Khamis, 17 Ogos 2023

PROJEK TERAJANG ZAHID


Tok Mat perlu ganti Ahmad Zahid untuk TPM, pangku tugas Presiden – Penganalisis


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim perlu mempertimbangkan agar  Mohamad Hasan dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri menggantikani Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan itu perlu bagi memastikan kestabilan kerajaan perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Penganalis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berpendapat, peralihan tugas itu perlu untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pada masa sama Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat memangku tugas Presiden UMNO sehingga PRU16.

“Namun, saya melihat Ahmad Zahid tidak semudahnya akan berundur walaupun ada desakan daripada pelbagai pihak.

“Ia melainkan Ahmad Zahid dan Tok Mat sepakat bersama untuk berundur bagi memberi ruang pemulihan kepada UMNO sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Mohammad Tawfik, ia pernah dilakukan pada 2018 apabila Tok Mat mengetuai Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan Tanjung Piai, pencapaian UMNO-Barisan Nasional (BN) sangat cemerlang sehingga kedua-dua kawasan tersebut dimenangi BN.

Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM) itu turut berkata, rakyat sudah nampak apa yang berlaku kepada UMNO-BN dan telah dua kali parti itu berhadapan dengan situasi sukar.

Ia semakin memburuk apabila kedudukan UMNO-BN terus mengalami kemerosotan kerusi yang amat teruk iaitu pada PRU15 dan semasa enam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Malah menurut Mohammad Tawfik, sekiranya Ahmad Zahid masih kekal memegang tampuk UMNO, Pakatan Harapan (PH) juga akan menerima tempias yang dialami oleh UMNO-BN.

“Apatah lagi negara akan berhadapan dengan PRK Pulai, Simpang Jeram dan negeri Sabah selepas ini.

“Justeru ‘pendarahan politik’ yang sedang dialami oleh UMNO perlu dihentikan segera kerana bukan sahaja boleh melemahkan UMNO-BN tetapi akan mewujudkan beban kepada PH,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, Ahmad Zahid perlu berjiwa besar melepaskan jawatan Presiden UMNO secara terhormat untuk tidak lagi menjadi liabiliti kepada BN dan PH.

Krisis dalaman UMNO susulan protes terhadap Ahmad Zahid, jelasnya, menyebabkan wujud undi sabotaj akar umbi parti itu sehingga memangkah Perikatan Nasional (PN) pada PRN lalu. – 



WOIT

ZAHID

BERJAWA BESAR

ATAU BERJIWA

BESAR

KAH KAH KAH

KALAU ZAHID

LEPAS JAWATAN

DIA MASUK JIL

KAH KAH KAH

SILAP SILAP

KERAJAAN TUMBANG

KAH KAH KAH

TOK MAT ADA

KES BAWA LARI

DUIT

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

isham jalil kata dia tak tau punca kenapa umno ditolak.. umno kena car punca.. bingai betul budak harvard ni.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

bukan tok mat je ada kes..haji hadi pun ada kes terima wang rasuah dari umno..kalo wak jawa buka balik kes rm90juta tu, tercabut jubah haji hadi..kes tuan ibrahim tuan man tipu kontrak, kes jana wibawa, kes ytl...