Sabtu, 28 Oktober 2023

DEMO TAK PERLU SITI NURHALIZA


Lebih 5,000 berarak dari KLCC ke Kedutaan AS

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 orang menyertai Himpunan 10K Solidariti Palestin yang dianjurkan PAS, bermula dari Masjid KLCC, tengah hari tadi.

Peserta mula berarak kira-kira jam 1.45 petang selepas solat Zuhur dari masjid menuju ke Jalan Binjai, Persiaran KLCC, di sini.

Perhimpunan ini kemudian menuju ke Jalan Tun Razak melalui hadapan Menara Tan and Tan dan seterusnya bergerak ke hadapan bangunan Tabung Haji.

Seterusnya dari Tabung Haji, kumpulan solidariti ini membuat pusingan U dan menuju ke hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), namun dihalang oleh pihak polis.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata sehingga jam 2.15 petang peserta perhimpunan masih berarak.

"Pada masa ini, kita anggarkan terdapat hampir 5,000 orang masih bergerak menuju ke Jalan Tun Razak dari Masjid KLCC dan jumlahnya mungkin bertambah dari semasa ke semasa.

"Kita menempatkan pegawai dan anggota polis di setiap titik penting bagi mengawasi perjalanan himpunan ini selain memantau situasi semasa.

"Kita juga akui perhimpunan ini turut menyebabkan aliran trafik di kawasan berhampiran terganggu namun pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cuma mengawasi keadaan lalu lintas," katanya kepada BH di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, tinjauan BH mendapati penganjur berkumpul di hadapan Bangunan ALPS, Jalan Tun Razak, tidak jauh dari Kedutaan AS.

Selain pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, himpunan ini turut membabitkan penugasan dari IPD Wangsa Maju.

Ini kerana lokasi perhimpunan yang sebelum ini dijadualkan di Masjid KLCC sudah diubah kepada Menara ALPS.

DEMO ANTI ISREAL

DEMO ANTI AMERIKA

TAK PERLU

SITI NURHALIZA

AMIN

DEMO SOKONG

PALESTIN PERLU

SOKONGAN

ORANG RAMAI

KHALAS 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Demo taliban Malaysia syok sendiri. Perangai ketagih rökok masih tak boleh dibuang. Buntu dalam sedar. Kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Ada juga video yang terus mengutuk orang-orang kita tetapi perangai macam Yahudi jugak curi merompak merogol semuanya lengkap kah kah kah sifat Yahudi sebenarnya ada dalam diri semua manusia cuma kita di pihak mana, yang baik atau jahat? Usulnya kena adil saksama tetapi adakah kita adil saksama dalam semuanya kah kah kah