Rabu, 18 November 2020

TIGA BUDAK ITAM

 

TIGA BUDAK ITAM

Tahun 1987 aku telah diterima masuk ke Brixton College London. Brixton  wilayah Selatan London ialah  daerah  majoriti penduduk berkulit hitam  berasal dari Jamaica. 

Di Brixton aku kembali  menjadi mahasiswa. Aku telah gagal untuk diterima masuk ke sekolah filem INSAS di Brussels.  Penulisan Peranchis aku tahap amat rendah.  Mustahil aku boleh menulis esai tentang  filem Jean-Luc Godard atau meghuraikan teori sex Jacques Lacan.  Aku hanya boleh bertutur saperti ‘petit-negre’  maknanya bercakap menggunakan ‘pidgin French’.

Di Brixton College bahasa tidak menjadi masaalah.  Aku diterima sebagai pelajar luar negara. Ketika ini  aku memakai pasport  perjalanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Belgium atas Perjanjian Bangsa Bangsa Bersatu 1951.  Aku boleh pergi ke mana sahaja dalam dunia ini kecuali Malaysia. 

Sebagai penduduk tetap  Belgium – negara EEC - Kesatuan Eropah – aku hanya perlu membayar yuran  belajar 800  pound setahun. Pelajar dari negara bukan Kesatuan Eropah saperti Malaysia mungkin dikenakan   7 atau 8 ribu pound satu tahun.  Mahal. Memang mahal belajar dibawah  dasar Parti Konservatif Magaret Thatcher. 

Secara resmi aku masih lagi berdaftar  dan memiliki alamat di Wavre.  Warga Belgium wajib mendaftar di Commune untuk mendapatkan Carte Indentite Commune.  Dengan Carte ini aku mendapat paspot perjalanan. 

Kami tidak ramai dalam satu kelas. Hanya 14 pelajar. Kami belajar  asas seni selama satu tahun sebagai   persediaan untuk masuk ke sekolah filem. Tiga pelajar  dari luar negara – Edan  dari Kenya, Lorena dari Itali dan aku.  Ketua Jabatan Dr Roberta. Awalnya aku tak faham bagaimana  lulusan  metametik dari Oxford Univesiti boleh menjadi Ketua Jabatan Seni. 

Kemudian aku difahamkan ketika di Oxford  Roberta terlibat bersama Laura Mulvey dan Peter Wollen dua sosok pembuat  filem  avant-garde yang tersohor. Pasangan suami isteri ini membuat beberapa buah filem saperti Riddles of The Sphinx (1977). Laura Mulvey saorang feminist menghadiahkan kepada dunia - teori  Male Gaze – pandangan jantan – yang terus menjadi rujukan hingga ke hari ini. 

Di Belgium ketika belajar aku mendapat duit bulanan dari Commune Wavre. Kini di London aku  tanpa  sokongan dana. Aku pelajar dari  luar negara. Hakikatnya aku wajib mencari kerja. Dana aku telah merosot.

Lalu aku menjual diri kepada kawan-kawan dalam kelas. Aku perlu kerja. Muncul Pauline anak gadis kulit hitam  warga Brixton datang menyambut.

‘ Isham.. are you sure..’ Apakah bersedia bekerja apa sahaja.

‘ Yes....I’m skint ... ..aku dah pokai...’  Aku menggunakan ‘skint’ bahasa jalanan anak muda di Brixton.

Melalui Pauline aku memulakan kerja pertama aku di London. Aku bekerja  di Pejabat EMI – Charing Cross Road   di sebelah Soho daerah lampu merah  London. EMI ialah syarikat perakam dan penerbit  musik.

‘ Wah hebat kau Isham... kerja di EMI.. mesti selalu jumpa rock star..’ Ini sembang kawan   Malaysia aku  bila mereka mendengar aku bekerja di EMI. 

Memang betul. Dipintu  utama pejabat ada lubang surat.  Banyak  ‘demo tape ‘ yang dihantar oleh sosok -sosok  yang berniat hendak menjadi pop star.  Tugas aku hanyalah mengambil   demo tape ini dan masukkan ke dalam bekas yang telah disediakan. Amin

Rutin aku senang. Dari  Brixton naik tube berhenti di Oxford Street. Menapak ke banguan EMI. Pauline datang dengan basikal. Pintu  pejabat telah dibuka. Tugas asas aku bermula di basement -   di bilik bawah tanah. Bilik menyimpan barang dan tandas. 

Aku  bekerja sebagai tukang sapu dan tukang cuci. Tugas aku dan Pauline ialah memastikan semua bakul  sampah kosong, lantai disapu dan tandas tip top. Esok pagi pejabat  wajib dilihat  bersih dan berseri. Aku kerja Senin, Rabu dan Jumaat. Dibayar 20 pound  seminggu.  Tambang tube dan belanja harian selamat. Amin

Waktu beredar.  Aku amat selesa dengan rutin aku.  Tetiba di hari baik bulan baik -  Pauline meledakkan berita. Petang Krismas menjadi hari terakhir aku menyapu di EMI.  Lepas Krismas aku berhenti dari menjadi  tukang sapu. Pauline terus bekerja.

Cisss.

Dalam tube,   pulang ke   rumah aku terfikir. Kalau aku pegawai bank, atau kerani pejabat yang dibuang kerja pasti aku rasa tak banyak masalah – CV aku masih cantik. Aku boleh melamar kerja lain. Tapi aku dibuang kerja sebagai  tukang sapu – the lowest of the low. Apa lagi ada di bawah tukang sapu. Aduh!

Menapak pulang aku terseyum sambil membetul diri. Sikap positif muncul  : Dari basement aku jatuh. Bila aku bangun setiap tangga aku  jejak semuanya  naik  ke atas. 

Falsafah hidup aku ini sebenarnya  lahir dari pengalaman aku ketika   tidur dalam lokap dan penjara  di Bombay.  Selepas tidur dua minggu di lokap balai polis Bombay semua tempat tidur dalam dunia ini untuk aku adalah lumayan.

Selesai cuti tahun baru sekolah dibuka. Duit dalam saku makin kurang.  Lalu aku berbincang dengan  Toni kawan sakelas. Toni  anak muda berasal dari Jamaica tinggal   di Kennington tak jauh dari Brixton. Toni  tidak  memiliki banyak masalah keewangan.  Dia warga   Britain. Toni mendapat dana untuk belajar. 

Aku membuat rancangan. Jika Toni bersetuju dengan projek aku ini maka masalah keewangan aku beres.

Aku mengayat Toni  tentang pengalaman aku mundar mandir di Soho dan daerah West End  setiap hari ketika bekerja di EMI. Aku yakinkan Toni bahawa aku hampir  lancar  semua lorong di daerah  lampu merah ini. Sesudah bersurah panjang  aku membuat cadangan kepada Toni.

‘ Let’s do it...’ Aku mengajak Toni.

‘ Do what Isham? ‘

‘We work as gigolo around Soho...social escort .....you are young...kita masih muda pasti  ramai  Mak Cik ranggi yang suka... kita jadi gigolo di Soho ...orang boleh buat ... kita pun boleh buat...’

“Isham... you are a mad Malaysian...’  Toni menolak cadangan aku serta merta.   Tapi aku terus  mengayat Toni petang itu. Aku buka cerita aku di  Karachi. Aku buka cerita aku di Brussels. Aku buka cerita Paris.  Akhirnya Toni bersetuju.

Sabtu petang esoknya  kami berdua di Leiceister  Square – pusat dunia hiburan kota London. Kami mahu dilihat ranggi  macam anak muda Londoner yang lain. Cuaca  musim sejuk. Aku memakai cara Peranchis yang aku pungut di Belgium. Beret dikepala. Scarf dileher.  Toni agak sasa dengan jaket kulit coklat. Kami bersedia untuk menjual diri.

Kami menapak ke arah Cafe de Paris tak jauh dari Leiceister Square.  Seorang Mak Cik menyeberang  jalan di depan kami.  Mak Cik  empat puluhan ini tersenyum memandang dua lelaki hitam ranggi, kacak dan bergaya. Wow. Darah aku menyirap.  Aku pandang pada Toni dan berkata.

‘ Sell yor smile... jualah senyum kamu...’

Kami mempercepat jalan untuk hampir sebaris dengan Mak Cik ini. Dari pakaian aku lihat Mak Cik ini bukan Londoner. Pasti pelancung.  Kalau dari Sweden lagi molek. Mereka tak pernah merasa nikmat orang hitam.

Aku  menjual senyum. Mak Cik ini tak ambil pot. Dia terus  berjalan masuk ke Cafe de Paris.  Kami mengekor  sama. 

Mata aku memerhati sekeliling. Aku perhatikan wilayah ini tempat orang kaya bercanda canda.  Toni datang merapati aku dan berbisik.

‘Isham.. let get out... too expensive..’ Mari keluar tempat ini telalu mahal.

‘ The fucking coffee is five pounds...’ Toni menjerit di pintu cafe. Aku ketawa.  Toni telah mengintai menu cafe ini.  Baru aku sedar nak jadi gigolo wajib ada  modal. Tanpa modal projek aku  gagal. 

Aku tak putus asa. 

Disekolah aku bercerita tentang projek gigolo kepada Edan. Siswa dari Nairobi ini tidak ketawa dan tidak memberi apa apa komen.  Kemudian Edan mencadangkan agar kami melamar kerja di Burger King.  Edan berjanji akan mengatur.

‘Jangan beritahu kamu nak masuk kolej atau universiti. Jangan mengaku kamu ada apa apa kelulusan. Buat bodoh. Buat bangang.  Lagi bangang lagi besar peluang untuk berkerja di Burger King.’  Edan memberi  kuliah kerana sebelum ini  dia pernah memburuh di Burger King.

Saperti yang telah dijanjikan tiga budak  itam  akan ditemu bual oleh Manager orang puteh Burger King  di Victoria Station.   Mamat Manager ini  agak gemok.  Tiga  budak  itam hanya duduk menunggu.

‘ Do you know  our burger  is the  best in London...’ Mamat in memulakan ceramah. Tiga budak itam buat bodoh.  Kemudian dia berceloteh tentang tugas pekerja di Burger King. Tiga budak itam  mendengar dengan bodoh.

‘  There are lot of perks and bright future here...  ada masa  depan yang cerah jika kamu bekerja dengan Burger King...’. Aku  yang bodoh tak boleh tahan lagi. Aku terbarai ketawa.

‘ Yes.. yes... that what  we  wanted .. inilah kerja yang kami cari ...masa depan yang kami cari...’ Aku bersuara cepat. Nasib baik aku telah  pandai  jadi bodoh.

Si Manager ini mengeluarkan beberapa keping kertas.  Kami mengisi biodata kami.  Manager melihat.

‘ All  from Brixton.. we have loads of Black working with us...great future for them... ramai orang itam kerja dengan kami...masa depan yang terjamin..’

‘Now the written test... in half an hour ... mula sekarang ujian menulis bermula sekarang..’ Manager memberi kertas pepereksaan.

Rajah tiga segi masukan ke  mana? Ke rajah bulat atau ke rajah panjang. Kenal atau tak kenal - mana kuda? mana kambing?  mana gajah? Ini binatang apa? Ini bulat atau panjang. Ini 4 segi atau  8 segi. Mana lelaki mana perempuan. Tiga rajah panjang – pilih yang mana lebih panjang. 

Aduh! Tiga puluh minit menjawab ujian yang maha berat. Aku berpeluh sejuk. Aku rasa inilah jenis ujian yang dilalui  oleh Roberta, Laura Mulvey dan Peter Wollen semasa mereka nak melamar  masuk ke Oxford. Kah kah kah.

‘ We will call you... nanti kami akan hubung...’ 

Kami pun angkat punggung. Dari Victoria Station kami menapak  tiga batu untuk pulang ke Brixton.

Dua minggu menunggu. Tak ada panggilan. Gagal lagi.

Biasanya habis kelas jika ada masa dua tiga orang kawan akan duduk berlabun di Jacaranda Cafe di sebelah Pasar Brixton. Harga kopi  dan teh disini lebih demokratik dari  harga di Cafe de Paris.  

Aku dan Edan sedang berlabun tentang  pasaran kopi mentah. Edan mengatakan kopi terbaik dalam dunia datang dari Kenya. Aku menambah cerita bagaimana  budaya cafe ini bermula di Baghdad.  Arab yang memulakan duduk dalam kedai kopi. Kemudian budaya ini dirembat  oleh orang Peranchis. 

‘  The French gentrified the cafes ...I’ve sat in the oldest cafe  the world..  Al-Rasheed  Street Baghdad.. kedai kopi paling tua dalam dunia.. hampir dua ratus tahun...’ 

‘ Like our  cafe here in Brixton...’ Edan bertanya apakah kedai kopi di Baghdad sama macam  kedai kopi di Brixton.

Aku menggeleng kepala.  ‘ Brixton is better.. here there are babes in  cafes...’ Aku teringat cafe Hassan Ajami di Jalan Al-Rasheed   Baghdad. Jantan jantan jantan.

Di luar aku nampak Toni datang ke arah Jacaranda.  Aku menggamit mengajak dia masuk.  Toni masuk ,  duduk dan terus membuka  mulut.

‘ Ada kerja untuk kita..’ Toni memulakan surah. Aku memasang  telinga. Ini berita baik. 

‘ A bit risky but not that risky...’ Kerja apa ini. Ada risiko tapi bukan berisiko. Apakah Toni bercadang kita  memulakan perniagaan  hashish. Aku tahu Ini perniagaan  monopoli ‘Bumiputera Brixton’.

‘ Kerja apa ni?  Ada risiko?  Bayar berapa?’ Aku yang dah   pokai terus mengasak. Pada hemat aku jika kerja  ada risiko pasti bayaran lumayan.

Kami keluar dari Jacaranda dan  menapak menuju ke arah Balai Polis Brixton.   Toni membawa kami ke sebelah belakang balai. Ada pejabat kecil. Di belakang  pintu gelas ada  seorang Bobby  -  nama manja untuk polis metropolitan kota London.

Sebelum pintu dibuka aku bertanya lagi. ‘ Toni are you sure no risk... what if they think we are stool pigeon...’

‘Isham... easy money... ‘   Toni menerangkan kerja yang akan kami lakukan. Bukan jual maklumat  atau jadi spy kepada polis  di Brixton tapi ambil bahagian dalam kawad cam. Sekali  berdiri untuk kawad cam kami akan dibayar 15 pound. 

‘ Berdiri   tak sampai 15 minit... kita masuk pintu belakang dan keluar pintu belakang.” Toni memberi penjelasan untuk mententeramkan aku. Aku rasa cuak juga  jika dianggap talibarut polis. 

‘ Ok dengan aku..’ Edan bersetuju.  Aku tidak membantah. Toni membuka pintu kami masuk.

Bobby  memandang  satu persatu muka  tiga budak itam yang datang melamar kerja. 

“ You.. and you  okay.. but are  you Chinese...with a beard... ‘ Bobby telah  memilih Toni dan Edan. Aku ditolak kerana aku  tak cukup hitam dan berjanggut. Tak sesuai  untuk kawad cam di Brixton.

‘ Cilako pantek...’ Aku menyumpah dalam lorat Negeri Sembilan.  Kerja kawad cam ini pun aku ditolak. Apa punya sial. Apa punya nasib. Bobby mendengar rungutan aku  dan terus  bertanya.

‘  What did you say? ’

‘ C’est la vie in my language. I’m not Chinese.. me..Malaysian.’ Dengan pantas aku menyelamatkan keadaan dengan harapan dua budak itam kawan aku yang berjaya akan selalu dipanggil ke Balai. 

Saorang   lagi budak itam pulng gagal.

EPILOK:

Mencari kerja wajib ada modal. Untuk berjaya pastikan memiliki ‘qualification dan kulitfication’ yang  tepat. (TT)



TULISAN INI JUGA
DITERBITKAN OLEH PORTAL
MALAYSIA NOW
https://www.malaysianow.com/wacana/2020/11/18/3-budak-hitam/


4 ulasan:

capt salai berkata...

Dari cerito kau tt..den was was tentang kesucian buntut kau..adakah buntut kau masih daro atau dah mcm anak ikan abam

DatoPidi berkata...

Kelakar Tuan.
Menyembor gulai keladi yg bapak aku masakan nie.
Part 2 pelis.

Tanpa Nama berkata...

Cerita sikit pengalaman dipenjara Bombay (Mumbai). Ada jumpa Madhuri Dixit ka

Matt Romeo berkata...

Tt jadi gigolo maknanya bagi serbis untuk pompuan.. Lau bg serbis untuk jantan apa istilahnya gaygolo ke ataupun gaygagal.. Takkan baru gagal tekel makcik kat cafe tu Tt dah serender.. Cantik sangat ke mkcik tu sampai Tt mudah benar kecewa.. Besar sangat ke cipap dia ishh... Cite gigolo tu tkkan tkde yang sangkut, byar separuh harga pun takpe dah ini soal duit dan sedap.. Nak jadi kawad cam menyamar pun tak lepas aku pun tak paham ngan ko ni Tt.. Klau imbas balik kisah moktar dup senang² je dia leh dapat awek tetek besar plk tu dua orang pulak lagi bapak ayam pun oram yang sama jugak hurmm..