Ahad, 9 Ogos 2026
RUNDINGAN TAK PERLU HEBOH
FORMULA TELAH
DITEMUI
AMIN
APAKAH BOLEH
SAMPAI KE PRU16?
AMIN
HANYA DENGAN
RUNDINGAN
DAPAT
MENENTUKAN
KHALAS
PN ajak BN runding kerusi, termasuk di Perak
PN mengajak BN mengadakan rundingan mengenai kerjasama politik, termasuk kemungkinan membincangkan pembahagian kerusi di Perak.
Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sebarang persetujuan perlu berasaskan prinsip tolak-ansur saling memberi dan menerima dengan kedua-dua pihak menentukan kepentingan serta keutamaan masing-masing.
“Perundingan mana-mana pihak memerlukan give and take (saling memberi dan menerima) dan kedua-dua pihak kena duduk dan bincang.
“Melihat agenda yang besar di hadapan. Ini perlu dinilai oleh setiap gabunganlah sama ada PN, BN di mana keutamaan yang ingin dicapai,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen PAS Perak Ke-23 di Taiping, Perak, hari ini.
Samsuri berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan PN dan BN bekerjasama di Perak, khususnya berikutan pertindihan tuntutan kerusi yang mungkin berlaku antara kedua-dua gabungan dalam pilihan raya akan datang.
Menurutnya, pelbagai kemungkinan boleh dicapai sekiranya PN dan BN bersedia untuk duduk semeja.
“Selagi kita boleh duduk dan bincang, saya rasa itu adalah satu perkara yang terbaik untuk dicapai.
"Sama ada ke arah mana perbincangan itu, kita akan tengok bila sampai masanya dan ketikanya,” katanya.
Mengulas kemungkinan kerjasama PN dan BN di negeri-negeri selatan, termasuk Melaka, Samsuri berkata gabungannya terbuka untuk mengadakan rundingan dengan BN, termasuk mengenai pembahagian kerusi.
Katanya, PN turut mengambil maklum kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengenai keterbukaan BN untuk bekerjasama dengan gabungan itu.
“Perikatan Nasional sangat terbuka juga untuk melakukan sebarang rundingan yang buat masa ini masih lagi belum berlaku.
“Kalau BN ready untuk bincang, insya-Allah kita juga ready untuk bincang,” katanya.
Semalam, Zahid dilaporkan berkata BN tidak menutup ruang rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk kemungkinan pertukaran kerusi antara parti.
Pengerusi BN merangkap timbalan perdana menteri itu berkata prinsip asas rundingan berkenaan ialah kerusi yang dimenangi mana-mana parti perlu dihormati.
Namun, katanya pertukaran masih boleh dilakukan sekiranya dipersetujui bersama.
Zahid dan Abdul Hadi pada era kerjasama Muafakat Nasional.
ADS
Samsuri berkata tempoh sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka merupakan ruang paling sesuai untuk kedua-dua pihak mengadakan rundingan.
“Yang paling idealnya ialah sebelum bubarlah,” katanya.
Kerjasama berbeza ikut negeri
Menurut Samsuri, dinamika politik setiap negeri berbeza dan sebarang bentuk kerjasama tidak semestinya menggunakan model yang sama.
Katanya, keadaan politik di Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan model kerjasama boleh berbeza mengikut keadaan setempat.
“Saya sebut dalam ucapan saya tadi bahawa pilihan raya dan dinamika politik yang ada sekarang ini sangat unik. Dan dia bukan saja time-based tetapi geography-based.
“Jadi model negeri-negeri tentulah akan ada perbezaan,” katanya.
Samsuri berkata PN dan PAS terbuka kepada sebarang bentuk rundingan yang dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya serta memastikan kestabilan kerajaan yang bakal dibentuk.
Menurutnya, pendirian itu bukan sahaja terpakai di negeri-negeri selatan malah merangkumi negeri di tengah, utara dan timur.
“Untuk PAS, untuk PN sama ada di selatan atau di tengah atau di utara atau sebelah timur, kita terbuka dengan apa juga perundingan ke arah yang lebih baik kepada Perikatan Nasional dan kepada PAS seterusnya.
“Yang paling penting ialah untuk memastikan kestabilan sesebuah kerajaan yang bakal dibentuk,” katanya.
BN-PN di Perak masih andaian
Sementara itu, Samsuri menjelaskan angka atau model kerjasama mengenai Perak yang disebut dalam ucapannya masih bersifat hipotetikal dan belum dibincangkan secara rasmi dalam PN.
Katanya, angka berkenaan diperoleh menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan tidak boleh dianggap sebagai keputusan atau pendirian rasmi gabungan itu.
“Apa yang saya sebut dalam ucapan saya itu adalah hypothetical daripada artificial intelligence.
“Sama ada ia boleh berlaku atau tidak itu, haruslah melalui satu perbincangan. Jadi buat masa ini belum ada lagi sebarang perbincangan ke arah itu. Itu saya sebut tadi, a very hypothetical at this stage,” katanya.
Samsuri berkata kerjasama politik seperti yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan boleh dijadikan rujukan.
Bagaimanapun, keputusan mengenai Melaka dan negeri-negeri lain hanya boleh ditentukan selepas rundingan antara pihak berkepentingan.
“Selagi kita tidak sit down dan tentukan, macam-macam boleh berlaku,” katanya.
KAMPUNG KERINCHI BUKAN BANGSAR SOUTH
MENGUBAH NAMA
BERNIAT JAHAT
AMIN
UNTUK MENGUBAH
SEJARAH WATAN
AMIN
DULU KAUM
NASIONALIS
MELAYU DI BUNUH
LARI ATAU MASUK
PENJARA INGGERIS
AMIN
MAKA TANAH
MELAYU CUBA
DI LUPAKAN
AMIN
KG KERINCHI
DIUBAH JADI
BANGSAR SOUTH
AMIN
SEKARANG
MELAYU BERSATU
BANGUN TEGAKKAN
BUMI MELAYU
KHALAS
Istilah ‘Tanah Melayu’ tidak pernah hilang daripada Perlembagaan – Shamrahayu
KUALA LUMPUR – Istilah ‘Tanah Melayu’ tidak pernah hilang daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan meskipun negara ini dikenali sebagai Malaysia selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Pakar Perundangan Perlembagaan dan Undang-Undang Awam, Prof Madya Shamrahayu Ab Aziz berkata, tanggapan istilah Tanah Melayu sudah ‘berakhir’ atau tidak lagi mempunyai tempat dalam kerangka kenegaraan Malaysia perlu diteliti semula berdasarkan dokumen Perlembagaan itu sendiri.
“Malah, Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 1(2)(a) masih menggunakan istilah ‘Negeri-Negeri Tanah Melayu’ bagi merujuk Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu.
“Perkara itu menunjukkan perubahan nama negara kepada Malaysia tidak bermaksud sejarah dan istilah Tanah Melayu dipadamkan daripada dokumen perlembagaan.
“Malaysia ialah nama negara, tetapi Tanah Melayu mempunyai konteks sejarah dan perlembagaan tersendiri,” katanya pada Forum Kontroversi Tanah Melayu, Menyelesaikan Polemik, Membina Persepakatan Anjuran Gabungan Nasionalis di Menara Hidayah, Wangsa Maju, di sini, hari ini.
Pada 28 Julai lalu, bekas Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim menerusi hantaran di Facebook miliknya menulis: “Perkara 1(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Persekutuan hendaklah dikenali sebagai Malaysia. Nama Tanah Melayu berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan. Titik.”
Menurut Shamrahayu, nama negara, istilah sejarah, identiti masyarakat dan konsep kewarganegaraan sangat penting untuk dibezakan bagi mengelakkan kekeliruan dalam memahami pembentukan negara.
“Dari sudut sejarah perlembagaan, Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 pada asalnya diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, sebelum diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada Hari Malaysia, 16 September 1963.
“Malah, kerajaan sendiri melalui rekod sejarah rasmi menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kepada Perlembagaan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia,” katanya.
Beliau juga berkata, fakta sejarah tersebut penting untuk difahami dalam konteks perbahasan semasa kerana pembentukan Malaysia bukanlah satu proses yang menghapuskan keseluruhan kerangka sejarah Persekutuan Tanah Melayu.
“Sebaliknya, pembentukan Malaysia membawa kepada perluasan Persekutuan dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta perubahan nama kepada Malaysia.
“Justeru, istilah Tanah Melayu perlu dilihat dalam konteks yang tepat dan tidak disamakan secara automatik dengan nama negara Malaysia.
Dalam pada itu, beliau berkata, kegagalan memahami perbezaan antara istilah sejarah dengan konsep negara moden boleh menyebabkan pelbagai tafsiran muncul sehingga mencetuskan polemik mengenai identiti dan kedudukan masyarakat.
“Perbahasan mengenai Tanah Melayu tidak boleh dipisahkan daripada Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.
“Perlembagaan Persekutuan sendiri menyatakan bahawa Persekutuan dinamai Malaysia dalam Perkara 1(1), manakala Perkara 1(2) menyusun negeri-negeri dalam Persekutuan termasuk ‘Negeri-Negeri Tanah Melayu’,” katanya.
Perkara tersebut, kata Shamrahayu ia menjadi antara asas penting untuk memahami bahawa istilah Malaysia dan Tanah Melayu mempunyai konteks yang berbeza dalam dokumen perlembagaan.
“Oleh itu, sebarang perbincangan mengenai identiti, sejarah dan kedudukan masyarakat perlu dibuat berdasarkan teks Perlembagaan serta sejarah pembentukan negara, bukan semata-mata berdasarkan sentimen politik,” katanya.
Beliau berharap perbincangan ilmiah sedemikian dapat membantu masyarakat memahami polemik Tanah Melayu secara lebih matang serta mengelakkan isu sejarah dan identiti daripada terus menjadi punca perpecahan.
“Sejarah perlu dijadikan asas untuk memahami bagaimana Malaysia terbentuk dan bagaimana masyarakat pelbagai latar belakang dapat terus membina kesepakatan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
PRN MELAKAA - PN DAN BN BERUNDING
WOIT
MAT BEBAL
RUNDINGAN INI
BUKAN BN
DENGAN MADAFAKA
KAH KAH KAH
RUNDINGAN
TERBUKA ANTARA
PN DENGAN BN
KAH KAH KAH
MADAFAKA MASUK
MENCELAH NAK
MENEMPEL APA
KAH KAH KAH
KHALAS
PRN Melaka: PH sambut baik keterbukaan BN berunding
PH menyambut baik keterbukaan BN berhubung pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Melaka akan datang, dan menyifatkannya sebagai peluang yang wajar diteliti.
Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata keterbukaan berkenaan juga wajar disantuni demi masa depan serta kestabilan politik Melaka, selain kepentingannya terhadap negara.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata sehubungan dengan itu beberapa perkara berhubung pengagihan kerusi DUN di Melaka boleh diuruskan di peringkat negeri dan Persekutuan.
Semalam, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu masih membuka ruang rundingan berhubung pengagihan, malah pertukaran kerusi bagi menghadapi PRN Melaka, asalkan dilakukan secara jujur dan ikhlas serta tidak menjejaskan jumlah kerusi parti masing-masing.
Ahmad Zahid turut berkata prinsip asas rundingan ialah kerusi yang dimenangi mana-mana parti perlu dihormati dan tidak diserahkan begitu sahaja kepada rakan politik.- Bernama
PETANG INI
PETANG INI
JAM 6.30
PETANG AHAD HOKKIEN SUNYI
JEREBU MENUTUP MATA HARI
MATA HARI BERSINAR MERAH
DALAM PERJALAN UNTUK TERBENAM
KUALA LUMPUR
JEREBU MENGKABURKAN KOTA
BERJALAN PULANG
DI PINTU MASUK
SATU KELUARGA MURAI BERKICAU
MENJADIKAN GUA TERLUPA JEREBU
AMIN
SAH SAHIH IRAN KINI KAWAL SELAT HORMUZ
AMERIKA TERPAKSA
TERIMAQ HAKIKAT
SELAT HORMUZ
MILIK IRAN
AMIN
MASUK RUMAH
ORANG JANGAN
BUAT PERANGAI
KHALAS
AS jangka Iran pastikan aliran minyak selamat melalui Selat Hormuz - Vance
Iran tetapkan syarat baharu buka semula Selat Hormuz, mahu AS 'perbetulkan tingkah laku'
TEHRAN: Iran menetapkan beberapa syarat baharu sebelum bersedia membuka semula Selat Hormuz sepenuhnya, termasuk tuntutan agar Amerika Syarikat (AS) "memperbetulkan tingkah laku", menarik kehadiran tenteranya di rantau Teluk dan menamatkan sekatan terhadap republik Islam itu.
Menurut kenyataan yang disiarkan media kerajaan Iran, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Mohammad Bagher Zolghadr, berkata laluan perkapalan strategik itu tidak akan dibuka semula sehingga Washington memenuhi beberapa tuntutan utama Tehran.
Antara syarat yang dikemukakan ialah AS tidak lagi mengancam Iran, menamatkan tindakan ketenteraan terhadap Iran dan sekutunya di rantau itu, menarik balik sekatan laut ke atas pelabuhan Iran, mengundurkan aset ketenteraan dari kawasan berkenaan, membayar pampasan kerosakan perang serta membebaskan aset Iran yang dibekukan.
Jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Sardar Mohebi, turut menegaskan bahawa pembukaan semula Selat Hormuz bukan bergantung kepada rundingan Iran dengan Oman semata-mata, sebaliknya tertakluk kepada penerimaan penuh syarat-syarat yang ditetapkan Tehran oleh AS.
Perkembangan itu berlaku ketika Iran dan Oman dilaporkan hampir memuktamadkan satu rangka kerja bagi menguruskan laluan perkapalan di Selat Hormuz.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata kedua-dua negara hampir mencapai persetujuan berhubung laluan transit kapal, namun menjelaskan bahawa ia tidak bermaksud selat berkenaan akan dibuka semula serta-merta.
Oman, yang bertindak sebagai perantara dalam rundingan tersebut, menyatakan perbincangan masih berlangsung dalam suasana yang "positif dan konstruktif".
Selat Hormuz merupakan laluan maritim paling penting bagi perdagangan tenaga global, menghubungkan Teluk Arab dengan Laut Arab dan Lautan Hindi.
Sebarang gangguan di perairan itu boleh menjejaskan bekalan minyak dan gas asli dunia serta memberi kesan kepada harga tenaga antarabangsa.
Ketegangan di laluan tersebut meningkat selepas konflik melibatkan Iran, AS dan Israel pada awal tahun ini, yang menyebabkan operasi perkapalan terganggu dan mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan penghantaran tenaga global.
Setakat ini, Washington belum mengeluarkan sebarang maklum balas rasmi terhadap senarai tuntutan baharu yang dikemukakan Tehran.
MENGHASUT GULING ANWAR BIN IBRAHIM
UMUR PANJANG
BADAN SEHAT
UNTUK KERJA
MENGHASUT
ORANG RAMAI
HUMBANKAN
MADAFAKA
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
Kenapa kau tak mampos dalam ISA. Tun M idola aku. Panjang Your Tun M!.
BUKU ILAH ILMU & PENGALAMAN TERKUMPUL
BUKU IALAH
MEDIUM ILMU & PENGALAMAN
TERKUMPUL
AMIN
FB & BLOG DLL
ADALAH MEDIUM
BARU
UNTUK DIBACA
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
adakah membaca hanya dari buku ? zaman teknologi ada blog ada facebook.. lu boleh tulis dekat mana lu suka.. tak semestinya buku..
kenapa lu tetap suruh baca buku ?
WAJIB BACA - WAJIB HAYATI - CERITA INSAN BAIK
KESAH CERITA
INSAN BAIK
DIAMBIL DARI FACE BOOK:
Wang Xiao baru berusia dua puluh empat tahun ketika doktor memberitahunya bahawa dia mungkin mempunyai kira-kira satu tahun untuk hidup.
Dia menghidap uremia, keadaan yang mengancam nyawa di mana buah pinggang tidak lagi dapat membuang sisa daripada darah.
Saudara-maranya telah diuji sebagai penderma buah pinggang yang berpotensi, tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang sepadan.
Setiap pilihan perubatan biasa telah habis.
Daripada menyerah kalah, Wang membuat keputusan yang hampir tidak akan dipertimbangkan oleh sesiapa pun dalam situasinya.
Pada tahun 2013, dia berkongsi mesej dalam kumpulan sokongan dalam talian. Permintaannya mudah dan sangat jujur.
“Saya hanya mahu hidup,” tulisnya.
Wang sedang mencari seorang lelaki yang sakit tenat dengan jenis darah yang sama yang akan bersetuju untuk berkahwin dengannya dan menderma buah pinggang selepas kematiannya.
Sebagai balasannya, dia berjanji untuk menjaganya sepenuhnya sepanjang masa yang tinggal.
Kebanyakan orang hanya mengabaikan mesej itu.
Tetapi seorang lelaki berusia dua puluh tujuh tahun bernama Yu Jianping berhenti dan membacanya.
Yu pernah bekerja sebagai pengurus, tetapi kini dia sedang bergelut dengan myeloma, sejenis kanser darah yang serius.
Dia telah menerima pemindahan sumsum tulang, tetapi kanser itu kembali. Bapanya telah menjual rumah keluarga untuk membayar rawatan. Teman wanitanya telah pergi selepas mengetahui tentang penyakitnya.
Yu keletihan.
Dia berasa bersedia untuk berhenti bergaduh.
Kemudian dia melihat catatan Wang dan menyedari bahawa jenis darah mereka serasi. Dia menghantar balasan ringkas kepadanya: “Saya boleh berkahwin dengan awak.”
Mereka bertemu buat kali pertama di sebuah taman.
Apa yang tidak dijangka oleh mereka berdua ialah betapa semula jadinya hubungan mereka. Mereka benar-benar menikmati kebersamaan.
Kemudian, semasa salah satu perbualan dalam talian mereka, Wang terpaksa pergi untuk dialisis.
Dia menghantar video dari mesin kepada Yu, tersenyum walaupun tiub dan darah mengelilinginya.
“Lengan saya tersekat,” dia bergurau. “Ini raksasa sebelah tangan.”
Yu ketawa terbahak-bahak.
Dia kemudian berkata bahawa itu adalah kali pertama dia ketawa dalam masa yang sangat lama.
Pada 16 Julai 2013, mereka secara rasmi mendaftarkan perkahwinan mereka. Pada mulanya, ia hanya wujud sebagai perjanjian praktikal.
Mereka tidak akan tinggal bersama. Mereka akan menyimpan wang mereka secara berasingan. Mereka tidak akan memberitahu keluarga mereka sebab sebenar di sebalik perkahwinan itu.
Jika Yu meninggal dunia dan buah pinggangnya sesuai, Wang akan menerimanya. Sebagai pertukaran, Wang berjanji untuk menjaga bapa Yu yang sudah tua sepanjang hayatnya.
Tetapi kehidupan seharian tidak lama kemudian mengubah aturan itu.
Wang mula menemani Yu ke temu janji perubatan.
Selepas sesi dialisis Wang yang meletihkan, Yu menyediakan sup panas untuknya. Mereka berjalan melalui koridor hospital bersama-sama dan bergurau tentang situasi mustahil yang mereka kongsi.
Sedikit demi sedikit, perjanjian dingin itu menjadi sesuatu yang nyata.
Mereka jatuh cinta.
Apabila Yu sangat memerlukan pemindahan sumsum tulang yang mahal, keluarganya tidak mampu. Dia bersedia untuk berputus asa.
Wang enggan membenarkannya. Dia membuka sebuah gerai bunga kecil di jalan.
Di sebelah jambangan bunga, dia meletakkan papan tanda tulisan tangan yang menjelaskan kisah mereka. Dua orang yang sakit tenat cuba menjaga satu sama lain, satu hari demi satu.
Orang ramai berhenti untuk membaca. Mereka membeli bunga. Mereka memberitahu orang lain. Kebaikan mula tersebar.
Akhirnya, Wang mengumpul hampir 500,000 yuan, lebih daripada 90,000 dolar, cukup untuk menampung keseluruhan kos pembedahan Yu.
Kemudian sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
Selepas pemindahan kedua, keadaan Yu mula stabil. Sekitar tempoh yang sama, doktor Wang perasan bahawa kesihatannya juga semakin baik. Rawatan dialisisnya menjadi kurang kerap.
Akhirnya, dia diberitahu bahawa dia mungkin tidak lagi memerlukan pemindahan buah pinggang sama sekali.
Pada Februari 2015, Wang dan Yu mengadakan majlis perkahwinan yang sebenar dengan rakan dan keluarga di sekeliling mereka.
Hari ini, mereka mengendalikan sebuah kedai bunga di Xi'an yang dipanggil Yongsheng Flower. Ia berkembang daripada gerai kecil yang sama yang membantu menyelamatkan nyawa Yu.
Kisah mereka kemudiannya diadaptasi menjadi sebuah filem utama Cina yang ditayangkan pada tahun 2024.
Wang dan Yu menunjukkan bahawa walaupun dalam keadaan paling gelap, cinta dan hubungan manusia boleh sampai ke tempat yang tidak dapat dicapai oleh perubatan.
Dengan memilih untuk saling menjaga, mereka melakukan lebih daripada sekadar bertahan.
Mereka mencipta kehidupan bersama yang lebih indah daripada yang pernah mereka sangkakan. Amin
Langgan:
Catatan (Atom)










