Selasa, 12 Disember 2023

BAHAYA MEDIA SOSIAL



Gaduh: 6 lelaki termasuk pemerhati politik ditahan


POLIS menahan enam lelaki termasuk seorang pemerhati politik, yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Taman Midah, Cheras, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata semua suspek yang berumur 30 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar Cheras kira-kira pukul 9 malam hari yang sama.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan itu disebabkan rasa tidak puas hati berkaitan satu hantaran yang dimuat naik di media sosial,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku semasa seorang lelaki sedang makan di restoran berkenaan bersama dua rakan lain pada kira-kira pukul 4 pagi, apabila secara tiba-tiba, muncul enam lelaki yang terus membaling kerusi ke arah mereka, sebelum beredar.

Zam Halim berkata kesemua suspek direman hingga esok, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. – Bernama, 11 Disember, 2023.


GADUH JANGAN

TAK GADUH

KAH KAH KAH

PUKUL JANGAN

TAK PUKUL

KAH KAH KAH

BUDAYA  BARU

MEDIA SOSIAL

KHALAS

Tiada ulasan: