INI SETAN NYA
Minggu lalu saya telah menulis bahawa semua yang berlaku dalam alam kita ini ada punca dan ada sebab. Ada akibat dari sebab musabab ini. Dalam politik tidak ada yang bergerak tanpa dirancang. Politik tidak pernah bergerak secara sendiri. Semua dirancang disusun untuk dijalankan.
Sama ada hasilnya saperti yang dirancang bukan itu pekara yang saya timbulkan. Yang saya timbulkan ialah semuanya gerak kerja politik dilakukan melalui perancangan.
Justeru lelaki Australia 28 tahun bernama Brenton Tarrant yang melakukan pembunuhan dalam masjid di Christchurch New Zealand itu adalah akibat dari satu perancangan. Ianya bukan terjadi dengan tersendiri.
Bagitu juga kelahiran Usama Bin Laden di Afghanistan atau Abu Bakar Baghdadi di Mosul Iraq juga bukan wujud dengan tersendiri. Ianya hasil dari satu perancangan yang rapi.
Brenton Tarrant menulis satu manifesto 74 muka surat. Didalam manifesato ini dia ada menyebut nama Presiden Donald Trump dan juga nama pemimpin parti National Front Marie Le Pen dari Peranchis.
Pada 16 Mei 2010 Abu Bakar al-Baghdadi dilantik menjadi Khalifah Islam. Pada 8 April 2013 Abu Bakar mengumumkan manifestonya ketika merangka penubuhan Islamic State of Syria dan Levant - ISIL. Dia menyebut dan merujuk kepada nama Allah dan nama nabi Muhamad.
Brenton ada manifesto dan ada ajenda. Abu Bakar juga ada manifesto dan ada ajenda.
Maka mari kita kaji selidik apa ajenda mereka. Dari mana ajenda ini datang. Paling wajib kita rungkai siapa dibelakang ajenda-ajenda ini.
Dalam tulisan yang lalu saya telah melakar dan menunjukkan bagaimana gerakan Wahabi dengan Islam hafal dan Islam ritual telah digunakan oleh Amerika dan sekutunya untuk menentang Soviet Union. Wahabi menjadi alat ajenda Amerika. Fakta ini telah diakui sendiri oleh Putera Mahkota Arab Saudi - Muhamad Bin Salman.
Wahabi dan ajenda Amerika ini berlaku ketika Perang Dingin ( 1947-1991) berjalan. Perang Dingin ialah perang idealoji. Perang antara sistem ekonomi kapitalis yang dikepalai oleh Amerika dengan sistem ekonomi sosialis yang dipimpin oleh Rusia dan China.
Jelas dan terbukti bahawa gerakan Islam menghafal dan Islam ritual yang diteraju oleh Wahabi telah bersekongkol dengan licik untuk menjalankan ajenda jahat Amerika. Hakikatnya Islam jenis Wahabi - hanya menghafal dan beritual - Islam genre konservatif ini telah membantu memperkukuhkan sistem ekonomi kapitalis dalam era Perang Dingin.
Islam Wahabi tidak menggalakkan berfikir. Islam Wahabi berlawanan dengan Islam berfikir Baitul Hikmah (786-1258) yang berkembang di Baghdad dizamam pemerentahan Abbasid. Justeru Islam genre Wahabi dengan senang menjadi senjata idealoji untuk sistem ekonomi kapitalis dalam perang melawan sistem ekonomi sosialis.
Perang ialah perebutan kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca pengeluaran. Punca pengeluaran ialah harta kekayaan - tanah, hasil galian, buruh dan pasaran.
Politik juga adalah perang untuk merebut kekayan dan punca-punca pengeluaran. Bezanya ianya dilakukan melalui pilihan raya. Jika politik pilihan raya gagal maka perang berbunuh-bunuhan akan muncul.
Hari ini Amerika masih lagi kuasa dunia. Hegemoni Amerika dalam ekonomi, ketenteraan dan diplomasi masih kukuh mengampoh dunia.
Dalam masa yang sama garis politik kapitalis Amerika semakin mengarah ke kanan. Garis politik kanan ini juga semakin merebak ke dalam badan parti politik Eropah. Maknanya politik kanan Amerika dan Eropah kini bertemu.
Apa dia politik kiri? Apa dia politik kanan?
Dari takrifan - politik kanan menganut pandangan dunia konservatif tanpa kritikal. Politik kanan beridealoji kapitalis. Bertuhan keuntungan mengumpul harta kekayaan. Ini selari dengan idealoji Wahabi.
Politik kiri memiliki pandangan dunia yang progresif lagi kritikal. Politik kiri mengajukan sistem ekonomi sosialis berasakan kelas. Bertuhankan keadilan untuk anak semua bangsa. Politik kiri melihat semua agama sama taraf sama derajat. Tidak ada agama yang dipilih oleh tuhan justeru idealoji kiri menentang kaum Zionis yang klim mereka Bani Israel adalah bani pilihan Tuhan.
Saya juga telah menulis bagaimana pemikir ulung kaum kanan Amerika Profesor Samuel Huntington dalam bukunya Clash of Civilisation - telah menujumkan bahawa dalam kurun sekarang kita akan bertemu dengan pertempuran budaya.
Islam lawan Yahudi lawan Buddhist lawan Hindu lawan Kristian. Kristian pula lawan Islam lawan Yahudi. Semua bertempur. Pada realiti politik dunia hari ini pertempuran budaya sedang berjalan.
Apakah Huntington ini seorang nujum. Dia dapat meramalkan semua babak politik dengan tepat. Apakah fikrah professor ini bergeliga hingga dia dijadikan pakar rujuk. Bukan. Bukan. Bukan.
Huntington bukan nujum tetapi salah seorang pemikir yang merancang garis politik Amerika untuk kaum pemodal. Justeru dia tahu arah mana politik dunia akan bergerak. Semua dirancang. Semua diatur.
Clash of civilisations atau pertempuran budaya ini memang dirancang. Pemikir dan beberapa kartel kumpulan kanan yang sama telah merancang dan menetaskan gerakan Islam hafal dan Islam ritual. Usama, Zakawi dan Baghdadi adalah anak-anak didik mereka.
Bayangkan bagaimana rancangan licik Dolar, Riyal dan Dinar berjaya melambak masuk untuk membantu kumpulan ISIS. Senjata diseludup masuk dari Turkey , dari Jordan ke Iraq. Malah Pak Chik Zionis dn Mak Cik Zionis menyediakan hospital dengan tilam empok jika sekiranya Abang Wahabi dan Adik Wahabi terluka atau jatuh patah dibedil oleh soldadu Syria.
Bila Iraq, Afghansitan dan Syria kacau bilau maka inilah taman subur untuk Wahabi dapat berkembang maju. Dengan adanya soldadu Kulit Puteh Amerika di Iraq, di Afghanistan maka Wahabi berjaya menjual labon bidadarinya.
Dalam kacau bilau kancah perang ini warga Arab lari menyelamatkan kaum keluarga. Mereka lari bukan ke negara Islam. Bukan ke Saudi atau Mesir atau Pakistan. Mereka lari mencari perlindungan di negara kapir saperti Sweden, German, Itali dan United Kingdom.
Inilah masa dan ketika yang amat baik untuk kaum pemodal, politikus berhaluan kanan dan para profesor kanan untuk membina kumpulan politik kanan. Eropah kini diganggu oleh kedatangan pelarian Arab yang juga Islam.
Di Eropah parti-parti kanan mula mendapat udara baru. Kedatangan pelarian Islam adalah oxygen yang membantu dan menghidupkan ajenda kumpulan politik kanan Eropah.
Di Eropah panglima politik kanan yang awal ialah Front National dari Peranchis. Kemudian wujud Dutch Freedom Party dari Belanda, Austraian Party for Freedom, Norweign Progress Party, Italian Lega Nord, Sweden Democrat dan Alternative for Germany. Semua ini adalah parti berhaluan kanan di Eropah yang memiliki perwakilan dalam parlimen tempatan atau pun dalam parlimen Eropah.
Kumpulan parti politik kanan ini memiliki pandangan dunia yang sama. Kesemua parti politik ini anti-Muslim, anti-imigran, anti-refugee dan anti LGBT.
Kenapa Brenton Tarrant ada menyebut nama Presiden Trump dalam manifestonya?
Hubaya. Hubaya. Kalau Wahabi, Usama, Baghdadi hidup dalam sangkar Amerika. Gerakan politik kanan Eropah juga hidup dalam sangkar yang sama.
Pembaca wajib mengenal sosok yang bernama Steve Bannon. Sosok ini pernah menjadi penasehat stratijik Presiden Trump pada 7 bulan pertama Trump masuk ke Rumah Puteh. Sosok ini adalah pemikir dan perancang kemenangan Trump.
Sosok ini pemilik Cambridge Analytical yang menyimpan berbilion data umat manusia. Tujuan data ini ialah untuk mengembangkan pengaruh politik kanan.
Kenapa saya timbulkan nama sosok ini walhal ramai lagi sosok kanan yang sedang merancang untuk menaklok dunia. Saya menimbulkan nama ini kerana dalam bulan May ini Parlimen Eropah akan mengadakan pilihan raya. Pilihan raya ini akan menentukan garis politik dan masa depan Eropah.
Jangan lupa sosok ini juga adalah bekas Pengerusi portal Breitbart berhaluan kanan yang telah dinobatkan sebagai salah satu dari 25 portal media politik yang terulung di Amerika.
Sosok ini secara terbuka sedang mengumpulkan dana untuk membantu parti-parti politik berhaluan kanan di Eropah. Bannon mahu melihat Eropah menjadi benua kanan sama saperti Amerika dibawah Trump.
Steve Bannon sedang merancang untuk memberi sokongan dana sebanyak 50 juta dolar kepada Peranchis, Sepanyol, Czech Republik, Hungary dan Finland. Juga sosok ini akan membantu parti politik kanan dalam 13 buah negara Eropah.
Mungkin penyaluran dana ini akan menemui halangan. Di Eropah ada perundangan yang melarang dana luar masuk dalam pilihanraya. Tetapi ini dana resmi yang diumumkan akan masuk. Bagaimana pula dana yang masuk masuk masuk tanpa ada pengumuman.
Satu lagi badan yang amat aktif membantu garis kanan di Eropah ialah National Christian Foundation (NCF). Ini badan bukan kerajaan yang ke 8 terbesar di Amerika. Pada tahun 2017 NFC telah berjaya mengumpul dana sebanyak 1.5 bilion dolar. Dilaporan lebih dai 30 juta dolar telah disalurkan kepada badan Ngo dan parti politik yang berhaluan kanan.
Voila! Islam ada pelbagai bentuk kumpulan jihad yang menggunakan senjata. Ada al-Qaeda, al-Nusra, Abu Sayyap, Boko Haram dan Al-Shabaab. Eropah juga memiliki gerakan yang ganas saperti Greek Golden Dawn, English Defense Leaque, Britaian First dan Italian Casa Pound.
Gerakan Islam mendapat bantuan dana dan senjata dari Amerika. Gerakan kanan Eropah juga mendapat dana dari Amerika. Melalui dana - senjata amat senang untuk dibeli.
Inilah dunia kita hari ini. Pembunuhan yang dilakukan oleh Brenton Tarrant itu hanya jerawat kecil dimuka. Penculikan yang dilakukan oleh Abu Sayyap di Sabah adalah kentut kecil. Keganasan Boko Haram juga hanyalah sakit gigi
Kentut kecil , sakit gigi dan jerawat ini termasuk masuk dalam perancangan besar yang sedang disusun dan diatur. Tujuan untuk memastikan dunia hari ini terus dimiliki oleh kaum pemodal.
Perjuangan politik kiri yang berasaskan kelas dan keadilan kelas kini berjaya dialih untuk menjadi pertempuran budaya.
Bila kedua-dua kumpulan budaya - Islam dan Christian - telah wujud maka Profesor Samuel Huntington dilihat cukup bijak. Dapat meramal masa depan dunia. Amin. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-----------------------
11 ulasan:
malaysia ada prof kangkung..dimalaysia pembasmian rasis ditentang org2 melayu dan islam yg berkata islam adalah agama rahmat dan nabi tidak rasis..dimalaysia ada bakal perdana menteri yg anti super liberal, anti minoriti dan bakal perdana menteri ini berasa lega bila Status rome ditarik balik mahatir kutty..kepala bana pun org, sbelum menang PRU, bukan main lagi suruh mahatir perintah malaysia ikut rule of law..kini org2 melayu dan islam sendiri takut dgn undang2 yakni undang2 melawan penjenayah..lepas ni org2 melayu islam akan halang juga IPCMC..disebalik halangan2 itu pasti ada hak raja dan istimewa raja melayu..dan anwar adalah agen nya..baca bku proffesor faisal tehrani, byk juga kebenaran prof kangkung yg memenangkan syaitan..semoga saudi menambah kouta haji tahun ini dan menaja student2 melayu islam utk hafal hadis dan hukum..bulan posa nnt, projek terawih cecah ribuan riggit dan riya'..
Ada S T N bila ditambah huruf lain sebutannya akan menjadi lain tapi kadang kadang ada perkara tertentu kelihatan sama
Setan paling bosar adolah politikus2 haprak yg suko koncing dan memperbodohkan rakyat demi memenuhi agendo2 mereko... Wahai rakyat, cukuplah kamu diperbodohkan oleh mereka... Enough is enough... Kahkahkahh...
Butuh lu dulu repobasi lawan atok lu..skarang lu jilat..phuiii butuh lu tak rebel lu kaki kencing hancing
tt, lu taknak tulis pasal raja2 melayu ke? ke sebab lu takut keturunan sakai disumpah jadi siamang gagap? dulu lu hasut utk benci najib rosmah, hasutan lu dah berjaya. sekarang ni elok la kau bantu atuk utk hasut rakyat melawan raja2 melayu pulak. eh! jap.. hasutan tukar bendera negara dari jalur temberang kepada sang saka merah putih tak dapat approval dari atuk ke? jgn marah.. aku melawan lupa.
Siapa yg komen atas tu....butuh dia kecik ke? Dok dengki dgn org punya...ha ha ha
Lamo TT tak update blog. Rindu den nak baco
Mano poie er TT ni..... poie rusia kor ..tup tup bawak mem balik kih kih
Mana setan nya pak...
Ngak nampak apa2.....
Kita mau tahu setan yg di malaysia pak... senang kita
Solat kan hajat perdana sama baca yasin.. sama boleh mengadu sama tuhan...
Mana lu hilang TT. Lepas lu tulis pasal Yahudi , Wahabi n Uncle Sam lu senyap.
Banyak lagi cerita ni... Abam kalah di rantau..Deep State from deep south...Melayu FELDA di tipu dengan lanun Bugis + Cina Indon...
gua dah baca buku lu. tahniah kerana tak sangka ujungnya buku ini ialah mengenai lu yg sangat sayang kan negara dan patriotis gila. gua pun tak sangka, meleset! gua nak baca kisah lu dan spiritual lu, bukan nak baca pasal negara ni. pasal negara ini gua dah paham. gua dah paham tengtang hakikat apa nikmat awal melawan, sedang melawan, meraikan kemenangan, khayal dan kehancuran kemudian pusingan itu berlaku lagi dan ini analogi kebangkitan dan kiamatnya apa sahaja perkara dalam tiap2 perkara yg pasti berlaku. gua cuma nak tahu kisah spiritual lu tentang tuhan, tentang diri tentang alam dan tentang apa sahaja yg menyebabkan tali kita direct tanpa ada harapan kepada makhluk lain.
Catat Ulasan