Ahad, 12 Januari 2020

KOREK KOREK KOREK









 WOIT

HANG LUPA

KOREK KOREK

KOREK 

Tiada masalah SPRM dedah perbualan telefon Najib, kata Dr Mahathir

PENDEDAHAN perbualan telefon yang didakwa menunjukkan usaha menutup kes jenayah Najib Razak tidak menjadi kesalahan, kata Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri berkata, polis pernah melakukan tindakan serupa ketika menyerbu kediaman Najib dan mendedahkan barangan peribadi bekas perdana menteri itu.

“Dahulu kita sudah buat. Apabila kita (pihak polis) menyerbu Kondominium Pavilion (kediaman dikaitkan dengan Najib) kita dapati banyak barang dimiliki Rosmah dan Najib.

“Kita tak sembunyi sehingga ada perbicaraan,” kata beliau kepada pemberita dalam satu majlis di Langkawi.

Kesemua barangan yang dirampas polis dari kediaman dan premis dikaitkan dengan Najib dalam operasi pada 2018 itu dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion.

Ia antara lain menjadi bahan bukti dalam kes rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah yang dihadapi Najib.

Pada Rabu lalu pula, sembilan rakaman perbualan Najib dengan beberapa individu didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu sidang media.

Menurut agensi itu, rakaman itu menunjukkan secara jelas kes salah guna kuasa, konspirasi, pemalsuan bukti dan kebocoran rahsia negara.

Ia didakwa melibatkan perbualan Najib dengan isterinya Rosmah, bekas ketua SPRM Dzulkifli Ahmad, ahli Parlimen Umno Abdul Azeez Abdul Rahim.

Rakaman itu didakwa turut mengandungi perbualan Najib dengan putera mahkota Emiriyah Arab Bersatu, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan.

Kesemuanya didakwa membincangkan cara untuk memanipulasi maklumat mengenai 1MDB dan SRC International.

Najib tidak menafikan bahawa rakaman itu mengandungi perbualannya dengan individu terbabit.

Pendedahan itu bagaimanapuan dipersoal peguam, Haniff Kathri dan Ketua Biro Perundangan DAP Ramkarpal Singh yang berpendapat tindakan itu menyalahi undang-undang.

Haniff berpendapat ketua SPRM Latheefa Koya sepatutnya mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis dan menyerahkan rakaman kepada polis.

Ramkarpal pula berpandangan intipan perbualan dengan menyadap talian telefon itu dibuat tanpa mengikut berperlembagaan.

Rakaman itu juga sepatutnya menjadi sebahagian daripada bukti agensi penguatkuasaan undang-undang bagi membina pertuduhan kes mahkamah selepas suspek dituduh, menurut peguam ini.

Latheefa bagaimanapun berpendirian, peguam berkenaan berhak memberikan pendapat mereka. – 11 Januari, 2020.


 JANGAN CEPAT

LUPA NANTI

MADEY MARAH
KAH KAH KAH
----------

5 ulasan:

Arymanchino berkata...

Kah..kah..KOREK..KOREK.KOREKK.Sekali Tun Madey bersuara,Abg Non terus terbungkam..Abg Non cuba nak kenakan Minah Koya..Keh..keh..Tun Madey dlm bab ni memang pintar..Mampus Abg Non..

Si Luncai berkata...

Al jazeera pun dah bebel. Jd famos kak tipah jadi bahan gelak internasional. Kak tipah dengan azmin doa banyak² jangan bagi kerajaan betukar jak...lau tak macam ganti najib la jawab dia

Tanpa Nama berkata...

Ala lu syg jilat meday...peeedaaa

Al Buyut berkata...

Madey, kak tipah abang jemin masa dah suntuk sangat neh... Takyah cari lobang penyakit.. Setakat yang ada tu kambus yang tu jak. Madey sudah tua tak larat sangat dah

Tanpa Nama berkata...

Bila Tun M sudah kata macam ni.....ada kemungkinan terkait orang lain punya perbualan telefon. Kot la ada audio sembang rindu pisang emas dibawa belayar. Kahkahkah