Selasa, 12 Disember 2023

TIGA MENTERI BARU - TIGA GUGUR



Johari, Dzulkefly, Gobind kembali sebagai menteri

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Johari Abdul Ghani daripada Umno dilantik sebagai menteri perladangan dan komoditi manakala Dzulkefly Ahmad daripada Amanah kembali sebagai menteri kesihatan.

Johari adalah bekas menteri kewangan II dan Dzulkefly adalah bekas menteri kesihatan dalam kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini..

Anwar juga mengumumkan pelantikan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Amir Hamzah Azizan sebagai menteri kewangan II, manakala Gobind Singh Deo daripada DAP dilantik sebagai menteri digital, sebuah kementerian baharu yang diwujudkan daripada perpecahan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Menterinya Fahmi Fadzil kini menjadi menteri komunikasi.

Dalam Kabinet Anwar yang dirombak kini terdapat 31 menteri dan 29 timbalan menteri.

Sebelum ini, Kabinet dianggotai 28 menteri dibantu 27 timbalan menteri.

Anwar juga mengumumkan Naib Presiden Umno Khaled Nordin dilantik sebagai menteri pertahanan baharu mengambil alih jawatan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang kini akan berkhidmat sebagai menteri luar.

Zambry Abdul Kadir, yang sebelum ini berkhidmat sebagai menteri luar diberikan portfolio pendidikan tinggi.

Bagi kementerian pembangunan keluarga dan masyarakat, Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad menjadi timbalan baharu yang mengambil alih jawatan Aiman Athirah Sabu, yang ditukarkan ke Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

V Sivakumar daripada DAP, yang merupakan menteri sumber manusia, adalah satu-satunya menteri Kabinet yang digugurkan dalam rombakan ini.

Beliau digantikan ahli partinya, Steven Sim, yang dinaikkan pangkat daripada timbalan menteri kewangan kepada menteri sumber manusia.

Dua timbalan menteri turut digugurkan - Ramkarpal Singh, yang merupakan timbalan menteri undang-undang dan pembaharuan institusi dan Ahli Parlimen Beaufort Siti Aminah yang merupakan timbalan menteri perladangan dan komoditi.

Ram Karpal digantikan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, manakala jawatan Siti Aminah diambil alih Chan Foong Hin. Chan, yang merupakan timbalan menteri pertanian dan keterjaminan makanan sebelum ini.

Muka baharu dalam barisan Kabinet ialah R Ramanan dan ahli Parlimen kali pertama yang dilantik sebagai timbalan menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


INI MENTERI

KABINET BARU

KITA ALUKAN

AMIN

PUSING PUSING

SAMA SAJA

AMIN

SOALAN HAKIKI

BUKAN SOSOK

TAPI APAKAH 

HARGA BARANG 

TAKAN NAIK ?

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, nak tanya balik kat TT, sebelum ni bila bertukar kerajaan, bertukar PM, ada rombakan kabinet, pernahkah harga barang menjunam turun? Adalah harga barang kekal tidak berubah ubah? Atau harga barang naik mengikut keadaan pasaran semasa? Tolong bagi tahu semasa siapa jadi PM dan semasa kerajaan mana yang memerintah harga barang tak naik?

Tanpa Nama berkata...

Turun malaikat dari langit jadi menteri baru boleh harga barang turun. Harga barang naik biasa. Awal 70an gua ikut ayah ke kedai kopi. Teh susu harga 15 sen. Teh susu campur gula 10 sen. Tak ada menteri yg boleh kawal harga. Kah kah kah