AWAS
Malaysia akan lebih teruk jika PKP gagal, kata Dr Noor Hisham
KEADAAN akan lebih buruk jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) gagal menundukkan penularan Covid-19 di negara ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
“Sekiranya kita tidak ikut PKP dengan baik, perkara lebih buruk akan berlaku. Peringatan harian buat semua, “sila tinggal di rumah”.
“Duduk di rumah dan kekal selamat,” kata Ketua Pengarah Kesihatan melalui Twitter hari ini.
Kenyataannya itu dimuat naik hanya beberapa jam selepas Malaysia melaporkan kes Covid-19 yang paling tinggi sejak bermulanya pandemik ini.
Hari ini, Malaysia memecahkan semua rekod harian dengan melaporkan 4,029 jangkitan baharu.
Ini adalah kali pertama negara melaporkan lebih 4,000 kes baharu dalam sehari.
Noor Hisham dalam satu kenyataan awal hari ini berkata, kes-kes baharu telah menjadikan jumlah kes meningkat kepada 155,095 sementara kes aktif meningkat kepada 37,126.
Tambahnya, kes import mancatatkan lapan kes.
Berhubung pesakit yang telah pulih, Noor Hisham berkata, 2,148 orang telah didiscaj dari hospital dalam 24 jam sebelum.
Dengan ini, katanya, jumlah kes pulih kini berjumlah 117,375.
Terdapat lapan kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian 594 orang. – 16 Januari, 2021.
KITA
JAGA
KITA
2 ulasan:
Awas! Kobid sekarang semakin bijak.
- Kobid hanya akan menyerang pada pukul 8 malam hingga 6 pagi (shift malam sekarang).
- Kobid hanya akan menyerang dalam kenderaan persendirian yang dinaiki lebih dari 2 orang. Dalam MRT/LRT/KTM tak apa. Kobid takde duit nak beli teket.
- Kobid akan mengganas di masjid-masjid, surau-surau kalau jemaah lebih dari 5 orang. Tapi dalam supermarket kobid tak masuk.... Dia tak tahan bau ikan kot.
- Kobid hanya akan menyerang ahli parlimen sahaja. Pelajar sekolah, Pekerja kilang, pejabat, stesen minyak, dan lain-lain takpe sebab tak akan kena kobid.
Masa PKP O1 ..yang kono 50-200 ekor jo sari ..tapi kito nengok kek TV, gomen hulu-hala nolong dongan ngopong kawasan guno pagar dawai boduri, siang malam manchot somboran, fronliner nangih, ari2 anta boka makanan.
Tapi 3X ..maso PKP O2 ni ..ontok jo walau pun yang kono 3000 hinggo cocah 5000 ekor sari ..magik ..ado guno pomagar usTaT@Bomoh ko ..
Catat Ulasan