RIWAYAT MAK JANDA
BERANAK TIGA
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrFX4qjOWOlU3azvGdstVhNE92vszm1X-8pdYkNtQaPNOZLKMr2Q9E2dxLBpytJS54lM7EhBbLwoiTy66-cVdnmVsy26Dc8FoiBFHY-K6ZJSjBol6Vqko6z7ylNMC1FWN0Xz3bxX1GS03O/s320/1+MDB+NAJIB+FBI.png)
Ada pun dikesahkan riwayat ini adalah hebat dari segala yang hebat. Ini adalah kesah turun temurun untuk dijadikan batu pedoman. Jangan diikut jangan ditauladan. Hanya jadikan batu sempadan. Cukuplah saja mendengar ceritera. Tak perlu diikut tak perlu ditiru kerana kopek Mak Janda ini sebesar niru.
Ini adalah riwayat Mak Janda beranak tiga yang memasang niat pagi dan petang. Merancang menyusun diri untuk berkuasa dalam negeri. Agar jadi kaya raya tak terperi-peri.
Dikesahkan Mak Janda ini telah menceraikan suami pertamanya kerana Sang Suami gagal membawa pulang emas walau pun sebesar saga. Jauh sekali membeli cincin permata tanda laki suka kepada dia.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipVtR1OuLUjJMzivxgMVbAyDgcrtkfYr_JW05cnYQeIAcmSVTwJJFtH3-sDTT8d8yCiF15SdZWphUtJK68lwEVzCp89JP7feNGR3TEA21e37wKEItnkLQSnZ3jp7WiyD7re0ss7i2kKr-l/s1600/PINK+DIAMOND.jpg)
Mak Janda beranak tiga - dua betina seorang jantan. Adalah dikesahkan pada satu ketika Mak Janda ini merancang dan bermimpi untuk menikahkan dua-dua anak daranya dengan Putera Raja Berunai. Pilihlah yang mana pekenan. Kalau sudi ambillah dua dua sekali. Termasuk anak jantan boleh dijadikan pengawal bilik judi.
Mak Janda berangan angan manalah tahu nasibnya badan sendiri. Manalah tahu jika terbuka hati Raja Berunai sendiri terus meminang Mak Janda sendiri. Kira punya kira lipat punya lipat Mak Janda dijadikan bini ke 44. Duduk dalam istana jadi khadam jaga pintu jamban rapat-rapat.
Maka segala dukun dan bomoh telah dicari dan dilanggan. Berguni bertempayan kemenyan dibakar. Asap berkepol macam kebun ubi terbakar. Berkoyan setangi telah dipasang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqTGstKa7GXbDUWjl58tcQoLiP9XSti4TpIJ5S8xHA0KwtBWfYk-CTpiWPdWPX8xnPU0fyH-7e3RBGv_qoY1Igx9Sicl3Rd5XgY1KYTBcKCym2shG4DAwXa4TQKg2G1_v9n4jXh9IU8Wxy/s200/1+MDB+TERBESAR.jpg)
Puaslah Mak Janda ke hulu ke hilir mencari Tok Batin dan Tok Fakir. Meminta bantuan kalau kalau Tok Fakir berakal panjang.
Mengikut tuan yang empunya ceritera akhirnya Mak Janda jadi kecewa. Frus menonggeng merendam jiwa. Anak betina tak jadi Pemaisuri akhirnya hidup memilihara kambing biri-biri.
Satelah gagal untuk menjadikan anak betinanya sebagai Pemaisuri Berunai maka Mak Janda sendiri pula mula mengasap diri memasag niat untuk mencari laki.
Siang dan malam Mak Janda beramal. Belajar ilmu Tok Batin Kenaboi. Minyak cenduai minyak pengasih diambil dari puncak Gunung Petasih.
Tok Batin Kenaboi kematnya keras. Jampi serapah mujarab sangat. Gajah dihutan datang meniarap. Harimau dihutan menyerah diri. Buaya disungai tersengeh gigi bila mendengar Tok Batin berperi.
Mak Janda diarah mandi bunga. Berdandan bersiram dalam sedaya upaya. Siang berendam dalam lumpur malam berendam dalam paya. Agar susu tegang mencanak dan agar punggung goyang enak.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDV8mljfuY0ZncwK36VXSuht7lQOmAveelA4uRPXNaacsq7xujbO_-xLMfSQQb-ogGXpZqS35GWMBkwgWJuikHOmJX-_8WgZ_4dSVPQE9qMfrc5UfZLv2cLn6KO7EEzGcLGPiR9JrQTEmh/s320/PEGUAM+NEGARA+AMERIKA+-+PEMANGKU+SANDRA+R+BROWN.jpeg)
Maka pada satu malam yang gelap gulita. Ketika kilat sabung menyabung Mak Janda tiga beranak telah menangkap Sang Bini dan dimasukkan ke dalam guni.
Esoknya bila guni dibuka Si Bini terlihat muka Mak Janda. Dia terus pengsan terperanjat takut melihat muka Mak Janda. Apabila sedar dan bangun Si Bini diumumkan telah menjadi betina gila mamai tak sayangkan laki.
Mengikut kata sahibul hikayat pada keesokan harinya Mak Janda pun kahwinlah dengan Mat Laki.
Mengikut tuan yang empunya ceritera Mat Laki ini berasal dari Pekan anak lanun Bugis. Penyamun dilaut penyamun didarat. Ke laut makan ikan ke darat makan biawak. Maka dari sinilah bermulanya riwayat Mak Janda part two.
Sebaik saje selesai menikah maka Mak Janda mula membuka lukah. Tujuh hari tujuh malam lukah terkangkang. Tidak ditutup tidak dikekang hingga kepala lutut menjadi lekang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAteN0EMvboQxiA2kJlbs8FegmY2X1l2aWT2RkCmmiVqUdEBdIiyi4Mf7wc03cuCgcPXAU-yExpHA8P14hDDb8-CySJ2GiJaDRRTXSdIYlCa0ru9n0dbUGmU0ST8dNRQija8jK-Y_K32Da/s320/CINCIN+1MDB.jpeg)
Mengikut kata sahibul hikayat arahan pertama dari Mak Janda ialah Mat Laki bersama anak tirinya wajib turun ke Pekan mencari harta kekayaan.
Dikatakan ada saorang saudagar kain memiliki berbara-bara emas. Saudagar ini dikatakan memiliki berpeti-peti intan berlian. Cincin rantai anting gelang tangan dan gelang kaki semua dari emas tempawan. Hanya jauhari mengenal manikam. Hanya Muthu merngenal Maniam. Hanya Mak Janda mengenal Mat Laki.
Kesah punya kesah rupa-rupa Anak Tiri Mat Jantan telah berkawan dengan seorang tokan candu dari Pulau Sebatik. Tokan China berbadan gempal ini dikenali oleh semua pemadat sebagai China Tembam. China Tembam ini meliliki sebuah perahu yang keluar masuk membawa candu dari negeri atas angin. Telah disurahkan bahawa diatas perahu ini juga China Tembam menyediakan candu dan pelacur untuk para pelanggan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN15TlWatFbU0fnqSVop9Pgmec1lwJCSZvWg9JayHhrgcug4JM9UBlpEXb4q9yLPfdKUaMt6j9mFbMXCw58S1StikNq_-uAh3cKJc7iAoXQzPVjZZhcMqjrxFVmeg2jJLetoWEc9QHIkMi/s320/CINCIN+MERAH+ROSMAH+ZUNAR.jpg)
Pilih punya pilih. Tawar menawar. Pada masa dan ketika yang dijanjikan Mak Janda pun masuk ke rumah. Bila sampai di hadapan Saudagar Kain si Mak Janda terus menyingkapkan kain sarongnya. Bila kain terlondeh keluarlah asap kecubung berkepol kepol dari celah kangkang Mak Janda. Maka Sudagar Kain anak beranak pun jatuh mabuk pitam dan terus tidak sedarkan diri.
Sepurnama kemudian Sudagar Kain anak beranak telah puleh. Lalu Saudagar Kain membuat aduan kepada Tok Penghulu. Tok Penghulu memanggil semua Tok Empat agar membawa berita ini ke kampong-kampong untuk mencari Mak Janda anak beranak.
Pada ketika ini Mak Janda anak beranak telah ada emas berbara. Hidup mereka tidak lagi teraba-raba. Mak Janda ada jantan dan sida. Ada pengawal dan penjaga. Dalam rumah ada dayang dan babu untuk membantu didapur dan dalam kerlambu.
Mak Janda melanggan bidan mengurut. Mamasang bomoh untuk menanam susuk. Kelenjar ditekan kelenjar dipicit untuk merapat kangkang penyedap. Muka dibarut muka disalut agar dilihat cantik betul betul macam sang badut.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhC5-gk3dfH9tguQHZ5lXK0hYhhR2uv9ZQwtRUscFmfC4bMTLeXqxDpaYEV9EZO-DbogR69K734x7UdowXxqJjnu19APaOr4PLa9QWfOmsO_LD23dirDsfkOFHP_NWmaKmS7hoPQf2wRTsE/s200/1+MDB+SIASAT.jpg)
Mengikut tuan yang empunya ceritera China Tembam pula telah menaikkan sauh kapalnya dari Pulau Sebatik dan terus belayar pulang ke negeri Tong San
Manakala Mat Laki yang sentiasa diberi minum air kemat sakai kini mengikut saja apa kata Mak Janda. Diarah ke hilir dia ke hilir. Kalau ke hulu dia ke hulu.
Mengikut kesahnya pada satu petang Tok Empat Anak Gerago telah sampai ke hujung kampong di hadapan rumah Mak Janda. Lalu Tok Empat membuka mulut bertanya menyoal yang patut-patut. Bertanya kesah China Tembam. Bertanya kesah daun kecubung.
Bila Mak Janda terdengar ini maka maka Mak Janda menyinga marah. Mat Laki menjadi tak tententu arah. Rahsia mereka sudah merekah. Mak Janda bingkas memberi arahan agar Tok Empat Gerago ditangkap segera. Ke dalam guni Tok Empat dimasukan. Kemudian disimin untuk disimpan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggxbdJt4HNJT-me9UyWQ8lwcFvoD59-zWfxKFDTrQAHAhsDxuSGn8-iCpR5zbwxAgcioOtvlDaOJzmC7C2sxxxX9RrpfCdeEyfG4zOB07iasKLfd_TqsCtir_FiEK2rfh1ACoOTwm6ff9D/s320/PEGUAM+SWISS.jpg)
Kesah rompakan ini diketahui pula oleh Pak Pandir Pendakwa Raya. Lalu Pak Pandir datang untuk menyiasat pekara. Pak Pandir muncul di rumah Mak Janda. Bertanya betulkah telah mengambil rantai leher berlian merah jambu. Betulkah telah mengambil cincin cicin intan berwarna biru. Betulkah Mak Janda telah mengambil gelang permata unggu dari Saudagar Kain.
Mak Janda hanya tersenyum puas. Tidak bersuara tidak menjawab. Mak Janda telah melanggan seorang peguam yang hitam legam untuk menjawab segala tuduhan.
‘ Wahai Pak Pandir Tuan Pendakwa lihatlah leher anak guam saya, lihat tangan lihatlah jari. Jangan menipu diri sendiri. Mak Janda tidak berleher untuk berantai berlian. Gelang mustahil dipakai. Lengannya sebesar balak. Cincin tak muat jarinya. Jarinya sebesar kaki gajah. Jangan fitnah jangan tohmah. Jangan busukkan nama Kak Mah. Jangan disimin jangan dirantai.’
Pak Pandir Tuan Pendakwa Raya termenong sabentar. Dia menjadi takut apabila teringat perkataan simin. Dengan serta merta Pak Pandir berkata:
‘ Masuk akal… masuk akal …semua ini fitnah dan tohmah. Kes rantai berlian berwarna merah jambu hanya fitnah merapu. Mustahil rantai intan berwarna merah jambu dapat dipasang pada orang yang tak ada leher. Case close.’ (tt)
NOTA:
Riwayat ini tidak ada sangkut paut denganh sosok yang sedang hidup atau sedang mati. Selamat Hari Raya
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjB4BvL0Vm9Z9q_1pam75Kp21mMDkJk7UtqeXfQhd_7DtEPfR_0ZSbZM-zgT9Qyv5odeNksrIaWaJREMJ3et7tB1FM1VV6G21675p31vIKRzVXsxT7SD3p1mE5z2BzPyuwkNr4Q0g2ctdzD/s400/1+MDB+SINGAPURA.jpg)
--------------------
3 ulasan:
Kahkahkah.. ini mmg thorbaek lo TT. Guo yg tok minak ponulisan Molayu lomo pon jodi thorboliak bijik moto ngan monangis soyugianya mombaco tolisan tuan TT.
TT .. bolom den jumpo laey gunong kek Potaseh kah kah kah .. Bukit Porajo kot tompek den botapo dulu.
bila nak "sita"?
selasa depan?
mungkin rabu depan?
mungkin dua bulan lagi?
mungkin dua tahun lagi?
takpe aje, balek tido!
ZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz
p.s. tak bole sita, nanti terkena iSLAP selepas sampai kat ofis PUTAR JAYA!
TAKUT SERIBU TAKUT!
SERAM SEJUTA SERAM!!!
Catat Ulasan