KENYATAAN MEDIA
SIASATAN BELUM SELESAI, TAPI KPN SUDAH TAHU TIADA KAITAN
Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) baru, Tuan Haji Mohd Fuzi Harun, bahawa kejadian tembakan pemandu bekas Peguam Negara, Tuan Haji Abdul Gani Patail, tiada kaitan dengan kes 1MDB adalah satu kenyataan yang pramatang (premature).
Ini kerana sekiranya siasatan masih berjalan baru lebih seminggu selepas kejadian, tanpa sebarang tangkapan suspek atau pengumuman penemuan bukti-bukti berkaitan kes, amat sukar untuk umum menerima bahawa pihak polis sudah boleh menyimpulkan kejadian ini langsung tiada kaitan dengan kes 1MDB.
Tambahan pula kes ini mempunyai kaitan langsung kepada seorang individu - bekas Peguam Negara - yang pernah terlibat dalam siasatan ke atas mega skandal 1MDB.
Maka tidak mustahil umum menyimpulkan kenyataan KPN sebagai pramatang. Malah apabila mengambil kira kenyataan FBI, badan penyiasat Amerika Syarikat, yang berkata kejadian tembakan ini mungkin satu usaha untuk mendiamkan saksi dalam kes Jabatan Kehakiman (DOJ) terhadap 1MDB, kenyataan KPN ini hanya mengukuhkan persepsi umum bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kes ini.
Oleh itu, saya berharap pihak Polis Di-Raja Malaysia akan mengambil serius isu persepsi ini, kerana ia mempunyai implikasi terhadap tahap kepercayaan umum terhadap institusi-institusi di Malaysia.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi
7 September 2017
-------------------
11 ulasan:
Kenyataan dia pra-matang, spt mana pancut dia pun pra-matang! hahaha
Dedak syudah masyuk dalam itu kantuuung..
takdo kaitan ke.....???
ajeep gor jolowww
amidee porpuar
rosie pink panter
aziz baru merah
baginda atantuye
Igpee kahleg gooee
Ketam sebakul.. Semua tak bley naik... Ketam bawah tarik... Sekor mcm lahanat.. Sekor ni lagi bangkai mangkali.... Hehhehehehehe.... Kentut tu kuar tak diserrtakan taik katanya... Mungkin cirittt.. Mubgkin taik palat...jakakkakakakaka... Kinakkkkkkksssss
KPN yg baru ni pun 2x5 sama dgn kwn kpd Gangster Gopi tu.Awal awal lagi Dedak Itik dh masuyýyyk.Tak boh Harap laa
Cerdik macammana sekali pun polis tu...tapi kalau berketuakan ketua yang bahalol maka bahalollah semuanya.
Fahmi ni polis ke? Pernah ke ada seminit bertugas sebagai seorang polis? Pernah ke ada sejam kursus latihan sebagai polis? Siapa dia nak cabar keputusan polis? Siapa yang dia cabar? Sarjen? Koperal? Sirul? Azilah? Ehhhh..... Kita masih bicara pasal altantuya kan?
TERRER!
CEKAP!!
SPESIAL!!!
ni mesti kerja ramalan, tukang si BOMOH!
ada numbor ramalan 4D ke 5D ke 6D ke kuda ke toto ke magnum tak?
gwa MAO beli lar.......
sejak bila polisial ada tukang ramalan?
tak bole harap!
Ini macai tilik nasib Najib yang baru. Hail Rosmah!
Catat Ulasan