Pesawat terhempas
di Bandar Elmina
Sebuah pesawat terbang terhempas di satu jalan besar berhampiran satu kawasan penempatan penduduk di Bandar Elmina, Shah Alam pada petang ini.
Ketua Pengarah Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Norazman Mahmud dalam satu kenyataan menyebut pesawat itu membawa lapan individu.
“Enam penumpang dan dua kru penerbangan di dalam penerbangan dan keadaan mereka belum dapat dipastikan,” katanya.
Tiada panggilan kecemasan diterima dari pesawat itu, tambahnya.
Beliau juga mengesahkan kejadian melibatkan sebuah pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1).
Pesawat dengan nombor ekor N28JV dikendali sebuah firma swasta itu berlepas dari Langkawi sekitar jam 2 petang dan dijadualkan mendarat di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Polis Shah Alam turut mengesahkan kejadian yang dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 2.45 petang.
Gambar dan video yang tersebar di media sosial petang ini menunjukkan asap tebal dan kesan terbakar di sekitar jalan berkenaan.– 17 Ogos 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan