Memaparkan catatan dengan label hari raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari raya. Papar semua catatan

Selasa, 2 Mac 2010

YES SIR YESR SIR !




KAH KAH KAH




JANGAN PINGGIR BAHASA MELAYU- melayau

KANGAR 1 Mac – Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan pentadbir Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) supaya tidak meminggirkan penggunaan bahasa Melayu.

Baginda bertitah, bahasa Melayu perlu diberi lebih keutamaan supaya para murid di sekolah berkenaan dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya tanpa sebarang kesukaran.

Titah baginda, dengan memberi keutamaan terhadap bahasa kebangsaan, murid-murid juga dapat meneruskan pembelajaran dengan selesa tanpa mengira tempat.


KAH KAH KAH...

nota:
ini betul sir !

i dah lama fikir this one
tapi tak ada yang response sir.
you know lah kat ministri we all pun
depan royak campok campok jugak

what is the because sir ? jadi macam ni?

together gather kita Melayu ni patut unite
depa china india tu too much laaa
depa bukan hormat pun bahasa kita ini

you know ... sir di penang
i terperanjat tengok nama jalan
depa tulis dalam bahasa china
i think too much
tak hormat bahasa kita

sir... you tengok tv last nite
i naik bengang
you know depa bagi news pun
campok campok
i donno laaa

sir... you tak pegi ke seminar
di yala..last month... very good
i present paper tentang bahasa melayu
cilaka siam ini ... nak cakap melayu
pun not possible...

tapi sir...hotel sana best
ni yang seronoknya tu... no no not that
hotel ... ini partner dusit tani .. five star
room service dia.... rasa tak nak balik..
you know what i mean... urur siam ni no chalen

sir... you cakap hal bahasa ni okay
bagi dia rimember rimember
we all ni dulu angkat bateri
berjuang untuk bahasa
laaaa ni they all don care
they all ingat merdeka senang
i know ..
i know...

what is the because sir !




Sabtu, 2 Januari 2010

KEBAIKAN TIDAK PERLU DI MONOPOLI



ADA APA PADA NAMA




GUNA NAMA ALLAH : KHALID SETUJU KEPUTUSAN MAHKAMAH – harakah daily

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.

Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran.

"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.

Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.

"Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.


nota:
ada apa pada nama.

tuhan melayu namanya sang dewata mulia raya
tuhan melayu namanya yang maha esa

ada bernama yahwe
ada bernama zeus
ada bernama mitra
ada bernama krishna
ada bernama penunggu
ada bernama yang jehova
ada bernama jah
ada berana aluzza
ada bernama almanat
ada sembilan puluh sembilan nama
ada apa pada nama

yang wajib dilakukan ialah membuat kebaikkan
yang wajib dilakukan ialah membawa kebajikan untuk umat
yang wajib dilakukan ialah alrahman dan alrahim




Khamis, 5 November 2009

HARI RAYA HAJI SUDAH DEKAT




APA KATA MAK ADEH ?





PAS PERLUKAN KORBAN UNTUK PULIH
– malaysiakini

PAS memerlukan "korban" dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanannya untuk menyelesaikan masalah dalamannya berhubung kontroversi idea kerajaan perpaduan, kata seorang ahli akademik.

"Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban," kata profesor Dr Abdul Aziz Bari.

KAH KAH KAH…KAH KAH KAH…

kah kah kah… TEPAT MASA NYA… TEPAT WAKTUNYA… kah kah kah..

kah kah kah… SELALU HARI RAYA HAJI …ORANG KURBAN LEMBU DAN KAMBING…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU PAS KENA KORBANKAN TALIBARUT GEROMBOLAN…kah kah kah…

nota:
ada kenduri ke lepas korban ini kah kah kah




Jumaat, 12 September 2008

TARIKH TUBUH KERAJAAN BARU MUNGKIN DILEWATKAN - TERKINI !

KUALA LUMPUR 11 Sept. Pakatan Rakyat hari ini mendakwa tarikh penubuhan kerajaan baru terpaksa dilewatkan berikutan beberapa sebab, termasuk lawatan 49 anggota parlimen Barisan Nasional (BN) ke Taiwan.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat yakin mereka tetap akan menubuhkan kerajaan baru tidak lama lagi, kata mereka dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memetik Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Salehuddin Hashim, Pengarah Pendidikan Politik DAP Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar.

Isnin, 8 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Kuala Lumpur hari ini mendung tapi tak hujan
Tuan empunya warong suka hati.

Di Pasar Chow Kit ada bubur lambok percuma
Kelmarin jam 5 saya ke sana
Saya perhatikan bagitu ramai orang beratur
Kalau sedia beratur dapat bubur percuma

Hari Raya lagi 22 hari

Masa berjalan cepat

Pada petang hari raya pastikan semua tv perlu kita rosak dan pecahkan
Ini adalah jalan terbaik jika kita ingin menyambung tali
Persaudaraan dengan kaum keluarga,  adik kakak, ipar mulai, sahabat handai dan jiran tetangga.

Jangan melangok di hadapan tv.

Bersembang, berlabon, berborak dan ketawalah dengan manusia-manusia yang sudah lama tidak kita temui.

Raya dengan tv hanya untuk mereka yang gagal.