Isnin, 28 November 2022

AWAS ! BAHAYA ZIONIS MERESAP




Anwar sebagai PM buka

 peluang hubungan

 dengan Malaysia, 

kata pengarang kanan

 akhbar Israel

Pengarang kanan sebuah akhbar Israel berpengaruh berkata pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri boleh membuka lembaran baru dalam hubungan antara negara Yahudi itu dengan Malaysia, di mana setiap kerajaan ditubuhkan sebelum ini tegas mengutuk Zionisme dan secara terbuka menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Ketua pengarang akhbar berbahasa Inggeris Haaretz, Esther Solomon turut membandingkan Anwar dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang jelas melemparkan kutukan terbuka terhadap dasar Israel di forum antarabangsa sehingga menyebabkan beliau dilabel sebagai “anti semitik”.

"Berbeza dengan Mahathir sebelum ini, PM Malaysia yang baru Anwar Ibrahim tidak menggelar dirinya sebagai seorang yang ‘bangga sebagai anti semitik'; malah musuhnya menyelar beliau sebagai 'agen' Yahudi dan/atau Kristian

"Israel akan menyukai hubungan yang lebih erat dengan Kuala Lumpur. Mungkin ini adalah peluang?" soalnya mengulas di Twitter sambil berkongsi laporan Haaretz mengenai pelantikan Anwar.

Ulasannya mengundang banyak balasan dari rakyat Malaysia, walaupun kebanyakannya adalah balasan ringkas yang mendakwa tidak ada negara bernama Israel, dan ada juga yang berpendapat bahawa sebarang isyarat diplomatik kepada Israel akan membunuh karier politik Anwar.

Perdebatan panjang mengenai dakwaan wujud hubungan Anwar dengan Israel dibangkitkan semula sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, apabila pesaingnya di Tambun, Ahmad Faizal Azumu, mencabar beliau untuk menyatakan PKR tidak disusupi anasir Israel.

Apa yang dibangkitkan Faizal itu adalah susulan penahanan puluhan rakyat Malaysia yang dikatakan diupah oleh agensi perisikan Israel, Mossad untuk menculik seorang pereka program komputer Palestin yang dikehendaki negara itu September lalu.

Beberapa hari selepas suspek didakwa di mahkamah atas tuduhan menculik, muncul gambar di media sosial yang menunjukkan salah seorang daripada mereka, rakyat Malaysia bernama Raibafie Amdan, mengibarkan bendera PKR dalam gambar yang diambil beberapa tahun sebelum itu.

PKR kemudiannya menafikan Raibafie merupakan ahli parti itu.

Insiden tersebut turut membangkitkan semula kenyataan kontroversi Anwar ketika diwawancara Wall Street Journal pada 2012, di mana beliau berkata akan "menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel".

Dalam artikel mengenai pelantikan Anwar baru-baru ini, Haaretz berkata pandangan Anwar itu menunjukkan beliau lebih terbuka untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

"Ini adalah kenyataan penting daripada seorang ahli politik kanan di negara yang pasportnya menyatakan 'sah untuk semua negara di dunia, kecuali Israel'," kata akhbar itu.

"Walaupun rekod (kenyataannya) bercampur-baur, (Anwar) Ibrahim sememangnya lebih terbuka kepada Israel berbanding Mahathir yang mengambil pendirian keras, di mana ia berpotensi memberi peluang kepada Israel untuk memperbaiki hubungan (dengan Malaysia) ke tahap tertentu.”

Bagaimanapun, akhbar itu memberi amaran bahawa sebarang inisiatif sedemikian bukan sahaja perlu mengambil kira hakikat bahawa 61% rakyat Malaysia “sudahmenyatakan pandangan anti semitik", memetik tinjauan kumpulan kepentingan Zionis, Anti-Defamation League.

Ia juga berkata hubungan mesra Iran dengan Malaysia juga menjadi penghalang bagi sebarang hubungan dengan Israel pada masa hadapan.

Perisikan Barat mencadangkan Malaysia sebagai sebuah hab untuk aktiviti Iran, dan ia adalah salah satu daripada beberapa negara di dunia yang boleh dikunjungi rakyat Iran tanpa visa. 

"Artikel pada 2015, dalam akhbar Malaysia menggambarkan negara itu sebagai 'jambatan' antara Iran dan negara lain. Ini mungkin menjelaskan ribuan warga Iran datang ke Malaysia untuk belajar, dan mengapa sesetengah mereka tetap tinggal di negara ini selepas menghabiskan pengajian.

"Iran mempunyai infrastruktur yang sangat penting di Malaysia," kata akhbar itu memetik seorang pegawai Israel. 

"Terdapat hubungan yang sangat berbahaya di sana antara pelajar Palestin dan pakar dari Iran."


AWAS !

DULU NAJIB

ADA APCO

AMIN

ZIONIS AKAN

MULA MENYALAR

BILA CUACA

JADI MOLEK

KAH KAH KAH

KHALAS

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah ini cara musuh serang Anwar, agen Yahudi lah, agen komunis lah, memang sudah jangka, memang sudah tahu, macam macam cara akan digunakan untuk jatuh reputasi, musuh dalam selimut lagi bahaya woit, orang Kita lagi bahaya

Tanpa Nama berkata...

anak muda begini yang kita mahu capat koyak.. anak muda cepat koyak turun melawan..

https://www.youtube.com/watch?v=eAI9ufqsCIw

Tanpa Nama berkata...

Cerita Yahudi, cerita Zionist akan tenggelamkan curi rasuah dibuatra mudah tipu, entah betul atau tidak, dalam Malaysia kalau cerita semestinya betul begitu tahap pemikiran orang Kita yang terlalu taksub takut kerana agama bangsa negara tapi rasuah curi curi biasa biasa saja kah kah kah apa lah otak zaman 2022 pun begitu, masih nak unta Ker atau nak pakai Audi, nak susu nenas atau tidak, cermin lah diri bagi oksigen masuk kepala sikit, longgar serban sikit supaya udara masuk sikit sudah kah kah plot sama, cerita sama sejak 1998 kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Ada beza ka taliban dengan zionis?

Tanpa Nama berkata...

ini cerita klise, ini cerita mimpi berahi rosmah masih lagi anak dara.pada ketika UAE, arab saudi menghulurkan tangan dan salam menyokong israel, mana hilang pejuang2 palestin?mana hilang haji hadi ? mana hilang malaysiaNOW lidah azmin ali?mana semua hilang?mana haji mahiaddin hilang tercirit dlm parlimen?takyah labon la..ketika morsi jd presiden mesir, morsi pernah mendoakan kemusnahan israel ketika solat jumaat.israel ada memberi amaran kpd morsi,namun morsi terus menerus mendoakan kehancuran israel..lu tau apa israel buat? israel mendedahkan perdagangan rahsia mesir dan israel di media2 dunia.baru la morsi tutup mulut henti berdoa..ini terjadi sebelum rampasan kuasa oleh el sisi..cuba lu tanya haji mahiaddin dan haji ismail bapak dafi, berapa jumlah dagangan malaysia dgn israel yg berpaksi disinga pura2, singapore??lu lupa cerita org melayu jd agen mossad utk culik rakyat palestin di msia?lu lupa nik abduh dgn agen cia? lu lupa agen cia osama bin ladin asal saudi jd pejuang islam di afganistan?lu lupa tentera US keluar dari afganistan bukan sb ditewaskan taliban??apa punya turrrrr...