Rabu, 2 Oktober 2024

BAS SEKOLAH TERBAKAR



Bas sekolah terbakar di Thailand, 25 dikhuatiri maut


BANGKOK: Kebakaran dahsyat melanda sebuah bas Thailand yang membawa 44 pelajar dan guru dalam satu lawatan sekolah hari ini, kata pegawai, dengan menambah sehingga 25 dikhuatiri maut.

Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra mengesahkan terdapat kematian dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Menteri Pengangkutan, Suriya Jungrungreangkit menyatakan bahawa jumlah kematian masih tidak jelas tetapi 25 orang masih hilang selepas kebakaran terbabit.

"Laporan awal menyatakan terdapat 44 orang di dalam bas, termasuk 38 pelajar dan enam guru. Sehingga kini, tiga guru dan 16 pelajar sudah berjaya keluar.

"Bagi mereka yang masih hilang, kami belum mendapat kepastian," katanya kepada wartawan.

Bas terbabit sedang membawa pelajar dari wilayah Uthai Thani ketika tayar bas meletup di sebuah lebuh raya di pinggir utara Bangkok, menyebabkan kenderaan itu melanggar penghadang, menurut seorang pekerja penyelamat dalam rakaman yang disiarkan di TV tempatan.

Bas berkenaan beroperasi menggunakan gas mampat dan kemalangan itu menyebabkan pembakaran tangki bahan bakarnya, kata pekerja penyelamat terbabit.

Rakaman video dari lokasi menunjukkan api membakar bas terbabit ketika ia terbakar di bawah jejambat, dengan awan asap hitam tebal menjulang ke langit.

"Saya telah dimaklumkan mengenai kebakaran bas yang membawa pelajar dari Uthai Thani... yang mengakibatkan kematian dan kecederaan," tulis Paetongtarn di laman X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

"Sebagai seorang ibu, saya ingin menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga yang terbabit."

Kebakaran itu sudah dipadamkan tetapi pekerja penyelamat terpaksa menunggu bas berkenaan sejuk sebelum memulakan pencarian untuk mangsa, kata seorang pekerja penyelamat.

Thailand mempunyai salah satu rekod keselamatan jalan raya terburuk di dunia, dengan kenderaan tidak selamat dan pemanduan yang buruk menyumbang kepada jumlah kematian tahunan yang tinggi. - AFP

KEMALANGAN

BERLAKU

AMIN

KITA HANYA

BERSIMPATI

PADA KELUARGA

YANG MALANG

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelik bin ajaib sungguh orang Melayu Malaysia ni

Seko pun tak berani nak berkata Dan berteriak terpekik terlolong atau nak guling guling bila nak tangkap Jho Low.. Jho low kaya raya lesap billion billion..

Apa yg hebat sangat pasal Jho Low ni...!?


Cer cite cer cite...sketttt

Tanpa Nama berkata...

Pelik bin ajaib sungguh orang Melayu Malaysia ni

Seko pun tak berani nak berkata Dan berteriak terpekik terlolong atau nak guling guling bila nak tangkap Jho Low.. Jho low kaya raya lesap billion billion..

Apa yg hebat sangat pasal Jho Low ni...!?

Kalau kau hebat bebenor ngate kau keturunan pemburu... Helok ko buru Jho Low dulu lahh....semak lah kau ni..!!


Cer cite cer cite...sketttt