Ahad, 26 Julai 2026
AGENDA KEMPEN PRU16 - PENDATANG HARAM
WARGA ASING
PENDATANG HARAM
AGENDA UTAMA
PRU16
DIOLAH
DARI SEKARANG
AMIN
WAKIL GELAP CHINA
PKR DAH ADA
FARHASH
WAKIL
MELAYU
AMIN
ADA RAMANAN
WAKIL INDIA
AMIN
MAKA APA NAK
HAIRAN JIKA
NICKY MASUK
JADI
WAKIL CHINA
KAH KAH KAH
KHALAS
Lelaki mirip Nicky Liow di acara PKR, parti nafi keanggotaan
Seorang individu menyerupai Nicky Liow Soon Hee, yang sebelum ini didakwa atas dakwaan berkaitan "Geng Nicky", dilihat memakai baju PKR di satu acara baru-baru ini, sekali gus menimbulkan persoalan tentang identiti dan kehadirannya.
Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim turut menghadiri acara tersebut, yang dilaporkan diadakan di Petaling Jaya.
Lelaki menyerupai Liow itu juga bergambar bersama Anwar bin Ibrahim dalam gambar yang dikongsi di X oleh bekas ketua PKR Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi.
Walau bagaimanapun, gambar itu nampaknya telah dipadamkan daripada laman Facebook Persatuan Kebajikan Yee Aik Banting Selangor, yang sebelum ini menyertai acara berkenaan. Malaysiakini juga tidak dapat mengesahkan secara bebas sama ada lelaki itu sememangnya Liow.
"Apabila saya melihat gambar Liow di majlis PKR baru baru ini bersama PM Anwar bin Ibrahim, saya tertanya-tanya apa jadi kepada 26 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) bernilai RM36 juta yang telah dihadapkan kepada dia pada tahun 2022.
"Semakan saya mendapati tarikh Mahkamah yang terakhir di Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk pertuduhan-pertuduhan dia adalah pada 15 Jun 2023.
"Sebagai seorang pengamal undang-undang, saya pasti tarikh-tarikh ini sudah semestinya bukan tarikh bicara, sebaliknya hanya tarikh sebutan kes.
"Saya tidak dapat mencari apa apa laporan berita atas talian berkenaan apa yang berlaku di Mahkamah pada tarikh terakhir Mahkamah iaitu 15 Jun 2023 ataupun apa apa laporan berita selepas itu sehingga sekarang.
"Apa yang saya tahu, adik Nicky Liow dan ahli-ahli geng dia telah dibebaskan oleh Mahkamah berikutan pihak Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap mereka dan menerima representasi mereka pada tahun 2022," kata Asheeq yang juga bekas ketua Pemuda PKR Wilayah Persekutuan di X.
Dia juga menyeru Kementerian Dalam Negeri, menteri Saifuddin Nasution Ismail dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengesahkan status semasa 26 pertuduhan yang dikenakan terhadap Liow.
Pada 12 April 2022, Liow, minta dibicarakan atas 26 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM36 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Pertuduhan tersebut didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Liow berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda antara RM5 juta dan sehingga lima kali ganda jumlah yang terlibat. Mahkamah membenarkannya diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin. Dia juga dikehendaki menyerahkan pasportnya.
Liow telah melarikan diri selama lebih setahun sebelum menyerahkan diri di ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sehari sebelumnya.
Juga dikenali sebagai “Datuk Seri Nicky”, pengasas Kumpulan Winner Dynasty itu berada dalam senarai dikehendaki polis atas dakwaan penglibatannya dalam sindiket yang digelar “Geng Nicky”.
Polis percaya sindiket itu terlibat dalam pelbagai jenayah terancang seperti penipuan dan pengubahan wang haram. Liow dilaporkan disiasat di bawah Seksyen 130V hingga 130ZB Kanun Keseksaan atas aktiviti berkaitan jenayah terancang.
Dalam satu kenyataan berasingan, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung turut menyokong sentimen Asheeq, sambil menambah bahawa apa yang menarik perhatian ialah individu itu memakai baju Pemuda PKR yang tertera logo parti.
"Kita semua sedar bahawa Liow bukanlah orang asing dalam kontroversi. Memandangkan acara itu penting, yang turut menyaksikan kemasukan ahli baru, saya mengucapkan tahniah kepada PKR jika benar parti itu telah menerima Liow sebagai salah seorang ahlinya.
"Walau bagaimanapun, PKR masih belum menjelaskan kepada orang ramai mengapa dia diberi penghormatan sedemikian sehingga dibawa ke ruang menunggu tetamu untuk bergambar dengan pengerusi PH.
"Ironinya ialah Dewan Sivik PJ, yang pernah menjadi pentas untuk gerakan Reformasi dan simbol perjuangan menentang penyalahgunaan kuasa, kini telah menjadi tempat asal gambar sedemikian," tambah Lee.
Bukan ahli PKR
Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, mengesahkan bahawa Liow bukan ahli PKR.
"Saya boleh sahkan bahawa nama Liow Soo Hee@ Nicky Liow tiada di dalam senarai keanggotaan dan juga tiada di dalam senarai yang memohon untuk menjadi anggota," katanya.
Ketua Pemuda PKR Kamil Munim memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak dapat mengesahkan identiti individu itu.
"Saya tidak mengenalinya. Saya tidak dapat mengesahkan. Tetapi walaupun dia, kami sudah menyemak sistem keahlian kami bahawa namanya tidak pernah muncul.
"Maksud saya, gambar bersama perdana menteri, oleh sesiapa sahaja, tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mempertahankan atau membebaskan diri daripada sebarang pertuduhan jenayah," kata Kamil ketika dihubungi.
Mengenai program itu sendiri, Kamil berkata ia adalah acara terbuka, dengan lebih daripada 3,000 hadirin.
"Dalam apa jua acara, orang ramai akan cuba mengambil peluang untuk bergambar dengan perdana menteri. Ini bukan kali pertama kejadian sedemikian berlaku.
"Walau bagaimanapun, saya boleh mengesahkan bahawa Liow bukan ahli dan tidak pernah memohon untuk menjadi ahli PKR," kata Kamil.
Malaysiakini juga telah menghubungi Saifuddin untuk mendapatkan komen mengenai status kes mahkamah Liow dan sedang menunggu maklum balasnya.
Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
PRU16 DIAWALKAN ?
KEPUTUSAN
PRN N9 AKAN
TENTUKAN
TARIKH PRU16
AMIN
JIKA MADAFAKA
KALAH TERUK
PRU16 LAGI CEPAT
AMIN
TAK MAHU MELAKA
IKUT TERBARAI
KAH KAH KAH
AMIN
RAKYAT MUAK
MUNTAH TENGOK
MUKA ANWAR BIN
IBRAHIM
KHALAS
PRNNS: Tiada perbincangan PRU16 lebih awal - Zahid
TAMPIN: Ahmad Zahid Hamidi berpandangan, Perdana Menteri akan mengambil kira tarikh tamat penggal Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) sekiranya geopolitik negara berubah.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, Anwar bin Ibrahim selaku Ketua Majlis kepada Parlimen Malaysia juga akan mengadakan rundingan sama ada mahu mengadakan PRU lebih awal dari tarikh sebenar.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, belum ada perbincangan diadakan bersama Anwar bin Ibrahim berkait PRU kerana Kerajaan Perpaduan mempunyai 18 parti dengan sekurang-kurangnya lima gabungan politik.
"Pada hemat saya, jika geopolitik berubah, tentunya tarikh tamat tempoh penggal Parlimen itu akan diambil kira oleh Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen untuk mengadakan rundingan dengan kami.
"Bagaimanapun, ia tertakluk atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersetujui sama ada pembubaran itu boleh dilakukan awal atau sebaliknya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, hari ini.
Tok Mat jangka PRU16 lebih awal
Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, menjangkakan PRU diadakan lebih awal, selain mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau.
Mohamad dilaporkan berkata, ada kemungkinan Parlimen dibubar seawal hujung tahun ini sekiranya Perdana Menteri berasa keadaan sesuai untuk berbuat demikian.
Zahid nafi ada kenyataan angkuh
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyangkal ada mengeluarkan kenyataan angkuh ketika berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan seperti didakwa oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
"Tidak ada keangkuhan kalau kita menyarankan agar tukar kerajaan. Parti politik atau gabungan yang mentadbir Negeri Sembilan mahu supaya dikekalkan, yang tidak mentadbir mahu ambil alih.
"Itu tidak angkuh. Jawablah dengan cara yang baik, berhemah dan tidak menyentuh peribadi," katanya.
SAPA SABOTAJ MADAFAKA ?
SAPA SABOTAJ
KANCIL KE ?
KAH KAH KAH
MUSTAHIL KANCIL
KERANA KANCIL
CALON MAJORTI PKR
KAH KAH KAH
BILA DI NAFI
ERTINYA ADA
KAH KAH KAH
BUNGKUS TETAP
BUNGKUS
KHALAS
PRN N. Sembilan:
Zafrul sangkal
wujud elemen
sabotaj terhadap
calon PKR
PORT DICKSON – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyangkal dakwaan kononnya wujud unsur sabotaj terhadap mana-mana calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh jentera parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ketika ini.
Menurutnya, pemerhatian beliau ketika turun membantu kempen jentera PKR termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah; Sungai Lui; Seri Menanti dan Gemas sebelum ini, termasuk di Sri Tanjung hari ini, tidak memperlihatkan wujudnya elemen perpecahan dalam kalangan jentera parti itu.
“Biasalah kadang-kadang kita dengar cakap-cakap seperti ini, tetapi dalam perjumpaan saya bersama Ketua-ketua Cabang PKR di seluruh Negeri Sembilan, tidak ada dibangkitkan mengenai kerisauan calon-calon tertentu diboikot ahli atau penyokong sendiri.
“Kerana dalam berdepan pilihan raya ini, semua jentera perlu bersama-sama dalam memastikan kemenangan parti,” katanya.
Beliau ditemui pemberita ketika mengiringi calon Pakatan Harapan (PH) DUN Sri Tanjung yang juga penyandang kerusi itu, Dr Rajasekaran Gunnasekaran berkempen di sekitar pekan Sri Tanjung di sini, hari ini.
Sementara itu, Tengku Zafrul turut melahirkan rasa kesal dan terkilan apabila masih ada pihak yang memainkan sentimen berunsur perkauman dan kebencian ketika berkempen pada PRN Negeri Sembilan ketika ini.
Berbeza dengan PH, katanya, calon dan jentera parti itu bagaimanapun memilih untuk berkongsi rekod baik dan cemerlang Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Menteri Besar, Aminuddin Harun untuk dinilai oleh rakyat.
“Saya harap kempen-kempen yang terlalu beremosi dan menyentuh isu 3R (agama, kaum, raja) tidak diteruskan lagi dan dapat dielakkan semua pihak kerana ia jelas tidak membawa apa-apa impak positif kepada rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul yang juga Ex-Officio Biro Politik PKR melahirkan keyakinan calon-calon yang mewakili PKR pada PRN Negeri Sembilan kali ini mampu menyumbang kepada kemenangan, sekali gus membantu PH membentuk kerajaan negeri.
Ujarnya, meskipun pada ketika ini persaingan dilihat masih seimbang, namun usaha dan kerja keras jentera-jentera parti mampu memastikan sokongan serta kepercayaan rakyat terhadap PH pada hari pengundian 1 Ogos nanti.
“Di DUN Sri Tanjung ini sendiri, kita tahu calon kita, Dr Rajasekaran merupakan penyandang yang sudah dikenali penduduk kerana banyak menabur bakti dan khidmat kepada rakyat sepanjang hampir tiga tahun menjadi ADUN di sini.
“Ini akan menjadi penilaian kepada pengundi untuk terus memberi sokongan kepada calon-calon PKR dan PH,” katanya. –
KITA PENYEBAB DUNIA MAKIN PANAS
KITA SEMUA
BERTANGGUNG
JAWAB
AMIN
DUNIA MAKIN PANAS
KERAN PERBUATAN
KITA SEMUA
AMIN
Perubahan iklim akibat aktiviti manusia burukkan kemarau di Eropah
PARIS: Perubahan iklim akibat aktiviti manusia menjadikan kemarau yang melanda Eropah semakin buruk, dengan cuaca panas melampau dikenal pasti sebagai faktor utama, menurut kajian sekumpulan saintis antarabangsa.
Kajian itu mendapati peningkatan suhu menyebabkan lebih banyak kehilangan air daripada tanah, tasik dan sungai, sekali gus meningkatkan risiko kemarau.
Penyelidik, Mariam Zachariah dari Imperial College London, yang turut terbabit dalam kajian kumpulan World Weather Attribution (WWA), berkata risiko kemarau akan terus meningkat walaupun beberapa kawasan menerima jumlah hujan yang sama atau lebih tinggi berbanding sebelum ini.
"Secara keseluruhannya, dapatan kami menunjukkan punca utama kemarau ini bukan daripada kekurangan hujan, sebaliknya atmosfera yang semakin panas menyebabkan tanah kehilangan lebih banyak kelembapan," katanya.
Ketika ini, beberapa negara termasuk Perancis dan Romania berdepan penyusutan paras sungai, sekatan penggunaan air serta kebakaran hutan yang semakin serius selepas gelombang haba melampau melanda Eropah pada Jun lalu.
Walaupun kebanyakan kawasan di Eropah menerima taburan hujan di bawah paras purata pada musim bunga, saintis berkata cuaca panas akibat perubahan iklim menyebabkan keadaan kemarau bertambah buruk.
Menurut saintis, setiap kenaikan suhu 1 darjah Celsius membolehkan atmosfera menampung kira-kira tujuh peratus lebih banyak wap air, sekali gus meningkatkan kadar penyejatan air daripada permukaan bumi.
Sejak tempoh 1850 hingga 1900, suhu purata dunia meningkat kira-kira 1.4 darjah Celsius, terutama akibat pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas.
Saintis berkata perubahan iklim menyebabkan kejadian cuaca melampau seperti kemarau, banjir dan gelombang haba berlaku dengan lebih kerap serta lebih teruk, manakala Eropah kini menjadi benua yang mengalami kadar pemanasan paling pantas di dunia.
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus melaporkan Jun lalu adalah bulan Jun paling panas pernah direkodkan di Eropah Barat, dengan gelombang haba itu dikaitkan dengan ribuan kematian.
Seorang lagi penyelidik, Dominik Schumacher dari ETH Zurich, berkata walaupun sesetengah kawasan menerima hujan yang banyak pada musim sejuk, cuaca panas melampau menyebabkan tanah menjadi kering hanya dalam tempoh beberapa bulan.
"Apabila udara semakin panas, ia menyerap lebih banyak air daripada tanah. Akibatnya, tanah menjadi semakin kering dan suhu terus meningkat," katanya.
Beliau berkata, keadaan itu turut meningkatkan risiko kebakaran hutan. Dalam kajian itu, saintis membandingkan keadaan cuaca semasa dengan keadaan dunia yang 1.4 darjah Celsius lebih sejuk.
Mereka mendapati keadaan tanah yang terlalu kering kini lima kali lebih berkemungkinan berlaku di Eropah Barat dan 11 kali lebih berkemungkinan di Eropah Timur berbanding jika perubahan iklim tidak berlaku.
Kajian itu turut menunjukkan atmosfera kini lebih berupaya menyerap kelembapan daripada tanah dan tumbuhan, menyebabkan kawasan daratan lebih cepat kering.
"Apabila atmosfera menjadi semakin 'dahaga', kekurangan hujan yang sebelum ini mungkin tidak menyebabkan kemarau kini boleh mencetuskan kemarau yang jauh lebih buruk," kata Zachariah. – AFP
BILA DISERANG TANDA POSITIF
TERIMA KASIH
KERANA
MENYERANG
AMIN
KALAU TAK
DISERANG ERTINYA
ISHAM RAIS
GAGAL & PALAT
AMIN
Unknown commented on
"PAGI INI"
Ada juga manusia sebegini yang suka melihat kesusahan orang lain, tak kira siapa tetapi perangai jahat sebegini taksub dengan aliran otak bangsa kaum agama terlalu banyak lemak di otak dan badan? Selalunya orang-orang baik akan mengajar jalan baik, kurang bermusuhan hasad dengki kurang sifat jahat tetapi seekor pembela anjing sakai ini saja cukup berat,
masih hidup masih menyusahkan masih bercakap serupa sama dengan jasad tua Mahathir Mohamad, bukan nak sama tetapi hakikatnya kedua personaliti sifat sama, hasad dengki semuanya sama belaka, dalam mengajar orang kah kah kah
tersimpan dendam kesumat niat jahat dan tersembunyi, jangan lupa orang-orang begini yang setiap hari menumpang di tanah perkuburan bangsa agama lain, kalau masuk kubur bangsa agama sendiri pasti dibelasah dengan batu-batu oleh orang-orang seagama sebangsa kah kah kah ironinya molek kan?
MALAON HEBAT !!!
MALAON HEBAT
KAH KAH KAH
TAK AMBIL GAJI
TAPI ADA HARTA
4 BILION $$$
KAH KAH KAH
APAKAH HASIL
JUAL BONTOT
ATAU
JUAL NEGARA
KHALAS
SAATU TUNUAN - HUMBAN MADAFAKA
UCAPAN DASAR
DARI DR SAM
BETUL TEPAT
AMIN
LUPA PERBEZAAN
TUMPU PADA
BARISAN BERSATU
AMIN
SATU TUJUAN
HUMBAN ANWAR
BIN IBRAHIAM
KHALAS
PRN Negeri Sembilan: Muafakat PN, BN letak kepentingan rakyat atasi segala perbezaan - Dr Sam
KUALA LUMPUR: Muafakat di antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala perbezaan.
Pengerusi PN, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata ia terbukti menerusi tawaran gabungan itu yang dirangka bagi melengkapi manifesto diketengahkan BN pada PRN Negeri Sembilan.
Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata ia antara lain adalah ikhtiar bersama PN dan BN bagi membentuk kerajaan Negeri Sembilan yang stabil, amanah dan berkeupayaan.
Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai untuk membina harapan baharu dan mencipta masa hadapan Negeri Sembilan yang lebih gemilang.
"Manifesto bukan sekadar janji, tetapi amanah yang mesti ditunaikan. PN mengemukakan 14 tawaran tambahan, berteraskan enam bidang utama, iaitu pentadbiran, belia dan keluarga, ekonomi, kebajikan, pendidikan serta pekerjaan.
"Setiap komitmen dirangka secara realistik dan bertanggungjawab, mengambil kira kemampuan kewangan negeri serta keperluan sebenar rakyat.
"Ini membabitkan pelbagai aspek, daripada kos sara hidup dan perumahan, kepada peluang pekerjaan berkualiti, pembangunan ekonomi serta kebajikan masyarakat pelbagai kaum serta agama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, PN melancarkan 14 tawaran tambahan menerusi enam teras sebagai sandaran gabungan itu dalam manifesto bertemakan 'PN Sepakat Hebatkan Negeri Sembilan' bagi PRN kali ini.
Enam teras itu merangkumi pentadbiran, belia dan ekonomi serta kebajikan, pendidikan dan pekerjaan.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpeg)







