Selasa, 12 Disember 2023

TERUSKAN DAN LUASKAN PERANG GAZA


Kemusnahan di Gaza lebih dahsyat daripada Perang Dunia Kedua, kata EU

SITUASI di Gaza ketika ini “lebih dahsyat” berbanding kemusnahan yang dialami Jerman semasa Perang Dunia Kedua, kata Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah Josep Borrell.

Borrel selepas mempengerusikan mesyuarat menteri luar Kesatuan Eropah berkata serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu menyebabkan begitu banyak nyawa terkorban.

Kesatuan Eropah juga katanya bimbang dengan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Yahudi di Tebing Barat, dan mengutuk keputusan kerajaan Benjamin Netanyahu untuk meluluskan penambahan 1,700 unit rumah di Baitulmaqdis, yang dianggap oleh Brussels sebagai melanggar undang-undang antarabangsa. 

Borrell selain itu menegaskan operasi ketenteraan Israel sebagai tidak seimbang dari segi kematian orang awam dan kerosakan harta benda serta infrastruktur awam.

“Korban melibatkan orang awam menyumbang antara 60% dan 70% daripada semua kematian.

“Kemusnahan bangunan di Gaza… adalah lebih kurang atau lebih besar daripada kemusnahan yang dialami oleh bandar-bandar di Jerman semasa Perang Dunia Kedua,” kata Borrell.

Katanya lagi, beliau telah membentangkan kertas perbincangan kepada menteri luar EU mengenai “sekatan ke atas peneroka haram Yahudi di Tebing Barat” yang telah meningkatkan serangan ke atas rakyat Palestin.

Menurut Borrell berkata beliau akan mengemukakan cadangan rasmi tidak lama lagi, berdasarkan langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat yang menguatkuasakan larangan visa ke atas peneroka haram Yahudi.

Beliau dalam pada itu mengakui bahawa masih belum ada persetujuan antara 27 negara anggota Kesatuan Eropah mengenai isu ini. – AFP, 12 Disember, 2023.
 

ZIONIS YANG

BAIK HANYA

ZIONIS YANG

DAH KENA BEDIL

OLEH HAMAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: