Khamis, 17 Ogos 2023

APA TUJUAN STABIL ?


Pemimpin Perikatan tolak perjanjian damai dengan kerajaan perpaduan


GESAAN kumpulan reformasi pilihan raya Bersih berhubung perjanjian damai antara gabungan memastikan kestabilan politik di negara ini ditolak oleh Perikatan Nasional (PN).

Ia berkata “kestabilan” tidak seharusnya menyekat pembaharuan, termasuk menukar kepimpinan yang gagal memenuhi kepentingan negara.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kestabilan bukan hanya soal kesepakatan tetapi juga terletak pada keupayaan kepimpinan mengemudi negara dengan hala tuju jelas dan perancangan yang betul.

Beliau berkata pertukaran kerajaan perlu dibenarkan selagi ia dilakukan dalam lingkungan undang-undang dan sistem demokrasi, terutama jika pentadbiran tidak stabil.

“Penolakan rakyat dalam pilihan raya negeri adalah kerana kekecewaan mereka dengan apa yang berlaku dan hala tuju yang tidak jelas, terutamanya isu ekonomi dan kos sara hidup.

“Selagi ia berada dalam kerangka perundangan dan sistem demokrasi yang menjadi teras negara, segala-galanya boleh berlaku,” katanya dipetik akhbar New Straits Times.

Bersih berkali-kali meminta kerajaan perpaduan dan pakatan pembangkang menandatangani perjanjian damai antara gabungan bagi memastikan kestabilan politik.

Kumpulan reformasi pilihan raya itu berkata perjanjian itu akan memberi jaminan bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga pelabur domestik dan asing yang Malaysia boleh memberi tumpuan kepada peremajaan ekonomi.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan Mahathir Mohd Rais berkata adalah penting bagi gabungan itu menganalisis secara menyeluruh sebarang cadangan untuk membezakan antara muslihat politik dan keprihatinan sebenar terhadap kebajikan negara.

Perjanjian damai itu, tambah beliau, berteraskan idea kestabilan dan bertujuan menghalang mana-mana pihak daripada cuba menggulingkan pihak lain.

Beliau bagaimanapun berkata, kestabilan tidak seharusnya melibatkan menyekat perbezaan pendapat politik yang tulen atau menghalang perubahan jika kepimpinan tidak bertindak demi kepentingan negara.

Walaupun percaya gesaan jujur Bersih, beliau berkata PN harus mengutamakan kepentingan rakyat yang mereka wakili.

“Keputusan enam pilihan raya negeri baru-baru ini, di mana kita (PN) memperoleh 146 daripada 245 kerusi, menunjukkan perubahan dalam sentimen pengundi dan mandat yang jelas untuk perubahan.

“Ia menggariskan keperluan untuk kerajaan mengiktiraf suara sebahagian besar penduduk,” katanya. – 16 Ogos, 2023.

WOIT

STABIL  APA

TUJUAN ?

AMIN

PENCURI BEBAS

PERASUAH BEBAS

INI SEBAB

NEGARA TAK STABIL

AMIN

NEGARA TAK STABIL

KERANA KLEPTOKRAT

MASIH BEBAS

AMIN

KERANA KLEPTOKRAT

BOLEH TUMBANG

KERAJAAN

KAH KAH KAH

KALAU

ZAHID ROSMAH

NAJIB MASUK JIL

BARU NEGARA

AMAN STABIL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: