Jumaat, 24 Julai 2026
KENALI MUSUH UTAMA
BUANG IALAH
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
INI MUSUH UTAMA
KITA SEMUA
KHALAS
Cina ada China, India ada India, Melayu hanya ada Tanah Melayu - Sanusi
PRN NEGERI SEMBILAN | Perikatan Nasional (PN) menggunakan retorik kaum dan agama dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dengan menyamakan kepimpinan Melayu dalam kerajaan seperti watak pengkhianat bangsa "Buang" dalam filem klasik Sarjan Hassan.
Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, kuasa politik dan penguasaan ekonomi orang Melayu semakin terhakis dan berdepan risiko hilang sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun jika tiada perubahan drastik dilakukan.
Dakwa menteri besar Kedah itu, situasi berkenaan berlaku berikutan wujudnya golongan pemimpin Melayu yang sanggup mengadaikan prinsip dan mempertahankan parti lawan demi kepentingan kuasa peribadi.
"Ada barua-barua Melayu, orang-orang yang bersikap seperti watak Buang dalam filem Sarjan Hassan... Ada watak Buang yang jadi barua-barua Jepun, (dia) Melayu.
"Mereka tubuh parti, himpun puak ini semua. Mereka inilah yang mengikis kuasa politik Melayu pula sebab kita kehilangan ekonomi yang begitu besar," katanya dalam ceramah perdana BN-PN di Jempol, malam tadi.
Sanusi menegaskan bahawa Malaysia merupakan satu-satunya Tanah Melayu yang menjadi tempat perlindungan bagi masyarakat pribumi, berbeza dengan kaum lain yang mempunyai negara asal masing-masing.
"Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada Cina, orang Kamboja ada Kamboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja," katanya dalam ceramah yang dihadiri lebih 300 hadirin.
Sanusi turut meluahkan kebimbangan terhadap sektor ekonomi yang menurutnya masih menyaksikan pegangan orang Melayu terhenti pada kadar 18 peratus sahaja selepas 50 tahun.
"Selepas 50 tahun tuan-tuan, kita masih berada pada tahap yang sama. Tapi kita tengok sektor politik, sektor ekonomi ini kita jumlah 18 peratus daripadanya. Sektor politik pula semakin hari semakin terhakis.
"Orang muda-muda yang ada main game, yang tak peduli pasal parti, tak peduli pasal politik, apa tunggu 10 tahun lagi, negeri ini akan hilang kalau sebarang perubahan tak dibuat sekarang.
"Sekarang! Bukan esok. Now! Now! (Sekarang! Sekarang!). Orang ini sebenarnya kena jawab tahu. Now! (Sekarang!) Tak boleh tunggulah," katanya.
Sanusi turut mendakwa terdapat pihak yang sengaja memburuk-burukkan imej orang Melayu secara menyeluruh sehingga menimbulkan pandangan negatif daripada masyarakat bukan Islam.
"Hari-hari bangsa Melayu sendiri menghentam orang Melayu. Dia dedahkan macam-macam keburukan orang Melayu.
"Akibat satu dua perangai, dia hentam satu Melayu perangai serupa. Menyebabkan orang bukan Islam, bukan Melayu, pandang kita serupa," katanya.
Pemimpin PAS itu turut melepaskan peluang menyerang Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan mendakwa ada pemimpin yang pragmatis semata-mata mahu menguasai jawatan perdana menteri.
"Politik, liberal, plural, pragmatis, semua boleh. Asal aku boleh jadi perdana menteri. Haa, ni hal-hal terjadi ni. Di keliling dia, watak-watak Buang ni penuh, termasuk ulama sabun itu (Mohamad Sabu) itu.
"Pertahankan DAP hari-hari. Melayu tak ada. Dia gambarkan Melayu dengan sikap yang sangat buruk.
"Yang DAP nak buat? Malaysian Malaysia (Malaysia untuk orang Malaysia). Tak ada bangsa, semua bangsa Malaysia. Itu tujuan DAP. Nak kena sedar menarik. Tak sedar 10 tahun lagi, tak tahulah siapa Melayu, siapa bangsa lain," katanya.
Sanusi juga menggesa penyatuan semula antara PAS dan Umno demi mempertahankan agama dan bangsa.
"Sesuatu mesti dilakukan sekarang. Kena buatlah ini, formula lain tak ada. Kena berpadu, PAS dan Umno, jangan pecahlah," katanya.
Pada PRN Negeri Sembilan, PN dan BN mengadakan kerjasama dengan masing-masing bertanding di 11 dan 25 kerusi untuk mengelak persaingan bertindih.
MANA YB NGA KOR MENG - SILA BANTU HADI
WOIT
MANA HILANG
NGA KOR MENG
SENYAP TAK
BERSUARA
KAH KAH KAH
BUKALAH MULUT
BANTU HADI
KAH KAH KAH
KHALAS
Perselisihan PAS-Umno selama ini hanya isu khilaf, kata Hadi
PAS hari ini memperteguh iltizam parti itu dan PN untuk bekerjasama dengan BN sebagai persefahaman yang tulen dan tidak merugikan.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, bahkan berkata ia bukanlah persefahaman yang berbentuk sandiwara. Tambahan pula, tambahnya, semua gabungan terbabit berbelanja untuk memastikan kerjasama tersebut berhasil.
“Kerjasama (tersebut) bukan wayang.. (sebab) habis duit. Orang-orang PAS pergi (kempen) berbelanja sendiri, sepenuh tenaga. Termasuk orang Umno juga habis duit…
“Wayang apa itu?” katanya kepada media di Marang, Terengganu hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa kerjasama PN – yang kini dikuasai PAS – dan BN dalam PRN Negeri Sembilan adalah wayang politik.
Mengulas mengenai sejarah kerjasama kedua-dua parti yang sering berakhir dengan ‘penceraian’ Abdul Hadi berpendapat ia adalah perkara biasa dan hanya melibatkan isu yang kecil.
Justeru bagi Abdul Hadi, ia tidak melibatkan aspek utama.
“Biasa berlaku khilaf (perselisihan faham) perkara cabang, bukan dasar. (Bagi) Perkara dasar tak ada khilaf antara PAS dan Umno.
“(Perjuangan) PAS berdasarkan Islam, Umno (pula) berdasarkan Melayu, Melayu (dan) Islam ini tak berpisah.
“Orang Cina (jika) masuk Islam, kata masuk Melayu; India masuk Melayu. Melayu itu Islam.
“Kita berbalah pendekatan sahaja, dasar tak (berbalah),” katanya.
Untuk rekod, PN diketuai oleh Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar.
Abdul Hadi pula tidak mempunyai sebarang jawatan dalam gabungan berkenaan.
Abdul Hadi berkata, dia berharap kerjasama yang terjalin di antara Umno dan PAS kali akan berpanjangan.
Alasannya, kata hadi: “Nak selamatkan negara, insya-Allah.
PROJEK TERBAKAR CEPAT BETUL
WOW
CEPAT PROJEK
INI BETUL
KAH KAH KAH
SEPERTI YANG
DI RANCANG
JENG JENG JENG
SEHARI TERBAKAR
DAH ADA
SEPERTI YANG
DI RANCANG
KHALAS
Pembangunan semula Pasar Borong Selangor bermula awal tahun depan
SERDANG: Projek pembangunan semula keseluruhan Pasar Borong Selangor dijangka bermula awal tahun depan selepas isu berkaitan kontraktor yang dilantik sebelum ini diselesaikan.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim, berkata reka bentuk serta pelaksanaan projek itu kini berada pada peringkat akhir sebelum kerja pembinaan dimulakan.
Menurut Izham, perancangan membangunkan semula pasar borong berkenaan sudah dibuat sejak beberapa tahun lalu dan tidak berkait dengan kebakaran yang berlaku tengah malam tadi.
"Projek ini sebenarnya sudah dirancang agak lama, namun sebelum ini timbul sedikit isu dengan kontraktor yang dilantik.
"Kita sedang memuktamadkan reka bentuk dan pelaksanaannya. Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar, kita mulakan pembinaan pada awal tahun depan," katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran, hari ini.
Beliau berkata, pembangunan semula itu akan membabitkan keseluruhan kawasan Pasar Borong Selangor yang diuruskan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Katanya, reka bentuk baharu turut mengambil kira aspek keselamatan termasuk penyediaan pili bomba, sistem penyembur air automatik serta kemudahan lain yang lebih moden.
"Kita mahu bangunkan sebuah pasar moden yang lebih selesa, selamat dan mempunyai kemudahan letak kenderaan mencukupi.
"Aspek keselamatan akan diberi perhatian, termasuk penyediaan pili bomba dan sistem penyembur air sebagai antara elemen penting dalam pembangunan semula ini," katanya.
Izham berkata, operasi Pasar Borong Selangor tidak terjejas walaupun kebakaran memusnahkan tiga premis.
Beliau berkata, premis lain di pasar borong itu terus beroperasi seperti biasa.
"Kebakaran hanya membabitkan tiga premis iaitu sebuah kedai menjual perkakasan katering dan barangan dapur, sebuah kedai menjual telur serta sebuah kedai perkakasan.
"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya.
Beliau berkata, kawasan kebakaran akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil terhadap tiga premis yang terjejas.
Katanya, kerajaan negeri menyasarkan semua urusan berkaitan tapak itu dapat diselesaikan sebelum akhir tahun bagi membolehkan pelaksanaan projek pembangunan dimulakan seperti dirancang.
TERAM KAKI GERTAK
WOIT TERAM
JANGAN CAKAP
SERANG DAN BAWA
ASKAR MENDARAT
KAH KAH KAH
CAKAP GERTAK
ANCAM TAK GUNA
KAH KAH KAH
KHALAS
Iran, sekutu bakal alami hukuman ketenteraan yang besar - Ugut Trump
TEHRAN: Amerika Syarikat (AS) dan Iran semalam saling mengugut untuk meningkatkan serangan antara satu sama lain selepas sekutu Tehran, Houthi menyerang kapal tangki minyak Arab Saudi yang menyaksikan harga minyak dunia terus melonjak.
Presiden AS, Donald Trump menegaskan Washington akan mempertanggungjawabkan Iran atas tindakan Houthi itu, sekali gus memberi amaran bahawa Tehran bersama sekutunya bakal mengalami 'hukuman ketenteraan yang besar.'
Peningkatan ketegangan itu menyebabkan harga minyak mentah Brent melonjak lebih tujuh peratus hingga melepasi paras AS$100 setong buat kali pertama sejak Mei lalu, manakala pemimpin dunia menyuarakan kebimbangan berikutan serangan kumpulan pejuang di Yaman itu terhadap kapal tangki minyak di Laut Merah.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memberi amaran bahawa situasi kini berada di ambang krisis yang sukar dibendung.
"Keadaan semakin tidak terkawal. Ia berada di ambang sesuatu yang tidak dapat dibayangkan.
"Satu demi satu krisis mendorong kepada konflik yang lain. Setiap peningkatan ketegangan mencetuskan pergolakan yang seterusnya," katanya pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.
Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde pula memberi amaran bahawa kejutan terhadap 'pasaran tenaga boleh bertambah buruk' dan meningkatkan kadar inflasi, sekali gus mengukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah Eurozone pada September depan.
Turut menyuarakan kebimbangan ialah Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius yang menekankan bahawa konflik itu boleh membawa kesan amat teruk terhadap negara pengimport minyak.
"Tiada apa - langsung tiada apa - yang menunjukkan gencatan senjata, apatah lagi keamanan, boleh dicapai," katanya.
Perang itu kembali memuncak bulan ini selepas berakhirnya gencatan senjata yang hanya bertahan selama beberapa minggu, sekali gus mengembalikan rantau ini ke dalam kancah huru-hara yang turut menyaksikan Iran dan AS saling berebut untuk menguasai Selat Hormuz.
"Serangan balas angkatan tentera akan diteruskan selagi AS masih menyerang infrastruktur dan kawasan pantai Iran," kata jurucakap tentera Iran, Mohammad Akraminia, menurut televisyen kerajaan.
Kumpulan Houthi menyertai konflik itu, minggu ini, dengan mengisytiharkan sekatan terhadap pelabuhan Arab Saudi serta mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas kapal tangki minyak di Laut Merah.
Jordan dan Kuwait pula memaklumkan berjaya memintas beberapa serangan ketika tentera serta Pengawal Revolusi Iran mendakwa menyasarkan aset AS di kedua-dua negara berkenaan.
Lewat semalam, Trump melalui media sosial mengumumkan AS akan mula menggunakan aset Iran yang dibekukan dan kini berada dalam genggaman serta kawalan AS untuk membayar pampasan atas 'sebarang dan semua kerosakan yang dialami kapal, kargo atau apa saja yang berkaitan' di rantau ini.
Langgan:
Catatan (Atom)




