Polis tahan suspek warga Nigeria bergaduh guna parang, kapak
MELAKA – Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria bagi membantu siasatan insiden pergaduhan berdarah menggunakan senjata tajam melibatkan tiga lelaki warga Nigeria dipercayai berkaitan masalah hutang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan di kawasan awam sekitar bandar Melaka jam 11 malam tadi.
Menurutnya, polis turut mengenalpasti seorang lagi rakan senegaranya berusia 33 tahun yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka susulan kecederaan dialaminya dalam pergaduhan semalam dipercayai menggunakan senjata tajam seperti parang.
“Kita percaya, insiden pergaduhan di tempat letak kereta Pangsapuri Jaya Muda, Jalan Ong Kim Wee semalam melibatkan tiga lelaki warga Nigeria disyaki berkaitan masalah hutang berjumlah kira-kira RM2,000.
“Bagaimanapun, polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas selepas seorang suspek ditahan manakala seorang lagi dikesan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka akibat luka di badan dan paha,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Semalam, berita melaporkan kejadian pergaduhan dipercayai melibatkan dua lelaki warga Afrika di sebuah pangsapuri di Gajah Berang, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi.
Saksi kejadian mendakwa melihat dua lelaki warga asing terbabit yang bersenjatakan parang dan kapak bergaduh dalam keadaan masing-masing berlumuran darah selama hampir 10 minit di ruang parkir pangsapuri terbabit.
1 ulasan:
Patut korang tangkap dia orang ni, jual organ dia. Jual buah pinggang jantung mata gigi. Sapa nak kote panjang boleh pakai Nigeria punya organ.
Catat Ulasan