Rabu, 25 November 2015

LEDAKAN DI PARIS - RANCANGAN SIAPA?








PARIS - RANCANGAN SIAPA?

Berapa tulisan  yang lalu telah  pernah  saya terangkan apa itu konsep  false flag atau salah bendera. Dari sejarahnya konsep salah bendera ini bermula dari perperangan dilaut. Kapal dilaut memasang bendera untuk kita tahu negara mana tuan empunya kapal itu. 

Hari ini false flag atau salah bendera memberi makna satu projek membuat onar secara gelap kemudian menuduh orang lain yang membuat. Onar ini dilakukan dengan  tujuan jangka pendek dan jangka panjang yang telah diatur dan dirancang.

Ledakan di Paris telah berlaku lebih satu minggu dahulu.  Dikatakan lebih dari 150 warga telah gugur. Dilaporkan juga 8 orang penyerang telah  tewas meledakan diri sendiri. 

Dalam masa satu minggu ini semakin banyak tulisan yang menyangkal naratif laporan media arus perdana. Tulisan-tulisan dan kajian makin  kuat bertanya: Apakah serangan ini satu projek salah bendera?

Yang bertanya ini bukan calang-calang sosoknya.  Yang mempersoalkan apakah serangan di Paris ini satu rancangan jahat dengan tujuan yang tersorok.

Saya telah membaca  tulisan  yang digarap oleh Dr. Paul Roberts  yang bertanya apakah serangan dalam kota Paris ini serangan salah bendera. Dr. Paul  Roberts  ialah  bekas Timbalan Setiausaha Dasar Ekonomi Presiden Jimmy Carter. Sosok ini  juga pernah menjadi  pengarang Wall Street Journal,  kolumis di Business Week, Scripps Howard News Service dan Creator Syndicate. Maknanya tulisan  yang mempersoalkan serangan di Paris ini datang dari ‘orang dalam’ yang tahu selok belok kerajaan.


Laporan media arus perdana cukup senang. Naratif yang dihebohkan ialah gerila Isis datang menyerang. Mereka membunuh membabi buta. Mereka tak ada belas kasihan. Peranchis sedang dalam perang. Rakyat Eropah wajib berjaga-jaga. 

Apakah naratif yang ceritakan ini benar? Atau ada lagi kesah dibelakang kesah benar ini? Satu naratif yang lebih benar dari benar.

Mari kita lihat kembali beberapa pekara ‘ ganjil yang memeranjatkan’ yang telah berlaku dalam serangan di Paris. Minggu lalu saya telah membuka sejarah ledakan  Tugu Negara  yang berlaku pada  27 Ogos 1975. Kad pengenalan  Si Tukang Bom yang tercicir telah ditemui mengikut labon Ghazali Shafie menteri KDN ketika itu.

Kesah paspot dan kad pengenalan ditemui  ini   telah juga  berlaku diledakan  WTC New York dan dalam serangan pejabat Charlie Hebdo. Dalam serangan di Paris satu  paspot ‘ lelaki  pelarian mangsa perang Syria’ yang masuk ke Eropah atas tujuan mencari suaka politik telah juga ditemui. 


Apa yang berbeza di Paris  - kerana perkembangan  teknoloji - untuk menguatkan cerita - dua hari sesudah serangan satu talipon bimbit telah ditemui dalam tong sampah berhampiran dengan Gedong Konsert Bataclan. Dari maklumat talipon ini pemburuan dilakukan hingga ke Belgium. 

Wajib saya nyatakan disini bahawa kita semua bersimpati kepada yang gugur. Tetapi kita juga wajib sedar bahawa keguguran mereka ini adalah hasil dari satu  perancangan  licik yang diatur oleh elit politik untuk tujuan jahat. Kalau dalam filem, tv atau teater - yang gugur ini hanyalah ‘prop’ yang diwujudkan untuk lebih menyakinkan penonton. Dalam serangan di Paris ini anak-anak muda ini menjadi  ‘prop’ yang tidak akan bangun-bangun.

Hujah memperkuatkan naratif serangan kota Paris ini sebagai projek salah  bendera semakin terserlah. 

Media pro kapitalis Bloomberg pada  19hb telah melaporkan : Paris Emergency Drill Occured On Same Day As Attacked - Latihan Darurat Diadakan Pada Hari Serangan. Bloomberg telah memetik kenyatan Dr. Mathieu Raux  dari Hospital Pitie-Salpetriere Paris.

Mengikut Tuan Doktor ini pada hari tersebut kereta ambulan, pekerja hospital, jabatan darurat hospital telah mengambil bahagian dalam latihan ini. Semua doktor di Paris terlibat dalam latihan ini.


Apa yang menarik dari berita ini ialah ketika WTC 9/11 diserang The North American Aerospace Defense Command ( NORAD) juga sedang mengadakan latihan. Latihan ini menjadikan kawasan udara kacau bilau tidak dapat dikenal pasti mana kapal terbang yang telah dibajak dan mana kapal terbang dalam latihan.

Pada 7 Julai 2005 - kota London pula diserang. Apakah para pembaca akan percaya apa yang saya tulis ini? 

Saya bertanya kerana ketika London diserang pihak polis dan tim pemusnah bom juga sedang  mengadakan latihan. Latihan ini berasaskan bom telah meledak dalam kereta api bawah tanah di stesen King Cross. Tup tup memang betul-betul berlaku ledakan di stesen  King Cross. Ajaib bin Takjub.

Maklumat berita  ini amat susah  untuk dipercayai. Kepada yang masih sangsi  sila tanya Lebai Google kerana saya sendiri pun pada awalnya kurang yakin akan berita ini.

Hakikatnya semua babak-babak  dan cerita-cerita  ganjil ini telah berlaku. Semua ini menjadi asas  sebagai  tanda-tanda bahawa serangan-serangan ini sebenarnya adalah projek salah bendera.

Maka persoalan timbul apa tujuan projek salah bendera ini?

Pertama tujuan projek salah bendera di Paris ini ialah untuk meneruskan apa yang dipanggil  ‘War On Terror’ atau ‘ Perang Melawan Keganasan ’. 

War On Terror adalah dasar kuasa imperial Amerika yang dimulai dari zaman Presiden Bush. Sesudah  serangan WTC di New York pada 11 September 2001 Amerika melancarkan Perang Melawan Kergansan (PMK) Ini bermakna dasar PMK telah 15 tahun  digunakan.  Afghanistan telah diserang, Iraq telah diserang, Libya telah diserang, Yaman telah dibom, Syria telah dan sedang diserang. 

Perang, mati, mayat, kemusnahan, orang pelarian mangsa perang bertimbun tambah. Tapi perang diteruskan diseluruh dunia. Semua ini atas dasar  Perang Melawan Keganasan.


Projek salah bendera ini adalah  alat untuk mengolah persetujuan orang ramai dan rakyat. Rakyat wajib diyakinkan  , orang ramai wajib memberikan sokongan kepada pemerentah dan  kepada kuasa yang sedia ada. Justeru inilah gunanya projek salah bendera - untuk menerima dasar PMK.

Dasar PMK ini ada berjangka panjang dan ada berjangka pendek. Tujuan berjangka pendek yang sepontan hasil dari serangan kota Paris  dapat kita lihat dengan serta merta. 

Pada ketika ini Eropah sedang dihantui oleh warga pelarian perang yang  menyeberang Laut Tengah dari Libya dan  Syria.  Eropah Barat menjadi kelam kabut. Rakyat banyak bersimpati dan sedia menerima mangsa perang ini. Kerajaan berbelah  bagi. German  dan Sweden  sudi menerima warga  pelarian.  Manakala Poland, Republik Czeh dan Austria berkeras menolak. Peranchis, Belgium, Sepanyol dan Portugal diam membisu.

Apabila Isis datang menyerang Paris semuanya berubah.   Paspot ‘orang pelarian dari Syria’ telah ditemui di tepi Gedong Bataclan. Dengan sepontan rakyat Eropah dapat diyakinkan bahawa Isis telah berjaya menyusup masuk melalui warga pelarian. Dengan serta merta semua pintu masuk telah ditutup. Sempadan dikawal rapi. Dasar  menolak warga pelarian perang muncul.


Persetujuan telah diolah melalui  naratif berita media arus perdana. Sama ada paspot ini saheh atau paspot  tipu bukan persoalan. Yang penting kewujudan paspot ini telah mengolah persetujuan warga Eropah untuk tidak lagi menerima mangsa pelarian perang dari Timur Tengah. Juga bersetuju untuk mengetat pintu sempadan.

Pada 20 Oktober yang lalu Canada mendapat Perdana Menteri Baru dari Parti Liberal. Dalam sidang akhbar pertamanya Justin Trudeau telah memanggil kembali semua kapal terbang Canada yang terlibat bersama Amerika di Syria pulang. Dunia gempar. Kerajaan baru Canada tidak lagi dilihat bersama dalam dasar PMK Amerika.


Tup tup  tidak sampai satu bulan kemudian Paris diserang. PM baru Canada mendapat tekanan kerana dilihat tidak bersama ‘mengebom’ Isis di Syria.

Presiden Peranchis  Francois Hollande  telah mengumumkan kepada dunia bahawa Peranchis dalam perang. Dengan pantas Si Presiden telah mengarahkan kapal terbang Peranchis mengembom wilayah Isis di Syria.

Canada dan Peranchis terikat dalam perjanjian NATO - North Atlantic Treaty Organisation. Dua negara ini adalah antara 12 negara awal  yang menubuhkan perjaniian ketenteraan NATO pada tahun 1949. 

Serangan di Paris memberi tahu kita    tentang Artikle 5 dalam perjanjian NATO. Peranchis diserang oleh Isis. Jika mana-mana ahli NATO disernag maka ahli NATO yang lain wajib datang membantu. Jelas ini memberi tekanan politik kepada  pemimpin Cadana yang baru. Canada tidak dapat lari dari dasar NATO dan PMK. 

Serangan bom dari kapal terbang Peranchis terhadap wilayah Isis adalah tanda bahawa stratiji dan tujuan janga pendek projek salah bendera ini telah berjaya. Langkah Peranchis mengebom telah memberi tekanan kepada kerajaan  Britain. 

Britain tidak bersama mengebom Isis. Cadangan awal untuk bersama Amerika telah ditolak oleh ahli Parlimen UK.

Justeru, Perdana Menteri David Cameron akan menggunakan serangan Paris ini sebagai hujah  baru untuk menyakinkan ahli Parlimen agar  mengundi bersetuju untuk  bersama  mengembom Isis. Rakyat di UK juga akan diyakinkan untuk bersama dalam strateji Perang Melawan Keganasan. 


Kawalan sempadan semakin ketat. Persetujuan rakyat untuk mengebom Isis telah diterima. Niat dan cita-cita projek  salah bendera jangka pendek telah berjaya. Bagaimana dengan stratiji jangka panjang? Tunggu minggu hadapan. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



---------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku dah kata dah...hidup Hishamuddin Rais...pi jahanam sama Jamil Khir Mata Melilau.

Tanpa Nama berkata...

Kerja bebudak BOHSIA BOHJAN tak dapat duit demo lah tu...

Habis siapa lagi pon

Cakap peranchis macam cakap bahasa jawa jugak ke ????