Jumaat, 7 Ogos 2026
KES GANJA DAH JADI KES GILA
KES GANJA
DAH GILA
AMIN
374.6 GRAM
KENA PENJARA
30 TAHUN
AMIN
APA SEDANG
BERLAKU
KHALAS
Mahkamah Rayuan ketepi keputusan bebas, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun
PUTRAJAYA: Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, dihukum penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya atas kesalahan mengedar dadah pada September 2021.
Keputusan dibuat sebulat suara tiga panel hakim dipengerusikan Noorin Badaruddin bersama Radzi Abdul Hamid dan Meor Hashim Abdul Hamid.
Noorin dalam keputusan memaklumkan hukuman penjara 30 tahun berkenaan bermula hari ini.
Dalam hujahan disampaikan Radzi, panel hakim mendapati terdapat alasan yang cukup bagi membolehkan pihaknya mengganggu dapatan Hakim Mahkamah Tinggi di akhir kes pembelaan.
"Terdapat kekhilafan menilai secara wajar keterangan pihak pembelaan dan mendapati pembelaan berjaya membangkitkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
"Sebaliknya, kami mendapati responden gagal membangkitkan keraguan munasabah atas kes pendakwaan dan gagal memintas anggapan pemilikan dan pengedaran dadah berada di bawah kawalannya.
"Pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh itu, kami membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan responden (Ismahalil) dari pertuduhan," katanya.
Katanya, keputusan itu digantikan dengan sabitan bagi kesalahan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.
Peguam mewakili Ismahalil, Hermes Media Putra Ibrahim memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya yang juga pencari nafkah tunggal bagi keluarga.
"Saya memohon hukuman yang ringan terhadap responden berdasarkan faktor usia serta tanggungan pendapatan yang tinggi perlu ditanggungnya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz dalam prosiding itu memohon pertimbangan hukuman penjara terhadap responden.
"Saya percaya umur responden melebihi 50 tahun tidak dikenakan hukuman sebatan. Jadi, saya mohon pertimbangan hukuman mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Pada 17 Julai 2023, media melaporkan Ismahalil, 53, dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pada September 2011.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap pengasas 'Bapakku FM' itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.
Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, 5.35 petang 27 Ogos 2021.
Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
DARI MANA NICKY DAPAT DUIT
PELIK
AMAT PELIK
ADALAH
AMIN
TUGAS SPRM
UNTUK SIASAT
DARI MANA
PUKI MAK INI
DAPAT DUIT
AMIN
KALAU MELAYU
KYA SPRM AKAN
SIASAT KE LUBANG
PUKI
AMIN
KALAU CHINA KAYA
HANYA BAYAR DENDA
KHALAS
Pertuduhan ke atas Nicky Liow ditarik balik lepas bayar kompaun RM10 juta -AGC
Kesemua 26 pertuduhan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan Liow Soon Hee atau lebih dikenali sebagai Nicky Liow ditarik balik selepas dia membayar kompaun berjumlah RM10 juta kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
AGC dalam kenyataan hari ini menjelaskan Nicky Liow tidak pernah dilepaskan tanpa sebarang tindakan undang-undang, sebaliknya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 12 April 2022 atas 26 pertuduhan mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Menurut AGC, Nicky Liow melalui peguamnya daripada Tetuan Rajpal, Firah & Vishnu telah mengemukakan dua surat representasi bertarikh 15 Disember 2022 dan 6 April 2023 bagi memohon supaya kesemua pertuduhan terhadapnya dikenakan kompaun di bawah Seksyen 92 Akta 613.
"Surat-surat representasi yang dikemukakan oleh pihak Nicky Liow telah diteliti dan dikaji dengan terperinci," kata AGC.
Jabatan itu berkata, berdasarkan keseluruhan keterangan sedia ada serta penilaian dan pertimbangan pendakwaan, pihaknya bersetuju menawarkan kompaun berjumlah RM10 juta yang kemudiannya dipersetujui dan dibayar oleh Nicky Liow pada 29 Mei 2023.
Selain bayaran kompaun tersebut, penyelesaian berkenaan turut melibatkan pelucutan bon berjumlah RM647,366 serta pelucutan harta-harta yang disita.
"Lanjutan daripada pembayaran kompaun tersebut, selaras dengan peruntukan Seksyen 92 Akta 613, Jabatan ini telah menarik balik pertuduhan terhadap Nicky Liow," katanya.
AGC memaklumkan pada 15 Jun 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah memerintahkan supaya Nicky Liow dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.
Menurut AGC, keputusan itu dibuat selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang berkaitan.
Ia turut menegaskan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan hasil siasatan dan keterangan secara keseluruhan, tanpa dipengaruhi tekanan luar atau sentimen awam, selain mengambil kira integriti proses pendakwaan serta keperluan memastikan ketelusan dalam sistem keadilan jenayah.
Minggu lalu, bekas Ketua PKR Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi, menggesa AGC menjelaskan sebab pihak pendakwaan menarik balik kes terhadap Liow.
Liow sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan terhadapnya.
Ahli perniagaan itu, yang didakwa atas kapasitinya sebagai pengarah syarikat, berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil pengubahan wang haram atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.
Sehari sebelum mengaku tidak bersalah, Liow, pengasas Winner Dynasty Group, menyerah diri kepada polis selepas lebih setahun menjadi buruan pihak berkuasa.
Pada 7 Julai 2022, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan 14 individu, termasuk dua adik-beradik Liow, daripada pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai "Gang Nicky" lima tahun sebelum itu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim selepas Rajpal memaklumkan mahkamah bahawa AGC menerima representasi daripada semua perayu yang memohon supaya mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan susulan perintah pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi.
Nama Liow kembali menjadi perhatian baru-baru ini selepas gambarnya memakai baju Pemuda PKR (AMK) pada satu majlis kutipan dana bersama Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, tular.
Peguamnya kemudian menjelaskan bahawa kehadiran Liow ke majlis itu adalah berdasarkan jemputan terbuka kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan Liow merupakan ahli kepada salah sebuah pertubuhan berkenaan.
JANGAN HALANG NURUL
JANGAN HALANG
NURUL IZZAH
NAK SAMBUNG
BELAJAR
KELAS MEASAK
AMIN
DEMI KEBAHAGIAN
RUMAH TANGGA
SUAMI ISTERI
KHALAS
‘Saya kecewa dengan Nurul Izzah, itu bukan jawatan main-main
Anggota Parlimen Ampang Rodziah Ismail menyatakan kekecewaannya dengan tindakan Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan timbalan presiden PKR.
“Kalau itu pilihan dia untuk meletakkan jawatan, itu hak dia.
“Tetapi sebagai seorang anggota parti, saya rasa terkilan kerana jawatan yang disandang bukan jawatan yang main-main.
“Itu merupakan jawatan kedua tertinggi dalam Parti Keadilan,” katanya.
Rodziah bagaimanapun berkata, dia tidak terkejut dengan keputusan itu kerana sudah beberapa kali mendengar hasrat berkenaan sejak Nurul Izzah memenangi jawatan tersebut.
Menurut Rodziah, alasan yang diberikan Nurul Izzah bagi melepaskan jawatan penting tersebut boleh difahami kerana setiap individu mempunyai sebab masing-masing.
Namun, kata bekas exco Selangor itu lagi, dia berpandangan, alasan tersebut tidak seharusnya menghalang Nurul Izzah daripada terus memperjuangkan agenda reformasi.
“Ada juga orang lain yang masih belajar tetapi tetap meneruskan perjuangan reformasi.
“Jadi, itu terpulang kepada pilihan masing-masing,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di program Projek Amal Rakyat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang, Ampang Jaya hari ini.
Pada masa sama, Rodziah berpandangan perkembangan itu memberi gambaran bahawa PKR perlu menilai semula hala tuju serta perjuangannya kerana terdapat beberapa langkah yang disifatkan kurang tepat.
“Saya harap kepimpinan tertinggi jangan mempermainkan kedudukan yang diberikan.
“Jawatan itu penting kerana melambangkan kekuatan sesebuah parti politik.
“Kalau kita menerima jawatan tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, perkara itu perlu diberi perhatian,” katanya.
Pada masa sama Rodziah berkata jika benar Nurul Izzah mahu bercuti untuk belajar, ada baiknya dia tidak perlu kembali aktif dalam politik.
“Beri peluang kepada orang lain untuk memimpin PKR,” katanya.
Rodziah bagaimanapun menegaskan pandangan itu dibuat atas kapasiti dirinya sebagai seorang anggota parti dan bukan mewakili pendirian rasmi parti.
JIKA ISA MASIH ADA
BILA KUASA
NAK TERLUCUT
MADAFAKA HANYA
ADA SPRM
AMIN
KALAU ISA
MASIH ADA
RAMAI AKAN
KE KAMUNTING
AMIN
PRN dan Nurul Izzah, Cermin Kegagalan Kepimpinan Anwar
Keputusan beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) kebelakangan ini bukan sekadar mencatat perubahan angka kerusi, tetapi turut membuka persoalan lebih besar mengenai arah tuju kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah Anwar bin Ibrahim.
Peletakan jawatan Nurul Izzah daripada jawatan Timbalan Presiden selepas prestasi pilihan raya yang mengaibkan PKR, dilihat sebagai satu lagi isyarat bahawa masalah dalaman parti tidak lagi boleh disorok di sebalik naratif kerajaan perpaduan.
Nurul Izzah bukan sekadar seorang pemimpin biasa dalam PKR. Beliau adalah simbol kesinambungan keluarga politik Anwar bin Ibrahim, tokoh yang selama ini dikaitkan dengan perjuangan reformasi dan harapan perubahan politik negara.
Justeru, apabila tokoh utama dalam politik keluarga itu sendiri mengambil langkah berundur, ia memberi gambaran bahawa tekanan terhadap parti semakin meningkat.
Persoalan utama bukan sekadar mengenai keputusan Nurul Izzah, tetapi mengapa Anwar bin Ibrahim terus gagal mengekalkan kepimpinan yang penuh dengan pesonanya.
Dalam beberapa PRN, termasuk di negeri-negeri yang sebelum ini menjadi kubu kuat PH, keputusan pengundi menunjukkan perubahan sentimen yang ketara. PKR berdepan cabaran untuk meyakinkan rakyat bahawa parti itu masih membawa agenda perubahan seperti yang diperjuangkan sejak era reformasi.
Lebih membimbangkan, prestasi pilihan raya itu mencerminkan jurang antara imej kepimpinan nasional Anwar bin Ibrahim yang dikatakan ‘sumber tarikan’ dengan penerimaan di peringkat akar umbi. Walaupun Anwar bin Ibrahim berjaya membentuk kerajaan melalui kerjasama politik, formula pentadbiran tersebut belum berjaya diterjemahkan sepenuhnya kepada sokongan kukuh terhadap parti.
Kelemahan ini menimbulkan persoalan terhadap gaya kepimpinan Anwar bin Ibrahim sendiri. Sebagai Presiden PKR dan Perdana Menteri, Anwar bin Ibrahim dilihat semakin membebankan partinya dan PH itu sendiri.
PKR pernah menjadi simbol perjuangan menentang politik lama. Namun selepas berada dalam kerajaan, cabaran terbesar parti bukan lagi bagaimana mendapatkan kuasa, tetapi bagaimana mengekalkan kepercayaan rakyat. Ini kelihatan cukup gagal.
PRN telah menjadi cermin kepada keadaan sebenar PKR. Ia menunjukkan bahawa kemenangan membentuk kerajaan tidak semestinya bermakna kemenangan dalam hati pengundi.
Bagi Anwar bin Ibrahim, cabaran selepas ini bukan sekadar mempertahankan kedudukan sebagai Perdana Menteri, tetapi menjawab persoalan mengapa parti yang dipimpinnya semakin kehilangan daya tarikan politik. @analitiko
BUKU SALLEH BEN JONED
BRO
GUA TABEK
HORMAT SAMA LU
AMIN
LU INGAT HAL GUA PINJAM BUKU
DARI SALLEH BEN JONED
SALLEH PEMBACA BUKU YANG GILA
DI RUMAH SALLEH
GUA LIHAT BUKU BERTIMBUN
DARI BILIK BACAAN BERTIMBUN
HINGGA KE PINTU MASUK
BUKU BAKUNIN INI
MASIH ADA PADA GUA
TAPI TAK TAHU DIMANA
TERSOROK DALAM FLET GUA INI
BUKU BAKUNIN INI
HARTA PENINGGALAN SALLEH BEN JONED
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
Buku mengingatkan gwa kepada arwah Ben Joned yang hidupnya dikelilingi buku.
Enchek TT belum pulangkan buku yang dipinjam, kan?
Penulisnya Mikail Bakunin. Amen
PETANG INI KITA DIRACUN
PETANG INI
KITA DI RACUN
MATAHARI BERSINAR INDAH
LANGIT BIRU INDAH TERBENTANG
AWAN PUTIH DISANA SINI
TAPI JELAS KELIHATAN
AWAL TADI PESAWAT RACUN
TELAH ELINTAS
BERSAMA AWAN PUTIH KELIHTAN
TABURAN RACUN
JELAS DI PANDANG
MERACUN RAKYAT INI
PROJEK GLOBAL UNTUK MEMASTIKAN
KITA BEBAL DAN TERUS SETIA
PADA YANG MEMERENTAH
AMIN
HARI HARI AKHIR SAEKOR PKR
HARI HARI
AKHIR SAEKOR
PKR
AMIN
Unknown commented on
"NURUL WAT IS DE BEKOS"
Sampai masa apabila wayang dimainkan terlalu lama boring sampai tidak tahan lagi? Memang yang terlalu lama menyaksikan semua wayang drama sketsa dipentaskan oleh sekutu politik, sampai termuntah, sendiri curi malam, tuduh orang lain siang,
kawan peluk cium malam, siang bergaduh sakan di parlimen kah kah kah semuanya diketahui rangkaian daulah terpendam, apapun guna agama sebagai benteng pertahanan umum kah kah kah kah
Unknown commented on
"NURUL WAT IS DE BEKOS"
Perangai abah tetap sama, abah hebat luaran tetapi hanyut nafsu dalaman kah kah kah kah
ISA DAH DI HAPUS
NASIB BAIK
ISA DAH LUPUS
JIAK TIDAK SEMUA
MUSUH POLITK
MADAFAKA AKAN
KE KAMUNTING
KHALAS
Pertuduhan ke atas Ismail Sabri ditangguh 20 hari
Prosiding untuk mendakwa Ismail Sabri Yaakob – yang dijadual berlangsung hari ini – ditunda 20 hari lagi selepas ahli politik terbabit dimasukkan ke hospital dan disahkan tidak sesuai untuk didakwa.
Bekas perdana menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam.
Peguam Ismail Sabri, Amer Hamzah Arshad, membuat permohonan penangguhan itu kepada hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin, pagi ini.
Suzana kemudian menetapkan tarikh untuk mendakwa Ismail Sabri dibuat pada 27 Ogos depan.
Menurut Amer Hamzah, anak guamnya itu berdepan dengan masalah kesihatan ketika memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dia dibawa ke IJN.
Ismail – yang merupakan perdana menteri kesembilan negara – dijadualkan hadir di hadapan Suzana pagi ini untuk menghadapi pertuduhan berkaitan pengisytiharan aset.
Ini bukanlah kali pertama Ismail Sabri, 66, dikejarkan ke hospital.
Pada Feb tahun lalu dia dikejarkan ke hospital selepas rebah di rumahnya di Damansara. Insiden itu disyaki keluarganya disebabkan oleh tekanan darah tinggi.
Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan disiasat SPRM pada tahun lalu mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
Difahamkan ia berkaitan perbelanjaan dan perolehan untuk aktiviti promosi di bawah inisiatif Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri dari Ogos 2021 hingga Nov 2022.
NURUL WAT IS DE BEKOS
NURUL LETAK
JAWATAN KERANA
FARHASH ?
KAH KAH KAH
WAT IS DE BEKOS
JENG JENG JENG
AMIN
TANGKAP MAIL TAKUTKAN ZAHID
TANGKAPAN
INI TAKTIK
ANWAR NI
IBRAHIM
NAK TAKUTKAN
ZAHID HAMIDI
KAH KAH KAH
BUKAN RASUAH
HANYA TAK UMUM
HARTA & DUIT
KAH KAH KAH
KHALAS
Dakwaan berhubung perisytiharan harta, Ismail Sabri akan didakwa di IJN
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dijalankan di IJN yang akan diisytiharkan sebagai Mahkamah Sesyen.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya Ragunath Kesavan ketika dihubungi media sebentar tadi.
"Ya beliau sekarang di IJN. Timbalan Pendakwa Raya akan memohon pengakuan direkodkan di sana," katanya.
Pihak-pihak bagaimanapun akan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terlebih dahulu bagi mendapatkan permohonan bagi pendakwaan di IJN.
Kes terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung perisytiharan harta.
Sebelum ini, Ismail Sabri dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai perisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.
SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.
Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan 'rumah selamat' hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.
JENAYAH BESAR
ROMPAK TIPU
SAKAU SONGLAP
DUIT NEGARA
INI JENAYAH BESAR
KHALAS
Unknown commented on
"PARTI SAKAU NEGARA
BERGERAK PANTAS"
Orang boleh berubah, pakaian boleh berubah, gaya hidup boleh berubah, semuanya boleh berubah, tetapi perangai sifat naluri niat jahat niat baik sukar berubah, kalau dah biasa makan rasuah curi songlap rompak duit negara mana boleh berubah?
Perangai tetap sama tak kira siapa jadi pemimpin kah kah kah itulah budaya darah daging kita sendiri bukan Yahudi bukan Cina Merah tetapi asal usul kita amin kah kah kah kah
Unknown commented on
"PARTI SAKAU NEGARA
BERGERAK PANTAS"
Mana satu orang tidak sakau? Cuba bagi contoh satu? Mungkin PM pertama sahaja kerana anak didik Inggeris? Cuba betulkan kalau salah kah kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)










