Undi percaya PM Anwar wajar, kata Amirudin
PEMBENTANGAN usul undi percaya terhadap Anwar Ibrahim pada sidang Parlimen ke-15, 19 Disember ini wajar bagi memastikan keabsahan beliau sebagai perdana menteri dapat dimuktamadkan.
Naib Presiden PKR, Amirudin Shari berkata langkah itu juga bagi mengelakkan daripada pertikaian berterusan pihak tertentu seperti yang pernah dihadapi di dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.
“Namun jika ia (undi percaya) tiada, kita masih perlu membentangkan belanjawan dan belanjawan itu sendiri juga boleh dianggap sebagai undi percaya,” katanya kepada pemberita di Bangi, Selangor hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah kejohanan Masiswa Networking Games 2022 di Universiti Tenaga Nasional, Bangi.
Anwar, dalam sidang media sulung selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 Khamis lalu, berkata sidang pertama Dewan Rakyat pada 19 Disember ini ditetapkan untuk dikemukakan usul undi percaya terhadapnya sebagai perdana menteri.
Katanya, langkah itu dilakukan apabila ada pihak mempertikai kedudukan beliau sebagai perdana menteri sekali gus dilihat menjejaskan kestabilan kerajaan. – Bernama, 27 November, 2022.
1 ulasan:
mahiaddin paling takut pada usul percaya dan tak percaya ini.ditutup parlimen, diadakan darurat dan si sembab kehulur kehilir dgn peruntukan 600bilion..malang apakah disakakan kpd tanah melayu ini.mahu dilihat lebih arab dari arab, mahu dilihat sbg bangsa yg gagah tp hang tuah hanya la cerita panji yg dijadikan sejarah.dikabarkan memiliki keris ampoh namun keris itu hadiah dari kerajaan bukan islam.mahu dilihat sbg serambi mekah tp kota bharu adalah kota gay.
Catat Ulasan