Khamis, 17 Ogos 2023

PILIHAN RAYA PERLU DUIT !!!



PM gesa pemaju rumah henti beri komisen kepada menteri, ahli politik


KUALA LUMPUR – Banyak pihak yang marah kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkaitan amalan rasuah berleluasa dalam projek perumahan.

Bagaimanapun, Anwar berkata, isu yang dibangkitkan adalah perkara yang telah berlanjutan sejak dahulu dan perlu dihentikan.


“Saya faham ramai yang marahkan saya bila sebut hal ini tapi semua orang tahu, tanyalah pemaju di Wilayah Persekutuan adakah saya betul atau salah dan adakah saya melebih-lebih atau beritahu perkara sebenar.

“Tanpa terkecuali semua kata ya, ini telah menjadi amalan dan kita telah lakukan. Sekarang saya kata kita perlu menghentikankan semua ini. Pulangan yang RM10 juta, RM15 juta yang diberikan sebagai komisen dipulangkan kepada rakyat, itu yang saya minta rakyat faham,” ujar Anwar.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik di sini hari ini.

Serentak itu beliau mahu amalan meminta dan memberi komisen yang disifatkan sebagai rasuah dalam mana-mana pelaksanaan projek pembangunan termasuk perumahan perlu dihentikan segera.

Ini termasuk pemberian komisen kepada mana-mana menteri atau parti politik yang tidak seharusnya berlaku.

“Memang pada peringkat awal apabila saya ambil alih tanggungjawab Wilayah Persekutuan ini… saya memang menghentikan projek-projek baharu kerana saya tidak mahu meneruskan amalan-amalan lama.

“Di mana tiap kali diubah suai plot ratio atau kelulusan itu ada hubungan dan habuan politik, ini amalan jijik yang merosakkan… dan rasuah ini mesti dihentikan… sebab itu saya tangguhkan peringkat awal.

“Apabila kita dah siapkan struktur dan kerangka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, maka kita harus teruskan dan tidak ada alasan untuk perlahankan tahap kelulusannya sebaik saja memenuhi syarat,” katanya.

Sementara itu Anwar mahu Dewan Bandaraya Kuala LUmpur (DBKL) menitikberatkan tiga perkara dalam pembangunan perumahan iaitu keselesaan hidup, kehijauan kawasan dan kemudahan sukan dan perumahan rakyat, warung serta gerai madani untuk rakyat bias

Sejumlah 1,010 unit Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani mampu milik ditawarkan kepada yang berkelayakan di atas tapak seluas 3.4 ekar.

Residensi Wilayah melibatkan pembangunan 910 unit rumah dengan keluasa 902 kaki persegi jenis satu dan 908 kaki persegi bagi jenis 2 dengan harga RM300,000.

Rumah mampu milik itu ditawar kepada golongan 21 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bawa RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (berkahwin) dengan syarat dilahir atau bekerja dan menetap di Kuala Lumpur.

Manakala Residensi Prihatin Madani menawarkan 100 unit rumah dengan keluasan 902 kaki persegi dengan harga RM200,000.

Unit-unit tersebut ditawarkan kepada kumpulan sasar M40 dan ke bawah yang belum memiliki rumah.

Sementara Pusat Penjaja Madani dilengkapi dengan kemudahan letak kereta, surau dan ruang makan luas berkonsepkan terbuka.




KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

SAPA KONTROL

WILAYAH 

JAGA TANAH JADI

KAYA RAYA

AMIN

TAK CAYA TANYA

TENGKU FRAUD

KAH KAH KAH

WOIT

KALAU TAKDA

KOMISEN MACAM

MANA PARTI NAK

BERGERAK

AMIN

WAKTU PRU 

PERLU DUIT

BUKAN RATUS

RATUS TAPI 

JUTA JUTA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas cuma guna janji air liur aje. Itu pun orang boleh percaya. Kah! Kah! Kah!

Tanpa Nama berkata...

pasal apa lu tibai tengku freud sedangkan pada saat ini yg menguasai dan mejual khazanah negara kedah itu adalah sanusi?lu pun dpat china doll ke?tengku freud yg byk duit pun boleh kalah dgn sek kito kelate mat jidin diputrajaya..