Isnin, 12 September 2016

DARI ARKIB SEJARAH




LEDAKAN 9/11 


DARI ARKIB 1 JUN 2011




Ketika bangunan World Trade Center (WTC) di New York dilanggar kapal terbang, aku dalam satu sel dengan Tian Chua di kem tahanan Kamunting. Kami dikawal daripada mengetahui apa yang sedang berlaku di luar penjara.
Akhbar yang dimiliki oleh United Malays National Organisation hanya diberi setelah enam bulan kami ditahan. Akhbar ini pun telah dipotong-potong untuk memastikan kami tidak tahu apa yang sedang berlaku di luar penjara. Hasilnya aku ketinggalan dengan semua bentuk berita.
september 11 2001 wtc attack 911Aku tidak tahu menahu apabila berlakunya serangan terhadap WTC di New York pada Selasa itu. Hanya esoknya, hari Rabu, Elizebeth Wong datang melawat Tian Chua. Dan dia membawa berita ini.
Aku dengan serta-merta merasa agak was-was tentang apa yang sebenarnya berlaku. Percambahan fikrah tidak membenarkan aku menerima dan menelan bulat-bulat apa sahaja fakta daripada pihak kuasa daulah tanpa ditapis.
Tidak jauh dari blok aku ialah blok Al-Maunah. Warga Al-Maunah ini telah sampai ke Kamunting beberapa bulan lebih awal dari aku.
Bila aku menyelidik dan bertanya dengan anggota Al-Maunah ini sendiri, maka aku lihat mereka telah diperangkap dengan satu modus operandi operasi hitam untuk menghalalkan pengunaan ISA - penjara tanpa bicara.
kamunting prison penjara jailBila aku kaji kes Al-Maunah, maka aku merasakan ledakan WTC ini juga satu operasi hitam. Tetapi pada ketika itu pembacaan dan maklumat yang mungkin dapat aku cungkil tidak wujud. Dari Kamunting tidak mungkin aku dapat menganalisa dan mengkaji latar belakang serangan pada 9/11 ini.
Satu minggu sesudah 9/11, aku dibawa ke Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes tunjuk perasaan Reformasi. Dari Kamunting kami di bawa ke rumah pasung Sentul, sebelum kami dipindahkan lagi ke tempat sulit di pinggir kota Kuala Lumpur.
Di rumah pasung inilah kali pertamanya aku melihat klip dua buah kapal terbang yang menuju ke arah WTC dan kemudian meletup. Aku mencuri lihat klip ini dari kaca TV di rumah pasung Sentul.
Aku tidak ambil peduli siapa Osama bin Laden. Untuk aku, nama Bin Laden ini adalah nama busuk dari satu keluarga yang jahat. Sebelum 9/11 berlaku, pada tahun 1993 dahulu, satu ledakan di Kerpan, Kedah terjadi bila seorang yang bernama Bin Laden telah merampas tanah sawah orang kampung untuk dijadikan kolam udang.
Rampas tanah orang kampung
Aku masih ingat lagi bentrokan berlaku awal 90-an di mana orang kampung bangun melawan apabila tanah sawah mereka dirampas. Manusia yang bernama Bin Laden ini telah berjaya merampas tanah sawah orang kampung dengan kerja sama United Malays National Organisation.
Mara kehadapan dua tahun kemudian, apabila aku dibebaskan dari Kamunting aku terus mencari sebanyak mungkin maklumat tentang WTC dan 9/11. Melalui internet aku mula mendapat pemahaman jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di New York pada 9/11 itu.
george w bush final days 130109 03Aku juga dapat melihat kembali detik-detik akhir sebelum ledakan itu berlaku. Aku juga dapat melihat George Bush bermuka 'poyo' dalam bilik darjah ketika diberitahu oleh pegawai sulitnya tentang serangan ini.
Semakin banyak bahan yang aku baca semakin meyakinkan aku bahawa 9/11 adalah kerja orang dalam. Ini samalah seperti apa yang terjadi kepada kumpulan Al-Maunah. Pada hemat aku penangkapan Al-Maunah melengkapkan agenda Mahathir Mohamad pada tahun 2000.
Ketika ini imej Mahathir dilihat sebagai bangkai oleh orang Melayu. Justeru satu sandiwara rompakan bersenjata dipentaskan di Sauk untuk menimbulkan simpati orang Melayu kepada Mahathir.
NONEDengan sandiwara bersenjata Sauk ini juga, Mahathir seakan mendapat persetujuan orang ramai untuk menangkap pemimpin gerakan Reformasi.
Justeru, apabila sepuluh aktivis Reformasi dan kepimpinan PKR ditangkap, kami dituduh sedang merancang menggunakan senjata untuk menggulingkan Mahathir.
Kami dituduh sedang menyusun gerakan ini secara sulit dan rahsia. Justeru, kerana ini maka aku berpendapat amat jelas bahawa Al-Maunah hanyalah pembuka jalan untuk tangkapan beramai-ramai.
Sayangnya, operasi Sauk ini telah dijadikan bahan lawak oleh orang ramai. Orang ramai telah diberitahu bahawa tiga buah Pajero telah berjaya membawa lari 4 tan senjata dalam masa 15 minit.
Apabila berita ini muncul satu negara ketawa besar. Lawak Pajero ini menjadikan rancangan ini terbarai.
Gurindam Al-Maunah
Untuk menolak gurindam dan seloka Al-Maunah ini, babak rompakan ini telah dipentaskan semula untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa memang ia boleh berlaku dalam masa 15 minit dan 4 tan senjata boleh dimuatkan dalam tiga buah kereta Pajero.
Nasib tidak menyebelahi Mahafiraun - nama julukan kepada Mahathir ketika itu. Tidak ada sesiapa ambil peduli tentang lakonan semula rompakan senjata ini. Imej Mahathir terus merundum hingga ke hari ini. Ini samalah dengan apa yang terjadi kepada George Bush sesudah 9/11.
NONEKajian demi kajian telah dibuat tentang apa sebenarnya berlaku sebelum dan sesudah pada 9/11. Maklumat baru muncul, maklumat tersorok dicungkil, gambar baru muncul, kenyataan yang cuba ditenggelamkan dibuka kembali, akhirnya lebih dari 50 peratus warga Amerika tidak percaya dengan maklumat yang diberikan oleh Rumah Putih, tentera atau Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Dalam masa yang sama semakin ramai sosok-sosok berwibawa dan berjawatan tinggi dalam kerajaan telah mula mempersoalkan ‘kerja orang dalam ini'. Mereka yang mempertikaikan naratif rasmi ini bukan ‘kecil anak'.
Morgan Reynolds, bekas penasihat ekonomi dibawah Bush Sr; Paul Roberts, ketua Pengurusan Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) dari Jabatan Pertahanan; Michel Meacher bekas Menteri Alam Sekitar United Kingdom ( 1997-2003) antara sosok yang bangun dan bersuara kerana kesangsian mereka terhadap 9/11.
Manakala Andreas Von Buelow, bekas menteri pertahanan Jerman secara terang-terang telah mengeluarkan kenyataan dan menulis buku tentang konspirasi Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mewujudkan 9/11.
central intelligence agency cia and terror terroristKemudian pada tahun 2005 aku dapat menonton dari YouTube filem dokumentri bernama Loose Change . Dokumentri ini dengan jayakan membuktikan bahawa ledakan WTC adalah kerja orang dalam.
Malah aku sendiri terperanjat kerana ada beberapa fakta baru yang tidak aku sedari telah ditimbulkan dalam Loose Change .
Mungkin hingga ke hari ini aku rasa masih ramai warga dunia tidak menyedari bahawa dalam kejadian 9/11 itu, bukan dua ( not two ) tetapi tiga bangunan telah runtuh. Bangunan ketiga ini dipanggil Building7.
Yang menjadi lawak besar (macam lawak Pajero Al-Maunah), Building7 ini tidak ada kena mengena dan tidak diusik pun oleh kapal terbang yang dikatakan telah dibajak oleh Al-Qaeda. Building7 ini terbakar dengan sendiri dan akhirnya runtuh.
Perkakas sementara
Sehari sesudah 9/11, George Bush dengan tangkas menuduh ledakan WTC adalah kerja Al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama Bin Ladin. Justeru, semenjak 9/11 berlaku, nama Osama telah menjadi nama yang digunakan untuk mengolah persetujuan warga dunia agar menyokong kuasa imperialis Amerika dalam tindakannya menyerang Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan.
Di era Perang Dingin dahulu, sebelum runtuhnya Tembok Berlin, yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan rakyat dunia ialah Rusia dan Komunis.
osama bin laden dead newspaper reports 1Selesai Perang Dingin ini, Osama dan Al-Qaeda telah dijadikan hantu baru untuk menakutkan warga dunia dan menghalalkan perang dengan strategi yang dipanggil "perang menentang keganasan".
Dengan jelas aku melihat, seperti Al-Maunah, George Bush juga telah menggunakan Osama untuk menyerang Iraq dan Afghanistan. Di Iraq, military industrial complex - kuasa industri senjata Amerika - ingin menawan telaga minyak. Di Afghanistan pula, yang ingin ditawan ialah punca-punca gas.
Apabila berita Osama ditembak mati di Abbotabad, Pakistan terbit, aku juga tidak ambil peduli. Ini bukan kerana aku masih lagi dalam tahanan di Kamunting. Aku tidak ambil peduli kerana dari apa yang aku kaji dan aku baca, amat jelas bahawa Osama ini adalah pekakas yang telah digunakan oleh CIA.
Macam selipar jepun, macam skru, macam beg palstik. Semua ini boleh kita gunakan untuk satu ketika.
osama bin laden dead protest 1Skru mungkin berkarat. Selipar Jepun mungkin terputus talinya. Beg plastik mungkin terkoyak. Semuanya boleh dibuang bila tidak boleh digunakan lagi. Bagitulah juga dengan sosok yang bernama Osama Bin Ladin. Jangan silap faham, bukan aku tidak menghormati orang yang telah meninggal dunia.
Sesiapa yang rajin membaca dan mengkaji sejarah 9/11 dan Osama, akan mengakui bahawa Osama ini hanya perkakas CIA. Puluhan buku telah ditulis. Ratusan dokumentari telah dibuat.
Semuanya menunjukkan bahawa Osama ini adalah apa yang dipanggil ‘aset' dalam pengistilahan CIA. Aset ialah manusia yang bekerjasama dengan CIA dan memiliki hubungan dengan badan perisik Amerika ini.
Dari segi fakta sejarah, hubungan antara Osama dengan CIA ini terjalin pada awal tahun 80-an dahulu di Afghanistan. Ketika ini tentera Soviet Union/Rusia telah menduduki Afghanistan. Amerika yang memusuhi Russa secara bijak dan terancang telah melaungkan trompet "jihad melawan komunis".
'Aset' terbaik CIA
Berbondong-bondong anak muda Islam datang untuk menyahut laungan CIA ini. Ketika ini sesiapa sahaja yang bangun melawan Rusia di Afghanistan akan dipanggil mujahidin.
pakistan forces streetfighting against taliban forces in swat valley pakistan 190509 01Tetapi CIA memiliki satu masalah - tidak mungkin seorang Mat Saleh dari Boston atau New York yang minum arak dan bertogel siang malam dapat memimpin gerakan ‘jihad' ini.
Imej islamik amat- amat diperlukan. Maka di sinilah munculnya peranan Osama Bin Laden - seorang Arab, warak beragama, berjanggut mengikut sunah nabi dan dikatakan kaya dan memiliki dana melimpah ruah. Sudah tepat, Osama adalah ‘aset' terbaik untuk CIA.
Duit mula meluncur masuk membantu mujahidin yang sedang berjihad melawan komunis. Duit dan senjata dari CIA ini dikatakan datang dari sedekah dan zakat warga Arab yang kaya-raya.
US soldier Taliban hostage AfghanistanBayangkan betapa gembiranya para mujahidin apabila mendengar bahawa muslim dan muslimat bersedekah membantu mereka.
Tetapi ada orang yang lebih bergembira. Kuasa imperial Amerika amat-amat gembira kerana ada orang lain yang mati melawan musuh Amerika. Inilah peranan Osama Bin Laden.
Aku tidak menafikan dan memperlekehkan niat suci Osama dan niat baik anak-anak muda yang datang ‘berjihad' di Afghanistan pada ketika itu. Sama seperti apa yang berlaku kepada tim silat Al-Maunah. Mereka kurang sedar ada agenda tersorok yang lebih besar. Mereka hanya menjadi pekakas.
Di belakang niat suci dan niat baik para mujahidin ini adalah agenda kuasa imperial dan kuasa industri tentera Amerika untuk mendirikan satu kerajaan dunia di bawah telunjuk Amerika Syarikat.(TT)


-----------------

3 ulasan:

Nazrio berkata...

Apa haL story ni TT timbuLkan...aku teLah terbeLi Lebih petai, ketika aku LaLu di kerdau, temerLoh, daLam perjaLanan puLang...samai rumah aku buat jeruk petai...Mak aih, aku sudah terbeLit terjerut dengan kesesatan kesedapan jeruk petai

Tanpa Nama berkata...

Tapi sekarang TT jilat bontot Madey. Yang kesian TT kena tipu oleh Madey untuk perjuangkan rakyat Malaysia dari korupsi salah takbir dan lain2. Sebenar ramai orang dah tahu agendanya untuk anaknya jadi PM dan mendapatkan balik RN100 billion.

Tanpa Nama berkata...



tak ramai yang ada hidung untuk 'menghidu' cerita macam nie...

orang sekarang tak reti benda2 yang berlapik...

orang sekarang tak reti cakap belapik...

klu cakap terus terang pun, mejoriti dari yg ramai tu... agak bangang untuk faham... termasuk sekali dengan den nie.. tok tt...