Rabu, 2 Oktober 2024

IRAN BEDIL ISRAEL DENGAN PELURU HIPERSONIK



Iran guna peluru berpandu hipersonik ciptaan sendiri, Fattah 1 serang Israel

TEHRAN : Iran dilapor menggunakan peluru berpandu hipersonik, Fattah 1 yang dikatakan pertama kali digunakan untuk melancarkan serangan terhadap Israel, semalam.

Memetik laporan media separa kerajaan, Mehr News, Fattah 1 adalah peluru berpandu hipersonik pertama buatan Iran yang dilancarkan tahun lalu.

Ia dikatakan boleh bergerak sehingga 15 kali ganda kelajuan bunyi selain memiliki keupayaan menyasarkan sistem pertahanan peluru berpandu.

REUTERS pula melaporkan, peluru berpandu balistik adalah bahagian penting dalam sistem pertahanan yang dimiliki oleh Tehran.

Menurut Pejabat Pengarah Perisikan Nasional Amerika Syarikat (AS), Iran didakwa mempunyai bilangan peluru berpandu balistik terbanyak di rantau berkenaan.

Mengikut laporan Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA), sembilan peluru berpandu buatan republik itu dikatakan boleh mencapai Israel.

Ia termasuk peluru berpandu balistik Sejil yang memiliki kelajuan 17,000 kilometer sejam (kmj) dan mampu bergerak pada jarak maksimum sejauh 2,500 km.

Peluru berpandu balistik Kheibar dengan jarak 2,000 km dan Haj Qasem memiliki keupayaan mencapai jarak sejauh 1,400 km.

Maklumat Persatuan Kawalan Senjata, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Washington pula menyenaraikan, peluru berpandu balistik Iran termasuk Shahab-1 mampu mencecah jarak 300km, Zolfaghar (700km) dan Shahab-3 (800 hingga 1,000 km).

Emad-1 dikatakan mampu bergerak sejauh 2,000km dan Sejil yang sedang dibangunkan boleh mencapai jarak antara 1,500 hingga 2,500km.

Seorang pakar peluru berpandu Iran dari Institut Strategik Antarabangsa yang berpangkalan di Berlin, Fabian Hinz, berkata kemungkinan Iran melancarkan gabungan peluru berpandu dengan bahan bakar pepejal dan cecair.

Katanya, peluru berpandu yang pertama lebih maju dilancarkan dari pelancar mudah alih bersudut, manakala yang kedua dilancarkan dari pelancar menegak.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tiga peluru berpandu bahan bakar pepejal yang dilancarkan semalam adalah Haj Qasem, Kheibar Shekan dan Fattah 1.

Pada sama sama, beliau berpandangan mungkin peluru berpandu bahan bakar cecair yang dilaporkan dilancarkan dari Isfahan berpotensi menjadi Emad, Badr, dan Khorramshahr.

IRAN MEMILIKI

TEKNOLOJI

YANG HEBAT

AMIN

SENJATA BUAT

SENDIRI

AMIN

KERANA INI

ZIONIS MAHU

IRAN DIHANCURKAN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lambat sangat dah dekat 20 tahun dah.. baru sekarang tunjuk ada peluru power.. semua dah nak mampus dah

Tanpa Nama berkata...

Anwar pun hebat