MAKAN
TANGGUNG
BERAK CANKUNG
JANGAN MENCONTENG
ARANG DI MUKA
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat - 05/10/18
( 1 - 34 )
1. Sudah beberapa kali kenyataan karut telah dibuat oleh makhluk yang berselindung di sebalik gelaran TMJ ini.
2. Sebenarnya 'kehebatan' beliau ini hanya semata - mata bergantung di bawah ketiak bapanya, Sultan dan pengawal - pengawal peribadi yang terdiri dari anggota Askar Timbalan Setia Johor atau Johor Military Force ( JMF ).
3. Kini pasukan tersebut diletakkan dibawah tanggungjawab beliau yang menggelarkan sendiri diri nya sebagai Mejar Jeneral.
4. Dari segi undang - undang, amalan dan protokol Angkatan Tentera, beliau sememangnya TIDAK LAYAK sama sekali menggunakan gelaran tersebut dan ini adalah satu kesalahan.
5. Bagi menjaga nama baik Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan sepatutnya mengarahkan beliau tidak lagi menggunakan gelaran tersebut.
6. Kementerian boleh mengutus surat berbentuk 'nasihat' . Jika beliau berdegil dengan tidak mengendahkan 'nasihat' tersebut , maka Kementerian harus mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.
7. Kepada Sdr. Khairy Jamaluddin, bekas Menteri , saya ucap tahniah diatas sikap tanggungjawab dan prihatin beliau apabila secara sukarela memulangkan medal tentera yang pernah diterimanya.
8. Di zaman moden ini , apakah perlunya pasukan Askar Timbalan Setia Johor itu dikekalkan sedangkan Angkatan Tentera dan Pasukan Polis kita sudah memadai menjaga keselamatan negara, apatah lagi setakat mengawal dan menjaga keselamatan Istana?
9. Sudah sampai masanya pembersihan dan 'reformasi' dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan dengan mengkaji semula peranan pasukan tersebut.
10. Kelakuan TMJ ini tak ubah seperti 'menconteng arang di muka sendiri' dan ibarat 'sebab setitik nila rosak susu sebelanga' ; ia sedikit sebanyak mencemarkan Institusi Raja Berpelembagaan itu sendiri.
11. Sepatutnya apabila seseorang anak itu melakukan kesalahan atau tak reti bahasa maka adalah menjadi tanggungjawab bapanya untuk mengajar dan membetulkan yang tak betul melainkan jika bapa itu pun sama - sama tak betul atau dalam bahasa Mat Rempit - 2 x 5 sahaja.
12. Hormatilah diri sendiri jika mahu orang lain menghormati kita; begitu juga Raja -Raja MESTILAH menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang agar rakyat terus menghormati mereka.
13. Apakah mereka sudah lupa Sumpah dan Ikrar mereka semasa menggambil alih jawatan sama ada Agong mahu pun Sultan?
14. Apa yang rakyat lihat hari ini, sudah terlalu banyak tindakan mereka khasnya Sultan Johor dan anaknya yang melanggar Perlembagaan.
15. Menuduh Kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir kononnya menggunakan peralatan canggih buatan Israel mengintip ( spying) beliau dan bapanya adalah satu tindakan provokasi yang amat serius ; apa penting sangat ke mereka berdua ini sehingga Kerajaan terpaksa melakukan pengintipan, atau mereka sedang mencari pablisiti murah bagi menutup kelemahan sendiri?
16. Beliau perlu tampil dengan bukti kukuh terhadap dakwaan yang dibuat itu, bukan menyerang secara membabi buta sahaja.
17. Rakyat mula bertanya apakah ada dua bentuk Perlembagaan dan Undang - Undang yang wujud , satu untuk Sultan dan keluarga mereka dan yang satu lagi untuk rakyat?
18. Amat malang sekali jika sekiranya Polis tidak tahu atau tidak memahami Perlembagaan.
19. Sepatutnya Polis boleh menyiasat dan mendakwa beliau atas kesalahan yang serius ini walaupun bergelar Tengku Mahkota Johor.
20. Perlu diingatkan sekali lagi Tengku Mahkota , Raja Muda dan lain - lain ahli keluarga Sultan , mereka TIDAK punyai perlindungan kekebalan atau imunity; taraf mereka sama saja seperti rakyat biasa ; boleh diheret ke muka pengadilan bila - bila masa sahaja jika melanggar undang - undang.
21. Undang - undang tetap undang atau dalam bahasa Inggerisnya law is law.
22. Polis harus bertindak secara profesional , bukan pilih bulu atau hanya bertindak mengikut arahan.
23. Ketua Polis Negara TIDAK SEPATUTNYA berpeluk tubuh dalam perkara sedemikian.
24. Menyarankan Kerajaan Negeri Johor membayar gaji minima kepada pekerja juga satu tindakan yang boleh dilihat sebagai mencampuri Pentadbiran Negeri - jika gian sangat , serahkan saja gelaran Tengku Mahkota Johor itu dan bertandinglah dalam Pilihanraya.
25. Jika menang , Sultan lantik anaknya itu sebagai Menteri Besar Johor - itu kan lebih baik!!
26. Baru - baru ini secara sinis beliau cuba mempersenda orang tertentu dengan kekayaan kononnya hanya orang tersebut sahaja dengan wang ringgit yang banyak mampu membeli kelab bolasepak Real Madrid, sebuah kelab terkemuka dunia; mengapa tidak ada angin tiba - tiba beliau mengaitkan orang tersebut?
27. Ini adalah motif jahat; tindakan ini boleh dianggap sebagai biadab dan kurang ajar oleh seorang budak yang bergelar Tengku Mahkota.
28. Jika jaga Persatuan Bolasepak Negara atau FAM pun gagal, janganlah cuba menonjol diri seperti Mat Jenin.
29. Melalui peguamnya beliau menafikan kononnya kenyataan yang dimuat-naik dalam facebooknya bukanlah ditujukan kepada
seorang Menteri yang menyatakan Tun Dr. Mahathir ialah seorang 'perfectionist' ; tetapi umum bukanlah sebodoh itu.
30. Saya berpendapat mulai sekarang tak perlulah lagi sesiapa Menteri sibuk nak menyembah dan mencium tangan mereka.
31. SULTAN BUKAN TUHAN YANG PERLU DISEMBAH dan BUKAN TOK GURU ATAU IBU
IBU BAPA KITA YANG BAIK TANGAN MEREKA DICIUM.
32. Akhir nya Majlis Raja - Raja patut
menasihatkan Sultan Johor agar beliau menasihatkan anaknya, Tunku Ismail agar jangan terlalu celupar, hormat dan pelihara Perlembagaan dan Undang - Undang , hormat orang yang lebih dewasa dari kita dan hormatlah perasaan rakyat jelata.
33. Saya sedia menghadap beliau di mahkamah pada bila - bila masa jika beliau ingin mengambil tindakan undang-undang berhubung tulisan ini.
34. JADILAH PAYUNG YANG SEMPURNA SEBAGAI TEMPAT RAKYAT BERTEDUH.
Terima Kasih.
---------------------
9 ulasan:
Padan muka Yang Ahmat Muliye TMJ ..Lu nak main konkalikong Jomm kita main ..bila lengit pi ngadu pada ayohando bagindo Sultan .. kah kah kah ..patuuui
Tt ni sdg mencari perhatian. Sejak dah menang ni, tak tau nak menghasut rakyat ape ke benda nya tah. Jalur hasut dlm darah dh sebati. Sudah lah tt. Hasut lah rakyat bekerja kuat demi ekonomi negara yg punah ni. Itu lah hasutan yg akan mndpt perhatian.
Masaalah nya mat songel ada pegi jumpa itu meja-kerusi punya tokong cium tangan sampai bongkok tiga, apa cerita huhhh????
Semua manusia takut untuk komen ; kenyataan Tamrin tepat dan benar sekali. intitusi raja2 melayu yang baik dan berotak bijak cerdik dan bertanggungjawab adalah tempat rakyat berlindung, kalau begini perangai nya maka jangan harap pihak istana akan pertahankan tanah air ini jika perang berlaku. mereka lah lari membawa harta yang banyak untuk selamatkan diri. bahkan mereka sanggup bersekongkong dengan pemimpin politik yang korup seperti terbukti pada pemerintahan yang lepas. Bagaimana ada pihak istana menyokong PM yang lepas walaupun mereka tahu rasuah dan perompakan harta rakyat berleluasan berlaku hingga negara hampir hancur sistem ekonominya menuju kebengkrapan. mujur ada orang tua Tun M yang sanggup kehadapan berjuang untuk negara ini.kita nok harapkan pihak istana amat tidak bolih diharapkan.
Makan tanggung berak cangkung syok sendiri ja. Depa ni ingat nanti mati masuk kuboq ada kulibatak macam kat dunia ka. Fuck aku tak paham macam mana depa pikiaq depa kebal.
Lepas tu depa doa mintak ampun kat tuhan tak?
Bongkak sangat aku tengok sekoq2 ni. Takkan fungsi hidup makan tanggung berak cangkung ja?
Republic
Tak malu ke TT kpd Sdr Tamrin. TT dulu sampai sekarang asyik mencarut cakap pasal taik kencing. Sdr TT jgn lupa basuh bila kencing.
Cuba cuba tengok kat Melaka ada hari gabenor
Ada ke kali ini ada lelongan atau lambakan jualan bintang2 atau antara 2 darjat dan darjah2
kebesaran di lelong kan seperti zaman umno atau di hadiah kan kpd wakil wakil rakyat yg baru tumbuh kuku untuk menyerang rakyat demi untuk panjang kan riwayat jawatan gabenor Mantan org politik bekas menteri dan menteri besar kalil berpanjangan menjadi raja berangan...
Amput tuanku....amput tuanku....amput tuanku.....hamba yg hina ingin bertanya kalu darah gua masuk dlm bdn tuanku adakah level diraja tuanku akan turun...maafkan gua tuanku....amput tuanki....amput tuanku...amput tuanku.....eh salah ampun
Catat Ulasan