Khamis, 19 Februari 2009

DI ANTARA DUA BUKIT




Krisis adalah dugaan. Krisis rumah tangga, krisis pribadi atau krisis politik semuanya adalah dugaan terhadap diri. Jika besar krisis itu lagi hebat dugaan yang akan di lalui.

Krisis pribadi akan menduga keupayaan fikrah individu. Krisis rumah tangga akan menduga si suami dan si isteri. Krisis keewangan akan menduga keupayaan CEO dan Pengarah Syarikat untuk bertindak. Krisis dalam bilik darjah akan menduga kecekapan guru.

Paling menonjol dan timbul dalam krisis politik ialah dugaan terhadap kepimpinan parti politik, kesebulatan suara politik dan kesungguhan tindakan yang akan di ambil. Jangan dilupakan: krisis politik ialah sekolah untuk mengajar dan menduga keupayaan fikrah orang ramai – warga - untuk berfikir dan bertindak.

Perletakan jawatan Adun Bukit Selambu dan kemangkatan Yang Berhormat wakil rakyat Bukit Gantang telah meluaskan lagi krisis politik yang sedang melanda Perak ke seluruh negara.

Seperti telah di takdirkan, YB yang meninggalkan dunia itu adalah wakil rakyat dalam kawasan Adun yang ‘telah lari dari Pakatan Rakyat’. Juga, seperti telah di takdirkan Adun Bukit Selambu juga telah membuat satu keputusan tepat – tidak ingin di ganggu gugat – beliau telah meletakan jawatan.

Niat dan harapan orang ramai – warga Perak dan warga Malaysia - untuk menduga dan menguji kembali sokongan terhadap Pakatan Rakyat atau penolakan terhadap Barisan Nasional melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri telah di gagalkan. Tetapi belum pun habis kopi secawan diminum , harapan warga Perak dan warga Malaysia tiba-tiba termakbul. Seolah-olah ada ‘perancangan Yang Lebih Tinggi’ dari perancangan menteri atau raja.

Krisis politik di Perak telah memuncul satu keadaan dimana ianya meminta warga Perak dan rakyat Malaysia menilai diri mereka sendiri. Krisis ini menuntut warga Malaysia untuk memahami apakah itu yang di panggil Perlembagaan dan kenapa bagitu penting sekali untuk warga mengetahui sekuran-kurangnya semangat dan roh Perlembagaan itu.

Selama kini , mungkin ramai warga yang ambil endah tidak endah terhadap Perlembagaan Negara mahu pun Perlembagaan Negeri. Memang betul, dalam suasana berpesta ria riuh berpekik terlolong mengumpul harta dan mencari makan Perlembagaan tidak di pernah termasuk didalam ajenda pribadi. Kini semuanya telah berubah.

Krisis di Perak ini telah mengajar kita semua untuk memahami apa tugas kita sebagai warga. Telah terlalu lama – lebih dari 50 tahun – warga telah memberikan keyakinan kepada pelbagai bentuk lembaga untuk mentadbir negara dan negeri.

Selama 50 tahun ini kita dengan selesa membenarkan ‘ orang-orang’ yang kita yakini untuk mentafsir dan merangka perundangan yang melibatkan kehidupan kita sehari-hari. Warga tanpa sedar, malah mungkin lalai kerana sibuk dengan berpesta mengumpul harta – telah memberikan hak-hak mereka kepada ‘susuk-susuk’ yang diharap-harap akan membawa kesejahteraan. Krisis di Perak telah menunjukan ini sikap lalai ini wajib di hentikan.

Justeru krisis di Perak adalah curahan air salju kepada warga agar bangun untuk menilai diri. Warga tidak boleh lagi berlenggang kangkung dengan membiarkan ‘orang-orang’ yang kita anggap berilmu, berpelajaran atau berstatus untuk menjaga kepentingan warga.

Krisis di Perak menuntut warga untuk menjadi prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling kehidupan yang mungkin membawa faedah atau pun membawa mudarat kepada diri. Krisis di Perak menjemput warga untuk peduli terhadap segala tindak tanduk orang orang yang dahulunya telah kita berikan kepercyaan.

Saya yakin betapa kecewanya rakyat Perak apabila kerajaan yang mereka tubuhkan tiba-tiba ‘runtuh di rampas’ dengan sekelip mata. Saya juga yakin bertapa sedihnya warga Perak melihat segala perancangan dan mimpi-mimpi mereka untuk mewujudkan Perak sebagai sebuah negeri contoh kini tinggal angan-angan.

Wujud satu proses pembelajaran dengan krisis ini. Kuliah pertama untuk di hayati ialah semua lembaga-lembaga yang wujud dalam negeri atau negara ini bukan bermula dengan sultan , raja atau yang ahli-ahli yang berhormat. Kuasa bermula dengan satu lembaga yang lebih ampuh dari semua lembaga daulah, lebih kuat dan tidak akan berubah-ubah – lembaga ini ialah suara warga itu sendiri.

Lembaga-lembaga daulah, perundangan daulah yang di wujudkan sama ada melalui Parlimen atau Dewan Negeri bertujuan untuk memastikan sesebuah negeri berjalan lancar, adil dan telus. Untuk memastikan keadilan dikecapai oleh semua warga. Justeru kata pemutus dan suara veto terakhir ialah suara orang ramai. Inilah kuliah awal wahid yang amat-amat wajib di fahami.

Kuliah kedua yang wajib di hayati ialah ajenda sempit tentang Cina, Melayu, India dan hal-hal perkauman. Ajenda perkauman ini hanyalah ajenda yang akan memecah belahkan setia kawan bangsa-bangsa. Nilai-nilai dan hujah perkauman ini harus kita akui bukan hanya wujud di dalam Barisan Nasional tetapi wujud juga di dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, krisis di Perak ini telah menimbulkan satu asakan dam memaksa kita sebagai warga untuk melihat diri dan menilai pegangan dan falsafah hidup. Becakap manis tentang hak asasi, bercakap lunak tentang hal Perlembagaan atau bercakap tentang tidak ada perbezaan antara Cina, Melayui atau India - cukup senang.

Lidah tidak bertulang. Semua orang boleh bercakap. Burung tiong juga boleh bercakap. Cakap-cakap manis ini menjadi lebih manis jika yang bercakap ini itu dilihat berpendidikan tinggi perigi – pernah ke Dubai, ke Havard atau ke Oxford untuk belajar.

Apa yang terjadi di Perak telah mengajar kita bahawa cakap-cakap ini akan di uji dan di duga. Ujian utama terhadap manusia ialah sama ada dapat mengkotakan apa yang dicakapkan. Bercakap dan melakukan adalah dua pekara yang amat berbeza. Bercakap cukup senang macam memecah sebutir telor. Melakukan cukup susah seperti ingin mendirikan jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.

Hendaknya warga Perak dan warga Malaysia akan mendapat pengajaran yang tinggi dari krisis ini. Hendaknya warga akan belajar dan mengingati untuk tidak bagitu terpengaruh dengan cakap yang molok-molok tetapi hati menjaga tempolok. Atau terdodoi mendengar cakap yang molek-molek tetapi tahi berguling bergolek-golek.

Kuliah ketiga ialah menterjemah kemarahan. Marah adalah sifat yang paling hina didalam naluri manusia. Naluri marah ini wujud untuk semua manusia di dunia ini. Apa yang membezakan susuk yang bertamadun, sopan dan berilmu adalah bagaimana naluri kemarahan yang buruk ini boleh di terjemahkan untuk kebaikan.

Seperti telah di rancangankan oleh Yang Maha Esa – penduduk di Perak dan di Kedah - sedang di duga apakah mereka akan dapat menterjemahkan naluri kemarahan yang hina ini untuk dijadikan kudrat yang maha kuat untuk meraut kemenangan yang gilang gemiling dalam dua pilihanraya kecil yang akan dijalankan pada 7 April 2009 nanti.

Membawa marah dan dendam ke hulu ke hilir adalah satu beban. Menyimpan marah dan dendam di dalam sanubari akan memberi tekanan kepada jantung dan saraf. Ini tidak bermakna warga tidak oleh menjerit menunjukkan marah kepada ketidak adilan dan kebejatan. Menjerit dan tunjukanlah perasaan marah itu semarah mungkin

Tetapi akhirnya marah ini wajib di terjemahkan untuk kebaikan umum. Marah kerana marah adalah sikap orang yang tidak berfikrah. Dua buah bukit – Bukit Gantang dan Bukit Selambu - kini berdiri tegak menunggu untuk menduga hati marah warga Perak dan warga Kedah.

Lambakan undi yang melimpah ruah dari Bukit Gantang dan Bukit Selambu akan menenggelamkan semua kemarahan dan dendam. Jika ini dapat dilakukan semua polong dan hantu raya di Perak akan bertempiaran mencari tuan. Bila ini belaku warga Malaysia semuanya akan tersenyum dari bibir sampai ke telinga. (TT)





18 ulasan:

Irama berkata...

wow, Tok Sham memang pembuka
pembuka minda
wa caya lu

hafiz berkata...

krisis politik perak. rampasan kuasa yang berlaku adalah memalukan. lalu segala kebodohan dan kedangkalan terkeluar membuak-buak. keluhuran perlembagaan?? yeke? poorah. Kedaulatan undang2? mana BN ikut. Apa; mereka ingat rakyat ini bodoh? apa; BN ingat sekarang ni tahun 50? najib senyum lebar. sampai merah muka. hahaha kita tengok nanti. siapa akan bebal, siapa jadi sebal, siapa pulak kena baling kasut.

Tanpa Nama berkata...

En Hisham

Do you think the small little bush will get burn in court? Here is a link for your information at your leisure.

http://www.bushproject.com/ and the article inquestion.

Brewing Trouble for George W. Bush

SEATTLE, WA. Feb. 17, 2009 – A 57-year old Seattle coffee bean entrepreneur hopes he just brewed a pot of trouble for former president Bush and others in his administration.

On February 7th Bob Alexander his wife, Arminda and local volunteers, mailed a copy of legendary prosecutor, Vincent Bugliosi's book, The Prosecution of George W. Bush for Murder, to 2,200 local district attorneys across the US. Each of these prosecutors has had at least one soldier from their district killed in Iraq.

Bugliosi is best known for his prosecution and conviction of Charles Manson. As a Los Angeles County Assistant District Attorney, he successfully prosecuted Charles Manson and several other members of his "family" for the 1969 murders of Sharon Tate and six others. He lost only one of the 106 felony cases he tried as a prosecutor, which included winning 21 out of 21 murder cases

While Bugliosi's name may be familiar to some, Bob Alexander's is known only to customers who purchase premium coffee from his SuperBeans.com Web site. Bob and his wife were motivated to take personal action after reading Bugliosi's book.


“Last Summer, I read Vince's book,” Alexander said. “After years of thinking that Bush, Cheney, Rumsfeld and Rice would walk away from their crimes, here at last was hope that something could be done to help put right their horrible wrongs. In his book Bugliosi clearly lays out how any district attorney can indict and prosecute Bush, and other administration figures, for murder. All any DA needs to prove they have jurisdiction is to show that a soldier from his or her county had been killed in the War in Iraq.”


Taken by the simplicity and clarity of Bugliosi's legal argument, Alexander initially used his web-based business to promote both the book and it's central premise. Customers who logged on to purchase another pound or two of Kona coffee beans, were instead met with the message:


“In lieu of buying coffee this month ... please consider picking up a copy of Vincent Bugliosi's book instead. When you're finished reading the book ... send your copy to your State Attorney, or your county District Attorney. Or better yet ... deliver it in person.”


The next day, Jude Morford, founder of “woman standing,” called and told Alexander that she was taking him up on his challenge and planned to hand-deliver her copy of Bugliosi's book directly to her local district attorney, and wanted Bob to accompany her.


“That's when it struck me.” Alexander said. “Although I wanted as many Americans as possible to read this book, district attorneys should be at the top of the list. So I suggested, let's mail this book, written by one of America’s preeminent prosecuting attorneys, to every DA in the country since it sets forth such a prime facia argument for prosecution.”


Alexander set up a new Web site, http://www. prosecutegeorgebush.com, asking for donations and volunteers. The goal was to raise enough money to buy 2200 books and to mail one to every district attorney in America.


“The site went “live” Wednesday night, September 17, 2008,” Alexander said. “The only media promotion we received was from radio talk show host, Mike Malloy. His audience alone donated more than 95% of the money we needed. By January his listeners had sent in enough $3 to $15 donations to put us over the finish line.”


After negotiating an “at cost” deal from the publisher, Alexander was able to cover the $17,000 for the books and postage. By February 7 all 2,200 books in the mail making to district attorneys from New York to Hawaii. In all it came to 5 pallet loads of Bugliosi’s book, weighing in at two tons.

Reached for comment, the author, Vincent Bugliosi, voiced hope that Alexander's efforts will finally prod at least someone with criminal legal authority to act.


"I hope that this increases the possibility that a courageous prosecutor, committed to the rule of law, will hear the cries for justice from the graves of the thousands who had their lives violently cut short and take the ample case I have laid out in this book before an American jury to let them decide whether George W Bush and others from his administration are guilty or not guilty, and if guilty and, if found guilty, what the punishment should be,” Bugliosi said.


When asked what he thought about the prospects of his efforts sparking a Federal, state or local investigation and prosecution Alexander said he had little faith that either federal or state systems of justice will rise to the occasion, which is why he mailed Bugliosi's book only to local prosecutors.


“I don’t believe we should wait to see what the feds or states will or won’t do,” Alexander said. “Or to paraphrase a popular bumper sticker … 'Think Globally - Prosecute Locally.'”



For more information contact:

Bob Alexander
http://prosecutegeorgebush.com

pagarmakanpadi berkata...

bab kata khairy anak menantu paklah, bn asyik kalah je sebab rakyat protes bukan sebab rakyat sokong pakatan rakyat, so krisis ni lah rakyat boleh tunjukan rakyat hanya sekadar protes, ataupun betul2 rakyat sudah meluat dengan bn...

pagarmakanpadi.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Although i feel like preaching to the choir... since you have an audience, maybe there is an audience of you will sit up and pay attention.

Regards,

Source...
http://www.leap2020.eu/GEAB-N-32-is-available%21-4th-quarter-2009-Beginning-of-Phase-5-of-the-global-systemic-crisis-phase-of-global-geopolitical_a2805.html?PHPSESSID=7f96eb38796490220a969131e624599e

GEAB N°32 is available! 4th quarter 2009 – Beginning of Phase 5 of the global systemic crisis: phase of global geopolitical dislocation
- Public announcement GEAB N°32 (February 16, 2009) -



Back in February 2006, LEAP/E2020 estimated that the global systemic crisis would unfold in 4 main structural phases: trigger, acceleration, impact and decanting phases. This process enabled us to properly anticipate events until now. However our team has now come to the conclusion that, due to the global leaders’ incapacity to fully realise the scope of the ongoing crisis (made obvious by their determination to cure the consequences rather than the causes of this crisis), the global systemic crisis will enter a fifth phase in the fourth quarter of 2009, a phase of global geopolitical dislocation.

According to LEAP/E2020, this new stage of the crisis will be shaped by two major processes happening in two parallel sequences:

A. Two major processes:
1. Disappearance of the financial base (Dollar & Debt) all over the world
2. Fragmentation of the interests of the global system’s big players and blocks

B. Two parallel sequences:
1. Quick disintegration of the current international system altogether
2. Strategic dislocation of big global players.

We had hoped that the decanting phase would give the world’s leaders the opportunity to draw the proper conclusions from the collapse of the global system prevailing since WWII. Alas, at this stage, it is no longer possible to be optimistic in this regard (1). In the United States, as in Europe, China and Japan, leaders persist in reacting as if the global system has only fallen victim to some temporary breakdown, merely requiring loads of fuel (liquidities) and other ingredients (rate drops, repurchase of toxic assets, bailouts of semi-bankrupt industries,…) to reboot it. In fact (and this is what LEAP/E2020 means ever since February 2006 using the expression « global systemic crisis”), the global system is simply out of order; a new one needs to be built instead of striving to save what can no longer be saved.




Orders in the manufacturing sector, Quarter 4 2008 (Japan, Eurozone, United Kingdom, China, India) - Sources : MarketOracle / JPMorgan
History is not known to be patient, therefore the fifth phase of the crisis will ignite this required process of reconstruction, but in a harsh manner: by means of a complete dislocation of the present system, with particularly tragic consequences in the case of several big global players, as described in this 32nd issue of the GEAB (see the two parallel sequences).

According to LEAP/E2020, there is only one very small launch window left to prevent this scenario from shaping up: the next four months, before summer 2009. Practically speaking, the April 2009 G20 Summit is probably the last chance to put on the right tracks the forces at play, i.e. before the sequence of UK and then US defaults begin (2). Failing which, they will lose their capacity to control events (3), including those in their own countries for many of them; and the world will enter this phase of geopolitical dislocation like a “drunken boat”. At the end of this phase of geopolitical dislocation, the world will look more like Europe in 1913 rather than our world in 2007.

Because they persisted in bearing the ever-increasing weight of the ongoing crisis, most states, including the most powerful ones, failed to realise that they were planning their own trampling under the weight of History, forgetting that they were merely man-made organisations, only surviving because they matched the interest of a large majority. In this 32nd edition of the GEAB, LEAP/E2020 has chosen to anticipate the fallout of this phase of geopolitical dislocation so far as it affects the United-States, EU, China and Russia.




US Monetary base - (12/2002 – 12/2008) - Source US Federal Reserve / DollarDaze
It is high time for the general population and socio-political players to get ready to face very hard times during which whole segments of our societies will be modified (4), temporarily disappear or even permanently vanish. For instance, the breakdown of the global monetary system we anticipated for summer 2009 will indeed entail the collapse of the US dollar (and all USD-denominated assets), but it will also induce, out of psychological contagion, a general loss of confidence in paper money altogether (these consequences give rise to a number of recommendations in this issue of the GEAB).

Last but not least, our team now estimates that the most monolithic, the most « imperialistic » political entities (5) will suffer the most from this fifth phase of the crisis. Some states will indeed experience a strategic dislocation undermining their territorial integrity and their influence worldwide. As a consequence, other states will suddenly lose their protected situations and be thrust into regional chaos.


---------
Notes:

(1) Barack Obama, like Nicolas Sarkozy or Gordon Brown, spend their time chanting about the historic dimension of the crisis, but they are just hiding the fact that they fully misunderstand its nature in an attempt to clear their names from the future failure of their policies. As to the others, they prefer to persuade themselves that the problem will be solved like any normal technical problem, albeit a little more serious than usual. Meanwhile everyone continues to play by decades old rules, unaware of the fact that the game is vanishing from under their noses.

(2) See previous GEABs.

(3) In fact it is probable that the G20 will find it more and more difficult to simply meet, as the growing trend is one of « every man for himself ».

(4) Source : New York Times, 102/14/2009

(5) Idem companies.

Unknown berkata...

dan siapakah Melayu Yang Mati Katak Itu

Tanpa Nama berkata...

Di antara dua bukit
Apa dia di tengah-tengahnya
Ke mana perginya Bik Mama
Ke bukit Selambu atau Bukit Ketil
Kalau anda nak tahu
Bik mama ke Bukit Katil

Permatang berkata...

antara raja dan perlembagaan?mana 1 rakyat nak kena ikut?www.permatang.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

bro,
someone is playing god
kau tahu
aku tahu

Daddy berkata...

Asslamualaikum... Salam keimanan dan kemanusiaan buat para pencinta kedamaian... Bro artikal yang boleh mendidik warga.. harap semua warga dapat menikmati ilmu yang begini supaya tindakan atas kehendak kita bukan tindakan kerana ketakutan kepada manusia lain..

Tanpa Nama berkata...

Woi..Ali Ketam dah meracau..
Kah..Kah...kah..
Bodoh nya mamat sekor ni...
kah..kah..kah..
Bagi pendapat macam sial...
Sape la bodoh nak mampos sokong mangkuk ayun sekor ni...

Woi..mari kita kutuk Ali Ketam...
kah..kah..kah...kah...
sekor lagi ketuanan melayu yang banggang...kahakkk phtuii..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Orang2 Umno tgh memikirkan taktik mcm mana nak tipu kanan tipu kiri untuk terus mempertahankan ketuanan melayu nya..konon pembela..haik tuihh...klau lah Hang Tuah ngan Hang Jebat ada lagi,konfem dua pahlawan ni dah masuk Pakatan..ha ha ha ha ha...

Saiful berkata...

wa caya sama lu ..hanya doa utk 7 april, bukit selambau tu dekat kampung saya, saya pun pernah berreformasi..pernah tangkap antu -antu di lunas dulu..
lawan sampai menang

zack berkata...

Di antara 2 bukit bila berjaya menawannya. ..barulah mencapai kenikmatannya di BUKIT LENJAN...Kahh...kahh...kahhhh

MARI BERSATU berkata...

Mari kita FlashBack siket apa yang terjadi peristiwa lucu..lawak di negeri MONSOONGKAP pada MAC 2008...

23 Mac 2008
Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR.

Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.

Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad.

Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya.

Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.

Malam ini di Kuala Lumpur, semua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB.

Rosol, di sidang media itu, menafikan kenyataan timbalan ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua ketua bahagian menolak Idris.

Hanya bahagian-bahagian Hulu Terengganu (diketuai Tengku Putera), Marang, Dungun dan Kemaman (diketuai Ahmad) menolak Idris (ketua bahagian Besut); manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menyokongnya. ..."

MARI BERSATU berkata...

Tak pernah dalam sejarah...MENTERI BESAR ADA 2,

Menteri Besar dilantik sebelum menteri besar lama letak jawatan... sepatutnya tunggu la dulu menteri besar lama letak jawatan, kenapa tak boleh berbincang ke...kenapa yang jadi tamak sangat nak jadi menteri besor tunggulah yang lama tu letak jawatan dulu....lepas tu pulak 3 wakil rakyat pakatan tiba-tiba serentak jadi BEBAS...macam berjanji-janji pulak..masuk bebas tapi sokong umno pelik sungguh.... lepas tu pulak "orang" yang melantik tu macam tahu-tahu je benda-benda ni semua dah kena plan....heran..kebetulan kot.

Tapi yang lebih memalukan ialah bila MB baru dilantik....digantung dari masuk dewan...TAK PERNAH TERJADI....malu wei...jadi MB tapi tak boleh masuk dewan...tapi ini disebut sebagai PERTELINGKAHAN MENGGUNAKAN TAKTIK DAN TEKNIK PERLEMBAGAAN NEGERI ATAU UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI....ini bermakna undang-undang tubuh negeri tersebut masih tidak sempurna kerana masih boleh digunakan sebagai senjata makan tuan....

Cob Nobbler berkata...

bro isham,aku nak cakap satu la.

contohilah indonesia.

satu bangsa.satu negara.satu bahasa.

takde melayu,takde cina,takde india.

ni baru bukan dasar pecah dan perintah.ini baru perpaduan.

pecahkan tembok perkauman.binakan jambatan perpaduan.

pot pet berkata...

aku cukup senang membaca tulisan kamu. ya, cakap saja memang senang. sungguh senang. bila mahu praktik perlukan ketahanan. apa yang dipercayai tidak selalunya seiring dengan apa yang kita lakukan. teruskan menulis.