Acah ‘peperangan’ ancam demokrasi
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Ali Rustam telah dilaporkan berkata bahawa pertubuhannya sedia ‘berperang’ sekiranya dicabar. Kenyataan beliau nampaknya telah mendapat restu Najib Razak.
Malah Perdana Menteri sendiri turut mengisytiharkan silat sebagai benteng pertahanan negara ketiga selepas polis dan angkatan tentera. Deklarasi yang sama turut pernah dinyatakan olehnya sebelum perhimpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011.
Setiap kali berlangsungnya perhimpunan aman yang dilihat sebagai menggugat kedudukan parti pemerintah, kita akan turut melihat bunga-bunga ancaman dan ugutan daripada proksi-proksi ultra Melayu untuk cuba mempertahankan kedudukan kuasa parti pemerintah.
Pendekatan sebegini sewajarnya dikecam dan dihentikan, terutamanya apabila ia menggugat amalan demokrasi yang menjamin hak membantah, serta mengganggu keamanan sejagat dan hubungan antara kaum tanpa sebarang tindak balas undang-undang.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menilai kenyataan Ali Rustam sebagai suatu ancaman serius terhadap keamanan dan demokrasi yang diamalkan dalam negara.
Tidak mungkin sebuah sistem pilihanraya yang adil dan bebas dapat dilaksanakan sekiranya wujud kelompok-kelompok yang bebas mengacah dan mengugut menggunakan kekerasan serta perkelahian secara sesuka hati.
Ugutan sedemikian adalah ancaman kepada demokrasi dan sistem pilihanraya yang bersih serta hak membantah, yang menjadi tuntutan perhimpunan Bersih 4 hujung Ogos lalu.
BERSIH 2.0 justeru menggesa pihak polis untuk menyiasat kenyataan Ali Rustam yang berbaur perkauman tersebut supaya tindakan lanjut dapat diambil.
BERSIH 2.0 menegaskan bahawa kami bersama rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan demokrasi akan terus komited terhadap nilai-nilai tersebut. Manakala mereka yang cuba menjejaskan demokrasi dengan ancaman dan ugutan keganasan pastinya akan terhantar ke bakul sampah sejarah.
Dikeluarkan oleh,
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0
----------
5 ulasan:
Ali Lustam mau buka lia punya silat guna kelis ketot yang dia atak, apa...lu olang hingat ini olang bole menang ka? Lancau la, wa kasi wa punya kuntau gilenti ini pendek punya olang tentu lali. Kalau lia mali likat, manyak senang wa tilajang sama lia.
Make Love , not War
Kata zombie, untuk gunakan pasukan silat jika berlakunya perang .. betul lah tu, kita ada submerin tapi tak boleh nyelam, ada tank tak boleh bergerak ada jet tapi enjinnya ilang.
Bayangkan kita berperang nak rebut kepulauan Laut China Selatan nanti .. maka berterbanganlah pesilat kita bertempur dengan kapal perang dan jet perjuang China.
Betul ke aku tulis ni, atau Si Zombie tu yang salah cakap. Ali Rustam sebelum buka langkah silat kena tahu juga apa itu perang, tempur dan gaduh dalam kelambu.
Patutnya ali ketam dan pesilat pesilat nya lahir sebelum tahun 1511 dapat lah dia mempertahankan melaka dari ditawan oleh portugis
Bahalol Melaka boleh buat MAGIK tau....
Jaga jaga....
Catat Ulasan