Khamis, 17 Ogos 2023

UMNO SUDAH. BUNGKUS !!!



'UMNO sudah hendak bungkus’ suara rakyat terbanyak – Tok Nan

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin UMNO,  Adnan Yaakob tidak peduli jika ada pihak yang marah terhadap kenyataannya yang mendakwa ‘UMNO sudah hendak bungkus’ yang tular baru-baru ini.

Bekas Menteri Besar Pahang selama 19 tahun itu bertegas, apa yang dinyatakannya merupakan suara kebanyakan rakyat.

“Saya menjadi wakil rakyat selama lapan penggal. Ini semua takdir Allah belaka. Arwah ayah saya pernah menjadi Ketua UMNO cawangan, Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan Setiausaha UMNO Bahagian.

“Alhamdulillah, saya terdedah awal kepada politik UMNO sejak kecil. Apa yang saya sebutkan dalam video itu adalah suara terbanyak rakyat. Kalau ada yang marah dan ada yang suka, ia bukan urusan saya.

“Saya anggap ia ada hikmahnya. Para ulamak pernah berkata: “Tidak bergerak sebutir zarah melainkan dengan izin Allah,” kata Adnan dalam pesanan WhatsApp.

Media hari ini melaporkan, Adnan menyertai bekas kepimpinan UMNO yang menggambarkan prestasi parti itu kian menjunam susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Dalam satu video berdurasi 25 saat yang tular semalam, beliau yang dikenali sebagai Tok Nan mengatakan, “UMNO pun dah nak bungkus dah, bungkus lipat. Banyak ceritanya”.

Menurut Adnan, dialog ringkas itu dikeluarkan ketika beliau terserempak dengan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Mohd. Yassin di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam.

WOIT

TOK NAN

INI BEKAS MB

PENGALAMAN LAMA

AMIN

TOK NAN TAHU APA

YANG DIA KOMEN

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

politikgilababi berkata...

itu biasa slps rakyat dah mula lupa dia, slps dia angkut berlori-lori harta milik negara...20 thn jadi MB, apa? nak tengok saja?! Kahkahkah Kahkahkah

Tanpa Nama berkata...


DNA nusiree, nek amore, din copong, mat seid.