Rabu, 1 Julai 2026

RUNTUHKAN KERAJAAN MADAFAKA


TERIMA KASIH

NGA KOR MING

BANTU MELAYU

BERSATU

AMIN

RUNTUHKAN

KERAJAAN 

MADAFAKA

KHALAS

'Tak ada siapa larang letak jawatan...' - Ab Rauf balas kenyataan Kor Ming

ALOR GAJAH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka,  Ab Rauf Yusoh sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang mahu meletak jawatan.

Ab Rauf yang juga Ketua Menteri dan Pengerusi UMNO Melaka berkata, keputusan untuk melepaskan jawatan adalah hak individu dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang sekiranya seseorang itu benar-benar mahu berbuat demikian.

"Bila dia kata nak letak jawatan, siapa yang halang dia letak jawatan? Letaklah. Kalau dia nak letak jawatan, tak ada siapa suruh dia jangan letak jawatan dan tak ada siapa larang. Itu hak dia," katanya.

Ketua Menteri Melaka berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Latih Amal Ex-Undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Melaka 2026 (Simulasi Ketenteraman Awam) di Tanjung Bidara, dekat sini malam tadi.

Sebelum ini, Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan bekas Perdana Menteri,  Najib bin  Razak dibebaskan.

Pemimpin DAP itu dilaporkan berkata beliau akan menjadi individu pertama meletak jawatan sekiranya Najib dibebaskan, selain turut membayangkan DAP akan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya perkara itu berlaku kerana ia disifatkan sebagai 'garis merah' parti berkenaan.

Kor Ming turut mendakwa UMNO Johor berulang kali menyuarakan hasrat supaya Najib dibebaskan lebih awal dengan slogan 'UMNO menang besar, Najib pulang ke rumah'.

Semalam, Mohamad mencabar Kor Ming meletak jawatan sebagai menteri sekiranya BN menang PRN Johor dan Najib dibebaskan.

"Letaklah jawatan dan memang pun kita nak dia letak jawatan. Apa kena-mengena perihal negeri Johor dengan Datuk Seri Najib? Itu Kerajaan Persekutuan.

"Ini kerajaan negeri. Kalau BN menang di Johor, kita buat tubuh kerajaan negeri sahaja. Kerajaan negeri tak ada kena-mengena dengan hal-hal Persekutuan," tegas Timbalan Pengerusi BN itu.

Tiada ulasan: