Rabu, 17 Januari 2018

SEMUA BERMULA DENGAN PORT DICKSON







FAIL DAA  RANAP

BERMULA

DI PORT DICKSON


FELDA: Jika Bukan Najib, siapa?

Saya terpanggil memberi komen berhubung isu penjualan tanah FELDA di Jalan Semarak kepada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) melalui transaksi yang meragukan.

Pengerusi FELDA, Tuan Haji Shahrir Samad sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang berniat menunjukkan  Najib tidak terlibat dalam penjualan tanah tersebut. Namun, jika audit forensik belum pun tamat dan laporan belum dibentang, bagaimana beliau boleh mengesahkan hal ini? Dan jika beliau mempunyai maklumat yang menjadi asas kenyataan itu, apakah beliau telah menjejaskan integriti siasatan?

Namun sebenarnya, kenyataan Tuan Haji Shahrir ini menimbulkan persoalan besar: Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab di dalam skandal ini?

Saya mendesak agar audit forensik dalam isu ini dijalankan dengan segera agar umum dapat mengetahui antara dalang-dalang yang telah terlibat dalam menjahanamkan institusi ini. Saya juga menggesa agar  Najib berjanji untuk tidak sesekali menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) menghalang mana-mana bahagian laporan audit forensik tersebut dari diterbit, sebagaimana yang kita saksikan dengan laporan Ketua Audit Negara berhubung isu 1MDB. Amatlah penting laporan forensik tersebut diterbitkan sepenuhnya, agar kepercayaan umum akan dikembalikan terhadap FELDA.

Dalam mengimbas isu yang melanda FELDA ini, ianya berpunca daripada pentadbiran DS Najib  yang sejak mula menyandang jawatan Perdana Menteri kelihatan tidak segan silu untuk mempergunakan institusi-institusi yang sepatutnya menjaga kebajikan orang Melayu, sebagai ganjaran buat pemimpin-pemimpin UMNO yang dilihat setia kepadanya.

Trend ini amat jelas berlaku dalam pelantikan individu bagi mengisi jawatan tertinggi FELDA, Lembaga Tabung Haji, dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Atas kemelut demi kemelut yang melibatkan institusi bersangkutan kerajaan (GLC), dapat disimpulkan bahawa Najib telah menyalahgunakan badan-badan itu untuk memastikan beliau terus berkuasa.

Maka, Najib perlu mengambil iktibar dari skandal-skandal yang melanda institusi-institusi ini dan segera berhenti memperguna institusi-institusi tersebut sebagai ganjaran politik untuk memenuhi tembolok juak-juak politik beliau.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
16 Januari 2017






--------------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini taktik memberi tekanan kepada juruodit. Pengerusi Felda dah terang-terang umum PM tak terlibat. Beranikah juruodit memberi kesimpulan yang berlainan selepas siap odit?

DIDI KOTA BELUD berkata...

(pantun ku untuk anak keturunan cikai mikai bingai bangkai.)....................................spender siapa berbau hapak.,
pergilah lah cuci didobi cina.,
kerana Kepala pelir kau punya bapak .,
habis rosak susu bidadari sebelanga....kakkakakakakak

Tanpa Nama berkata...

jangan salah paham!

bookan RUGI tapi korang ONTONG ajer!


lepas tolak cukai CEO dll....tarak ONTONG????

Tanpa Nama berkata...

sandiwara kah?

sandiwara EREKtion????