Sabtu, 4 Mei 2013

SPR JANGAN TIPU PILIHAN RAYA





PENAHANAN PENDEDAH MAKLUMAT: RAKYAT PERLU TUNJUK KEKUATAN SEBENAR TANGGAL 505

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua pengundi supaya tidak melepaskan peluang untuk mengajar pemerintah yang menindas rakyat melalui pilihanraya yang menjelang. Apa yang berlaku ke atas Blogger Milo Suam yang ditangkap dan direman atas kesalahan OSA harus dijadikan iktibar penting.

SAMM mengutuk keras tangkapan ini dan mendesak supaya tahanan OSA dibebaskan segera. Tahanan OSA ini tidak mengancam negara sebaliknya hanya mengancam pemerintah korupsi.

Di negara ini, orang yang mendedahkan salah-laku dan kepincangan pihak berkaitan kerajaan akan dihambat, digari dan ditangkap. Ketika yang sama. orang yang merosakkan negara dengan sentimen perkauman, penyebar kebencian antara agama dan sentimen kelucahan terus dibela. Inilah layanan kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya dan tidak seorang pun yang terkecuali untuk menjadi mangsa. 

Sikap dwi-standard yang diamalkan oleh SPR dan agensi kerajaan lain sudah penat diperkatakan malah ia seolah tidak mampu lagi diperbetul. Pelbagai usaha terus diperhebat demi mempertahankan kuasa dari jatuh ke tangan rakyat. SAMM percaya inilah masanya yang paling tepat untuk setiap rakyat menunjukkan rasa protes tindakkan kerajaan dalam bentuk referendum pada pilihanraya umum yang berbaki 2 hari lagi.

Minggu lalu, pendedahan yang dibuat oleh Blogger Milo Suam telah memberi kesan yang besar ke atas kredibiliti SPR yang sememangnya telah banyak tercalar. Persoalan bagaimana kertas undi pos dikeluarkan sehari lebih awal harus dijawab dengan konklusif berbanding melakukan aksi tangkapan. Penangkapan ini juga merupakan satu usaha pemerintah memberi tekanan bagi tujuan merencatkan usaha pendedah maklumat yang lain.

Penangkapan ke atas pendedah maklumat pastinya mengimbau kembali suasana ketika negara masih belum merdeka. Rakyat berdepan dengan penjajah yang menggunakan pelbagai alasan dan helah bagi menyumbat mana-mana individu yang dirasakan mengancam kedudukkan mereka.

Tidak keterlaluan jika dikatakan rakyat negara ini perlukan kemerdekaan sebenar, iaitu kemerdekaan rakyat.

Akhir sekali, SAMM ingin menyuarakan bahawa kita rakyat punyai satu peluang untuk bebaskan negara ini dari cengkaman kuku besi, iaitu dengan menumbangkan Umno BN. Peluang itu sudah semakin hampir di depan mata. Rebutlah peluang ini, bebaskan Malaysia dari sebuah kerajaan legasi penjajah.

Pilihan di tangan anda, pilihlah 'merdeka rakyat'. 


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia


TUNTUTAN JANJI BERSIH
1 - tidak akan terima keputusan pru13
2 - tubuhkan satu spr baru
3 -  spr  baru akan membuat  satu pilihan raya yang adil dan bersih


----------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia kena buang maktab, mcm adli, lalu masuk tentera, jadi pegawai tertinggi.

ape pasat kena buang?

citernya, sorang kawan dia kena tangkap mcm milio suam lalu malam itu jugak dia ajak semua mahasiswa bangun!!!

habis kantin ranap.

itu tahun 70 an bro.

hari ini dia tersenyum sbb SAMM lebih NATO dari NATO!!!

that time we didnt talk talk man or having any speaker corner like UM.

kita pakai naluri keadilan dan kesetiakawanan.

berani kerana benar dan berani jua kena buang tapi tak payah nak susahkan mak bapak.

today as tt said lu semua sudah bongsai!!!!

sanggup biar milo suam dan adli terkontai-kontai.

PR lawyer tulung la.

ini olg bukan macai.

they were an exemplification of those graduates killed in Arab spring!!!



Tanpa Nama berkata...

Buang semua nama pengundi hantu dari daftar pemilih yg diimport dari Sabah. Ada kod 11, 12, 71, atau kod unik yg lain. Ambil gambar IC mereka dan semak dlm daftar pemilih biasa dan undi pos. Atau ambil dari senarai nama penumpang pesawat yg disewa khas. Bersihkan semua nama mereka supaya tidak boleh mengundi. Buat senarai baru yg telah dibersihkan. Bertindak segera sebelum terlambat.Atasi penipuan dgn cara bijak dan berkesan. Cara ini dapat mengelakkan kekecohan dihari mengundi.

DIDI KOTA BELUD berkata...

Aku merayu pada idealis pakatan rakyat.....tolong milo suam....tolonglah dia dari setiap penjuru....dia blogger yang berwibawa......ini aku merayu.....please.

Tanpa Nama berkata...

PR dan ngo anak muda yang pro PR sudah all out utk menyedarkan rakyat jelata betapa busuk kotor bobrok permainan spr dan UBN..skg kita panjat doa meminta kepada Allah agar memberi kemenangan kepada di pihak yang benar walau kita semua tau padang permainan ini berat sebelah..

Tanpa Nama berkata...

SPR baru hotak ko!! SPR yg ni la yg bole korang menang 5 negeri dulu!!! Bangang punya PR!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau spr bersih n telus lama dah pr pegang kuasa...apa eko ni bodoh sangat

Tanpa Nama berkata...

iembu macai kata kerana SPR la PR menang 5 negri..kahkah..wei bahlol!!itu dalam dok nipu menang 5 negri , kalau PRU bersih habis PR sapu 1mesia..