ANWAR TADA KERJA
CARI MASALAH
KAH KAH KAH
ZURAIDAH AKAN
BOCOR KESAH
MAT GOYANG
KAH KAH KAH
YUSOF RAWTHER
JUGA AKAN
MUNCUL
JENG JENG JENG
Zuraida akan dedah bukti ‘rahsia’ terhadap Anwar
Bekas ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin akan mendedahkan bukti dakwaan salah laku seks membabitkan presidennya, Anwar Ibrahim, ketika perbicaraan tuntutan saman terhadapnya kerana melanggar perjanjian parti.
Dalam pembelaannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Zuraida yang merupakan antara pemimpin PKR keluar daripada parti selepas berlaku krisis politik pada Februari lalu, mengatakan akan turut mengemukakan bukti elektronik di mahkamah yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.
“Defendan menegaskan bahawa tuduhan-tuduhan mengenai salah laku seksual Anwar yang bertalu-talu dan juga status pengampunan penuh Anwar bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan di dalam PKR (semasa defendan masih lagi seorang ahli) tetapi yang sama juga menyebabkan ramai ahli termasuk Defendan untuk hilang kepercayaan di dalam Anwar dan juga hala tuju sebenar PKR,” kata Zuraida dalam satu kenyataan.
Beliau juga mengatakan dua lelaki itu – Mohammed Yusoff Rawther dan Aidil Azim Abu Adam, akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi pihak pembelaan.
Kedua-duanya sebelum ini telah membuat laporan polis secara berasingan menuduh Anwar melakukan serangan seksual.
Zuraida berkata, Yusoff terpaksa meluangkan masa selama empat jam di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk melakukan ujian poligraf berhubung dakwaannya, tetapi Anwar menolak untuk melakukan perkara sama.
Katanya, Anwar juga enggan mengemukakan saman terhadap Yusoff di atas dakwaan itu.
Zuraida berkata, Aidil Azim juga membuat laporan polis terhadap Anwar, mengenai butiran mengejutkan berhubung salah laku seks dalam bentuk affidavit bersumpah yang disebarkan dalam media sosial.
Sementara itu, Zuraida dalam pernyataan pembelaannya juga mempersoalkan pengampunan diraja yang diberikan kepada Anwar pada 2018, membolehkan beliau dibebaskan dari penjara, di mana presiden PKR itu menjalani hukuman selama lima tahun atas kesalahan meliwat.
Katanya pengampunan itu mempunyai kecacatan kerana Lembaga Pengampunan tidak memenuhi korum sebelum mengemukakan syor kepada Agong
Dalam kenyataan setebal 21 muka surat itu, Zuraida mengatakan keluar daripada PKR kerana merasakan Anwar tidak layak memimpin parti ataupun negara.
Anwar dinamakan oleh gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, tetapi peralihan kuasa itu tidak pernah berlaku.
Pada Februari, kerajaan PH tumbang berikutan pengunduran Mahathir, dengan Zuraida bersama 10 lagi ahli Parlimen PKR keluar parti.
Zuraida yang sudah tiga penggal menjadi ahli Parlimen menyertai PKR ketika ia ditubuhkaan pada 1999 mengatakan parti itu jauh tersasar daripada nilai dan objektif asal.
Tambahnya “wajah sebenar PKR” hanya disedari selepas Anwar mengambil alih jawatan presiden pada tahun 2018.
Antara lain, Zuraida turut menuduh Anwar mengamalkan nepotisme dalam pemilihan pengerusi PKR negeri mengenepikan pemimpin bahagian.
“Dengan amalan nepotisme secara jelas dan nyata, Anwar melantik anak perempuannya sendiri, Nurul Izzah Anwar sebagai ketua PKR negeri Pulau Pinang. Tidak lama kemudian, Nurul Izzah dengan sendiri meletakkan jawatannya sebagai ketua PKR negeri Pulau Pinang.
“Pelantikan bagi pemegang jawatan bagi jawatan-jawatan penting dibuat dan/atau dilantik tanpa berunding dengan timbalan presiden yang baru dipilih iaitu Azmin Ali atau pemegang jawatan baru yang terpilih,” kata Zuraida.
PKR bertindak menyaman Zuraida, yang juga merupakan ahli Parlimen Ampang kerana meninggalkan parti itu, mengatakan beliau terikat dengan bon bernilai RM10 juta yang ditandatangani ketika bersama parti itu.
Zuraida, yang merupakan menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang menyertai Bersatu selepas itu, bagaimanapun berkata ikatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan, dan menambah tuntutan parti pampasan bernilai RM10 juta daripada ahli Parlimen yang belot berkemungkinan boleh menyebabkan penyalahgunaan proses demokrasi terutama melibatkan ahli politik yang kaya.
“Jelas, prosiding di sini difailkan dengan objektif untuk menjatuhkan reputasi defendan di depan mata rakyat Malaysia dan juga untuk mendapatkan dana untuk membiayai PKR,” tambahnya.
5 ulasan:
Sudah bocor...sebab musababnya dri mat goyang
Abam mane ade rahsia.Satu dunia dah tahu kaki sontot.Yg Zuraidah nak bocor tu mkin org mamat gelap pun dia selera nak tibai..
Inilah yang di katakan “senjata makan tuan” #sodokme.......‼️Kah Kah Kah
Bukti elektronik? Kah kah kah. Confirm kabuuuur.
Adakah malaysia kegersangan pemimpin berwibawa? pemimpin kalangan kluster perompak, kluster sontot, kluster pengkhianat sheraton, lain lagi kluster penonggang bangsa dan agama.apa lagi kluster pemimpin yang boleh diharap???Kalau mahu jadi pemimpin bukanlah jadi seorang pemimpin yang boleh berbuat apa saja kepada undang² dan rakyat tapi jadilah pemimpin yang boleh mengubah undang² dan keperluan sendiri untuk kebaikan rakyat
Catat Ulasan