Selasa, 4 Ogos 2015

ADA DUA PARTI PAS







KINi ADA DUA 

PARTi PAS

SATU PAS HADi

SATU LAGi PAS

TUAN IBRAHiM


PAS minta Najib jawab 10 soalan objektif

PETALING JAYA: Kegagalan  Najib Razak memberikan jawapan malah mengelak dari menjawab isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi punca keyakinan rakyat terhadapnya kini semakin merosot.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mendapatkan jawapan yang jelas, beliau memberikan 10 soalan objektif bagi memudahkan Najib menjawabnya.

“Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Najib. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut?” soalnya.

Menulis di status Facebook miliknya, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan versi manakah yang betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut.

Bahkan, beliau juga menggesa agar Najib menjawab persoalan apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan dan adakah Najib yang meluluskannya.

“Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?.

“Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang dibeli daripada 1MDB.

“Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit. Siapa yang sedang berbohong?” soalnya.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim turut mendesak agar Najib menjawab sama ada adakah beliau sudah memutuskan untuk mengambil tindakan saman terhadap portal berita Wall Street Journal (WSJ).

“Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti  Muhyiddin?

“Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?

“Apakah Datuk Seri bersetuju dengan  Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?” ujarnya.

Berikut 10 soalan objektif yang dikemukakan kepada Najib :





  1. Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Datuk Seri?A. Ya
  2. B. Tidak

2. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut, Datuk Seri?
A. Ya
B. Tidak

3. Versi di manakah betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut?

A. Versi Wall Street Journal – RM2.6 bilion duit 1MDB masuk ke akaun 1MDB

B. Versi  Muhyiddin Yassin – ada dana RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi PM

C. Versi  Azalina Othman – wang RM2.6 bilion di dalam akaun bukan masalah

D. Versi  Ahmad Maslan – tiada wang 1MDB masuk ke akaun PM

E. Versi  Mahathir – duit itu untuk pilihanraya

F. Versi jawapan asal Datuk Seri – Saya tidak menggunakan duit itu untuk saya sendiri

4. Hari ini Datuk Seri berkata 1MDB bukan duit pembayar cukai. Apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan  dan Datuk Seri yang meluluskannya?
A. Ya
B. Tidak

5. Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?
A. Ya
B. Tidak

6. Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung  Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang diberli daripada 1MDB.

Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit.
Siapa yang sedang berbohong?
A. Najib Razak
B. Abdul Azeez Rahim

7. Apakah saman WSJ ke belum?
A. Belum
B. Sudah

8. Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti  Muhyiddin?
A. Ya
B. Tidak

9. Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?
A. Ya
B. Tidak

10. Apakah Datuk Seri bersetuju dengan  Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?

A. Ya
B. Tidak



------

7 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Mana boleh soal najib mcm tu...dia mana ada iq tinggi tu nak jawap...cuba TMTI tanya...puki tantuya ngan nanazin..mana satu banyak bulu...dia akan jawap sambil tutup mata punyalah......aku berani taruh 1000 k lah.....kui kui...mah ..gincu aku mana dahhhhhh...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan ibrahim.

Tuan tak bagi tarikh akhir bila tuan perlukan jawapan daripada najib. Sepuluh tahun lagi mungkin dia baru jawab. Tolong tulis balik tarikh akhir tu ye.

Untuk makluman tuan, budak2 sekolah baru saja menjawab soalan itu bagi pihak najib. Mereka ambil masa kurang dari 30 minit. Tapi tidak ada makna apa2. Hanya jadi sumber ilmu sajalah.



Tanpa Nama berkata...

Aku tak tahu nak jawab.
Semua peg penyisat kena tahan.
Sapa nak siasat lagi.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah jadi Bahalol jugak gaya nya

Soalan No 11 - Pak Arab tonyoh tonyoh depan ke belakang sebagai perkhidmatan sedekah 2,6 Bilion tu ????

Kepala Otak!!!!!!!!!!!!!

Semua sudah jadi BIOL

Salam 1BIOL

Tanpa Nama berkata...

Soalan ke 11;

Adakah dato seri nampak gambar selepas soalan ke10 tersebut?

A: Ya
B: Buat buat tak Nampak
C: Nampak dan rasa nak terkencing dalam seluar
D: Nampak dan bercadang nak cabut lari malam ni dengan pesawat kerajaan/RAKYAT
E: Nampak dan takut kalau kalau ada peluru sampai ke kepala

Tanpa Nama berkata...

Soalan ke 11;

Adakah dato seri nampak gambar selepas soalan ke10 tersebut?

A: Ya
B: Buat buat tak Nampak
C: Nampak dan rasa nak terkencing dalam seluar
D: Nampak dan bercadang nak cabut lari malam ni dengan pesawat kerajaan/RAKYAT
E: Nampak dan takut kalau kalau ada peluru sampai ke kepala

Nazrio berkata...

jauH LebiH gemOk
tuang presideng pah
dari tuan presiden umnQ