Ahad, 12 Mei 2024

CONTOH MENTERI ALAM SEKITAR



86.5 juta pokok ditanam di pesisir pantai setakat Mei ini – Nik Nazmi

PELABUHAN KLANG – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menanam 86.5 juta pokok melibatkan 3,500 hektar kawasan pesisir pantai di seluruh negara, setakat Mei 2024.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penanaman itu bukan sahaja membabitkan pokok bakau bahkan ia melibatkan 1,823 spesis lain yang ditanam susulan insiden tsunami di Acheh sejak 2005.

“Sasaran kita menjelang tahun hadapan atau 2025 kita dapat capai 100 juta pokok pelbagai spesis di seluruh negara.

“Setakat ini hampir lapan juta pokok bakau sudah kita tanam di kawasan pesisir pantai bertujuan untuk mengelakkan hakisan ombak, selain menjadi habitat ikan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran Rakan Bumi Initiative For Mangrove Planting Programme 2024 di Mangrove Point, di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengingatkan kerajaan-kerajaan negeri untuk membuat pindaan enakmen yang berkaitan dengan penyahwartaan hutan.

“Kita sudah pinda Akta Perhutanan sejak 2022, ikut contoh Kerajaan Selangor, kita minta kerajaan-kerajaan negeri kalau dia nak buat sebarang penyahwartaan, mereka kena buat siasatan awam.

“Kalau ada penyahwartaan kena ganti serta-merta dengan kawasan hutan yang baharu.

“Selain Selangor, Perlis sahaja yang sambut, jadi kita telah mengingatkan kerajaan-kerajaan negeri yang lain untuk buat pindaan yang sama kepada enakmen yang relevan di negeri masing-masing,” katanya. – MalaysiaGazette

TAHNIAH

SYABAS

AMIN

MENTERI YANG

MENJALANKAN

TUGAS

 ALAM SEKITAR

AMIN





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia pun jenama baca teks, entah kira pakai jari atau kalkulator? Apapun kalau betullah bagus bagus sekali ya, bukan selalu nak menghentam tetapi biar bagi komen membina sedikit kalau buat kerja-kerja betul kita sokong, jangan buat kerja tak betul kemudian post gambar saja kah kah kah