Selasa, 12 Disember 2023

HILANG RAIB TAK DI TEMUI


Mahkamah Rayuan mahu lihat laporan sulit kehilangan aktivis secara tertutup

MAHKAMAH Rayuan mahu kerajaan mengemukakan laporan sulit pasukan petugas khas berhubung kehilangan aktivis Amri Che Mat bagi membolehkan mahkamah menilai kandungan laporan itu.

Hakim Kamaludin Md Said, yang mengetuai panel tiga hakim membuat perintah itu bagi membolehkan mahkamah memutuskan sama ada kandungan laporan berkenaan akan membahayakan keselamatan negara dan polis.

Anggota panel hakim itu yang termasuk Hashim Hamzah dan Azizul Azmi Adnan, membuat perintah tersebut semasa prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam memberikan pelepasan terhad laporan yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, kepada isteri Amri.

Terdahulu, Hakim Azizul berkata beliau dan panel hakim yang lain akan meneliti dokumen itu di kamar mereka tanpa kehadiran pihak-pihak terlibat.

“Ada sebabkah mengapa dokumen itu tidak boleh diberikan kepada kami untuk kami lihat secara tertutup tanpa mendedahkan dokumen itu kepada responden,” soal beliau kepada Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Alwi yang mewakili kerajaan.

Hanir berkata beliau akan mengemukakan dokumen itu hanya kepada hakim dan akan mematuhi prosedur di bawah Akta Rahsia Rasmi dalam mengendalikannya kepada hakim.

Hakim Kamaludin kemudian menetapkan 13 Disember untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan untuk rayuan.

Dalam prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, mahkamah mendengar hujah Hanir yang Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila membuat perintah supaya pendedahan terhad laporan itu kepada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang perintah supaya laporan itu dikemukakan kepadanya untuk beliau teliti.

Pada 9 Mei lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Wan Ahmad Farid Wan Salleh membenarkan permohonan semakan kehakiman Norhayati dan memerintahkan pelepasan terhad laporan itu kepadanya untuk menggunakannya dalam saman sivil yang difailkannya pada November 2019 terhadap 21 pihak termasuk kerajaan dan polis berhubung dakwaan kegagalan untuk menyiasat secara berkesan dakwaan penculikan suaminya.

Hakim itu juga mengeluarkan perintah supaya Norhayati dan peguamnya dilarang mendedahkan laporan itu kepada mana-mana pihak ketiga.

Peguam A Surendra Ananth yang mewakili Norhayati memberitahu mahkamah yang perbicaraan saman sivil anak guamnya akan disambung semula pada 29 Februari tahun depan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. – Bernama, 11 Disember 2023.


HILANG RAIB

DISANGKA MATI

KALAU MATI

MANA KUBURNYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: