Selasa, 27 Oktober 2015

BAJET PANCET - AYAM PENYEK



BAJET 2016: KERAJAAN KUTIP GST RM19 SEHARI SETIAP KELUARGA BERBANDING KENAIKAN BR1M 14 SEN SEHARI

JK Ekonomi Pakatan Harapan telah meneliti secara keseluruhan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Najib Razak pada 23 Oktober 2015 yang lalu. Sementara pimpinan Pakatan Harapan dan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan akan terus memberi maklumbalas mengenai bajet ini, JK Ekonomi Pakatan Harapan yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan menyifatkan Bajet 2016 ini adalah yang paling teruk pernah dibentangkan oleh Najib Razak.

Kepincangan paling utama Bajet 2016 ini ialah apabila beban membayar hasil kepada kerajaan telah dialihkan kepada rakyat kebiasaan.

Keborosan kerajaan Barisan Nasional mula menjadi-jadi sejak harga minyak mentah naik mendadak sekitar tahun 2005. Peningkatan tersebut menaikkan hasil kerajaan melalui kutipan-kutipan cukai syarikat minyak, cukai petroleum, royalti minyak, cukai tidak langsung ke atas hasil petroleum dan dividen dari PETRONAS. Oleh itu, sejak tahun 2005 wujud pergantungan kepada industry minyak dan gas di negara ini untuk menampung perbelanjaan kerajaan.

Dengan kejatuhan harga minyak mentah, tiba-tiba hasil yang lumayan itu turun mendadak. Kerajaan sendiri menjangkakan bahawa hasil dari sumber petroleum menurun sekitar RM30 bilion dalam tahun 2015 dan telah ditampung oleh kutipan GST. Malangnya, operasi dan kos menguruskan kerajaan telah terbiasa dengan sumber hasil dari petroleum hingga menyebabkan pembaziran dan ketirisan sukar dibendung.

Dalam Bajet 2016, pentadbiran Najib Razak mengalihkan beban membayar hasil ini daripada syarikat-syarikat gergasi minyak kepada rakyat kebiasaan. Lompong hasil sebanyak RM30 bilion ini dijangka akan terus ditampung oleh rakyat kebiasaan yang akan membayar cukai yang lebih tinggi seperti berikut:

Cukai Dibayar Rakyat
Kutipan 2015 (RM Bilion)
Kutipan 2016 (RM Bilion)
Peningkatan
(RM Bilion/%)
GST (dan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan)

34.5

39.0

4.5 (13%)
Duti eksais (kereta, rokok dan lain-lain)

12.2

12.4

0.2 (2%)
Cukai individu
28.1
30.3
2.2 (8%)
Cukai syarikat
68.3
74.4
6.1 (9%)
Jumlah pertambahan kutipan


156 Bilion

13 Bilion

Ini bermakna, rakyat Malaysia akan membayar sebanyak RM13 bilion cukai tambahan dalam tahun 2016. Jika ini diaggregatkan mengikut isirumah (dengan anggaran 1 keluarga pada puratanya mempunyai 5 orang ahli, bersamaan 6 juta isirumah), setiap keluarga Malaysia pada puratanya membayar cukai sebanyak RM27,857 setahun kepada kerajaan dalam bentuk-bentuk seperti di atas.

Peralihan beban cukai kepada rakyat ini lebih ketara apabila analisa kutipan GST setiap isirumah dibandingkan dengan pengumuman kenaikan BR1M sebanyak RM50.

Sementara kerajaan akan mengutip GST pada puratanya RM19 sehari dari setiap keluarga di negara ini dalam tahun 2016, jumlah kenaikan BR1M sebenarnya hanya 14 sen sehari. 

JK Ekonomi Pakatan Harapan akan terus memberikan analisa perbandingan sebegini setiap hari sepanjang minggu ini. Kupasan pada hari-hari berikutnya bakal menyentuh soal tata kelola ekonomi (governance) dan pemotongan subsidi yang akan menyebabkan kenaikan harga barang mendadak dalam tahun 2016.

Analisa-analisa ini akan dibentangkan dengan lebih panjang lebar di dalam forum belanjawan Pakatan Harapan yang bertajuk “Bajet 2016: Mencetus Atau Mengurus Krisis” pada malam ini (Isnin, 26 Oktober 2015) jam 830 malam di Dewan Himpunan Cina KL Selangor.


RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN
WONG CHEN, AHLI PARLIMEN KELANA JAYA
KHALID SAMAD, AHLI PARLIMEN SHAH ALAM
LIEW CHIN TONG, AHLI PARLIMEN KLUANG

Bagi pihak
JK EKONOMI PAKATAN HARAPAN






---------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu lah orang bahalol

Angkat Ketua Kabilah tuk kencing bangsa sendiri

Melayu dudah lah papa kedana miskin sejak Zaman Batu dulu sampai sekarang pon tak ubah ubah

Tengok Rumah Flat BATU rata rata Melayu se saja

Zaman Batu hidup dalam GUA BATU , Zaman Batu Moden hidup dalam RUMAH FLAT BATU jugak

Tapi sebab bahalol , bebende begini tak nak sedar.

Pandai pulak bila mati nak tanam dalam tanah , tak dalam BATU.

Eh, Mana itu TONG DRUM MINYAK SEMEN ????

Kepala Otak !!!!!!