Rabu, 8 Julai 2026
BANYAK YB JADI ROSMAH
PARA YB
TAK SEDAR
PARA PENGUNDI
TELAH MELABUR
UNTUK MEREKA
MASUK PARLIMEN
AMIN
MAJORITI YB
TAK JAGA
KESIHATAN
RAMAI YANG
JADI ROSMAH
AMIN
PERLU ADA
LAPORAN MEDIKAL
SEBELUM JADI
CALON
KHALAS
Hampir pitam
di Parlimen,
Ahmad Amzad
dibawa ke IJN
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengalami masalah kesihatan ketika berada di Parlimen pada pagi ini bagi mengikuti sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT).
Pejabat Ahli Parlimen itu memberitahu, Ahmad Amzad turut dijadualkan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2024.
“Ketika berada di Parlimen, YB Datuk mengalami pening dan hampir pitam. Beliau kemudiannya dibawa ke Klinik Parlimen untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal.
“Hasil pemeriksaan dan penilaian lanjut oleh pegawai perubatan di Klinik Parlimen, YB telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut.
“YB kemudiannya dibawa ke IJN dengan ambulans dan kini telah dimasukkan ke wad bagi tujuan pemantauan serta rawatan lanjut oleh pihak IJN,” kata Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
.
Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu turut memaklumkan beberapa urusan rasmi, pertemuan dan program yang telah dijadualkan melibatkan Ahmad Amzad pada minggu ini terpaksa ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.
“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kefahaman semua pihak.
“Kami juga memohon doa daripada semua agar YB Haji Ahmad Amzad Hashim diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesihatan yang baik.
“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette
BERITA BAIK
HAM DU LIL
INI BERITA BAIK
AMIN
MULAKAN PERANG
KACAU EKONOMI
KAPITALIS DUNIA
AMIN
KITA DI MALAYSIA
AKAN PELUANG
GULING MADAFAKA
KHALAS
AS lancar serangan baharu ke atas Iran, Tehran ancam akan bertindak balas
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan baharu terhadap Iran semalam selepas tiga kapal dagang diserang di Selat Hormuz, sekali gus meningkatkan ketegangan ketika kedua-dua negara masih berusaha menamatkan konflik di Asia Barat.
Komando Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan, serangan yang disifatkan sebagai 'berkuasa' itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan Iran ke atas kapal dagang yang melalui laluan perkapalan penting berkenaan.
Menurutnya, tindakan itu akan 'mengenakan kos yang tinggi' terhadap Iran kerana menyasarkan dan menyerang kapal dagang.
Media kerajaan Iran melaporkan beberapa letupan berlaku di sekitar Selat Hormuz, termasuk enam letupan di Pulau Qeshm, tujuh di bandar Sirik dan beberapa lagi di Bandar Abbas, pelabuhan utama negara itu
JANJI PILIHAN RAYA
JANJI
PILIHAN RAYA
KHALAS
Unknown commented on
"APA NAK DI HAIRAN - INI MADAFAKA"
Semua sama, sebaik berkuasa lupa apa yang cakap dahulu, ini dipanggil short term memory lost kah kah kah, kuasa mengaburi semua, tetiba ramai sekeliling mengampu membodek setiap masa, semua suka seronok sehingga hilang jawatan kah kah kah, dari atas kuasa turun ke pinggang digunakan selalu akhirnya sampai ke kaki,
orang-orang kita sanggup mencium kaki juga kalau mendapat habuan, ramai penjawat awam mencium kaki penjenayah untuk cepat kaya, mereka tahu selagi amanah tidak boleh kaya, dinaungi kuasa budaya kaum agama pasti membuahkan ramai jutawan segera kah kah kah kah
KAT KATA YANG BENAR
KATA-KATA
YANG BENAR
AMIN
Yakob commented on
"LAGI MASALAH PENDATANG"
Kita semua adalah pendatang. Kita semua adalah migran!
Roti commented on
"SEBELUM MENGUNDI DI PRN JOHOR"
Calon DAP pun ada dari bangsa kita
Unknown commented on
"LAGI MASALAH PENDATANG"
Cara orang kita, nak terberak baru gali lubang, kah kah kah kah biasa budaya begitu amin
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
RABU 8 JULAI 2026
PERANG HARI KE 124
GENCATAN SENJATA 60 HARI
SEKARANG HARI KE BERAPA?
IRAN BEDIL KAPAL TANGKI MINYAK YANG TAK IKUT ARAHAN
AMERIKA BALAS DENGAN MEMBEDIL BANDAR ABBAS
Gencatan senjata tidak ada makna – kah kah kah
RUSIA
Terus meroket Ukraine – KotA Kyiv diserang PELURU BERPANDU – warga Rusia dah BOSAN dah lebih 4 tahun berperang tak sudah-sudah.
PRN JOHOR
Makin rancak – dari maklumat kawan-kawan yang berada disana – masih 50-50 – Pertempuran antara UMNO dengan MADAFAKA.
Jelas semua parti politik kini semua menyerang Madafaka hinggakan Madafaka jadi kelam kelabut kah kah kah.
PRN NEGERI SEMBILAN
Lepas Johor berpindah ke N9 – Lepas tu Melaka – Rakyat biasa suka – MASYUUUUK – kah kah kah.
Banyak kerja waktu berkempen – maka Parti Kecil seperti BERSAMA – MUDA – PSM akan terbarai FULLLLLUUUS TARAAAk – kah kah kah
INI HAKIKAT POLITIK MENGUNDI – hanya yang berduit akan menang.
PARTI BERSAMA ke hadapan kan 15 calon hebat hebat – berilmu, berijazah dan berpengalaman. SAYANG SEMUA akan bungkus dengan Mat Teksi atau Cik Gu Sekolah atau Pak Lebai – kah kah kah AMIN
HOKKIEN
Pagi ini sejuk segar. Matahari dah muncul -cahaya lembut – angin bertiup - telinga merasa sejuk. Langit berawan putih – KL & KL Sentral agak cerah – kemarin ujan dan berangin.
Ha ha – Puppy Itam dan Siti muncul - awal lagi gua beri friskies. Siti ekor gua ke Wakaf Tiga – Tak Tak menjalar di jalan setia menunggu gua yang sedang bersenam.
Suara Terkukur seperti biasa dari atas bukit. Yang lain gua tak dengar.
Di Wakaf Pertama ramai menunggu – Ibu Garang ada – Pagi ini gua beri makan asing-asing - elak jangan bergaduh – Tapi Puppy Itam tak muncul – Tiong Laki Bini datang.
Seperti biasa Siti mengekor ke jalan keluar – Dia tahu akan dapat hati dan keropok – Siti makan dari tangan gua – makan sendirian tak perlu berebut - Gua gumbira ramai datang makan.
Hari ini akan panas – apakah hujan akan sampai? Cuaca dah jadi tak menentu – BILA EL NINO NAK SAMPAI? Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DAN SAMBUT
PAGI RABU
BRO
Jika tidak baik jangan lakukan. Jika tidak jujur jangan ucapkan.
BRO
Bro lu bijak jika le berhibur dengan diri lu sendiri – tak perlu orang lain.
BRO
Bahagia ialah apa yang lu minta lu dapat. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKA HARI INI
SELAMAT BERKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)








