dari SPRM
13. Kertas Pertuduhan adalah RAHSIA NEGARA jestru membocorkannya adalah satu kesalahan jenayah yang masih boleh diambil tindakan bila - bila masa namun ianya tidak berlaku kerana beliau ketika itu dilindungi Perdana Menteri Najib
14. Selepas dilantik beliau mula mengganas dengan menunjukan belang sebenar
15. Jika masih ingat ada 2 tindakan bodoh dan tidak bermaruah yang dilakukan :
i. Melanggar Aturan dan Peraturan Perkhidmatan Awam dengan menyelar / menyerang dasar kerajaan secara umum - Ali Hamsa , Ketua Setiausaha Negara atau KSN ketika itu takut menggambil tindakan disiplin kerana hubungan beliau dengan Najib TERLALU intim dan tidak menghairankan juga berkemungkinan telah 'dibeli' kerana masa itu 'CASH IS KING'
ii. Mengheret kesana sini Hazreen Hatta yang sewaktu itu masih bersuami , termasuk ke Bali , Indonesia
16. Yang menjadi tanda tanya sehingga kini :
i. Apakah Dzulkifi telah menyalahguna wang SPRM berseronokan dengan Hazreen dengan diiringi oleh 2 orang pegawai SPRM - mengapa tidak ada sebarang siasatan oleh Kerajaan dulu dan sekarang walaupun beliau sudah bersara
ii. Mengapa Hazreen yang MASIH bersuami dan mempunyai anak ketika itu SANGGUP membohongi dan melakukan maksiat ; apakah beliau terlalu berahi sehingga tidak takut balasan ALLAH SWT nanti
17. Perangai dan perbuatan Dzulkifli telah menjadikan ikutan oleh beberapa pegawai SPRM yang memalukan dan susah hendak dipercayai ( sila lihat klip video Zahrin Yassin )
18. SPRM kini yang diketuai Azam Baki kini BERSELIPUT dengan rasuah dan isu moral
19. Walaupun beberapa pegawai dihadapkan ke Mahkamah namun banyak lagi kes melibatkan rasuah dan salahguna kuasa oleh pegawai - pegawai tinggi SPRM termasuk kes Azam Baki ditutup atau disenyapkan sahaja ( sila lihat lampiran )
20. Tidak salah malah saya bersetuju SPRM siasat sahaja TANPA PILIH KASIH DAN BULU termasuk Hakim Nazlan Ghazali tetapi dalam masa sama SPRM dan Kerajaan 'Keluarga Malaysia' sepatutnya menggambil tindakan juga terhadap Azam dan Pegawai yang rasuah dan tidak bermoral
21. Semoga rakyat khususnya pengundi di Kawasan Parlimen Tasek Gelugor atau dimana - mana Kawasan berhati - hati agar TIDAK TERTIPU dengan 'Hantu Raya' ini ; beliau akan lakukan apa sahaja termasuk berketubah atau mendeklarasikan sajak
22. INGAT 'HANTU RAYA' INI PANDAI BERPURA - PURA
Wassalam
Terima Kasih
1 ulasan:
Di bolehland, kambing di pakaikan baju biru logo dacing pon boleh menang undi org melayu, ini kan hantu raya yang memang org2 melayu takot..
Catat Ulasan