Jumaat, 30 April 2021

BEBAL POLITIK

 


SOALAN INI

DARI POLITIKUS

BEBAL POLITIK

AMIN

MALAYSIA

NEGARA DUNIA

KETIGA

AMIN

INI ADALAH CARA

DAN POLITIK

NEGARA 

DUNIA KETIGA 

DIJALANKAN

KHALAS 

JIKA HAMZAH 

DISIASAT 

AMIN 

 JO LO DI TANGKAP

AMIN

DOLAH BAGINDA 

 ULANG BICARA

AMIN

GOPI DI CARI

 AMIN 

KAHIRY DI SIASAT

AMIN

ANAK NAZRI

DITAHAN

AMIN

INI BUKAN LAGI

MALAYSIA

KHALAS

INI SWEDEN

ATAU DENMARK

ATAU FINLAND

AMIN

BANGANG


Kenapa boleh siasat Anwar, tak boleh siasat Hamzah, soal peguam DAP

POLIS perlu berhenti siasat Anwar Ibrahim mengenai klip audio didakwa antara pemimpin pembangkang itu dan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kata Ramkarpal Singh.

Peguam DAP itu berkata demikian susulan pengakuan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin mendakwa tidak ada salahnya rakaman audio beliau tentang pelantikan polis terbocor.

Malah, pengakuan Hamzah tentang pelantikan polis itu jauh lebih serius, tambahnya.

“Klip audio (Hamzah) tidak boleh dibiarkan terabai begitu sahaja.

“Jika tidak ada yang salah, mengapa ada keperluan untuk ambil kenyataan Anwar Ibrahim oleh pihak polis tentang rakaman audio di mana beliau didakwa bercakap?

“Jika tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Hamzah, mengapa pilih kasih menyiasat Anwar dalam keadaan yang lebih kurang sama,” kata Ramkarpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Hamzah hari ini mengaku itu adalah suaranya dalam klip audio yang dikongsi secara meluas mengenai pelantikan Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara baharu.

Hamzah berkata tidak membuat sebarang pelanggaran undang-undang bercakap melalui telefon dengan individu tidak dinamakan itu yang digambarkannya sebagai “orang sangat penting”.

Dalam klip audio tersebut, individu tidak dinamakan itu antara lain menyebut Yang di-Pertuan Agong mahu Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Saani menggantikan Abdul Hamid Bador.

Hamzah juga didapati merujuk tentang “budak kita” dan “orang kita”. Tanpa menyebut nama Abdul Hamid, menteri itu juga berkata,nama-nama itu hanya boleh dicadang melalui lantikan dan hanya beliau (Hamzah) boleh tentukan memandangkan beliau Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang menentukan tugas-tugas polis.

Sebelum ini, Hamzah dikatakan ada campur tangan mengenai pertukaran pegawai polis, dalam usaha Abdul Hamid untuk membersihkan pasukan polis.

Awal minggu ini, Anwar dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil kenyataannya berhubung dakwaan perbualan telefon antaranya dan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi didakwa berlaku selepas tamat perhimpunan agung Umno (PAU) pada hujung Mac lalu.

Klip itu dikatakan suara mirip Zahid dan Anwar yang membincangkan hasil PAU, di mana Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu dan Perikatan Nasional, selain berjanji untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Anwar.

Ramkarpal berkata pengakuan Hamzah hari ini harus disiasat kerana ia menunjukkan campur tangan Kementerian Dalam Negeri dalam pelantikan pegawai kanan polis.

“Berdasarkan perkara di atas, Hamzah salah dengan berkata tidak ada kesalahan dibuat pihaknya dan ia harus disiasat sekarang kerana beliau telah mengesahkan suara dalam rakaman tersebut adalah miliknya.

“KPN baharu, Acryl Sani Abdullah Sani akan membuat perkara bagus dengan menyiasat Hamzah sebagai tugasan pertamanya selepas dilantik, dan jika tidak, pandangan wujudnya pilih kasih dalam siasatan berkaitan dengan pemimpin kerajaan berbanding pemimpin pembangkang akan kekal,” kata Ramkarpal.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang, Akif Rusli turut mendesak kerajaan menggantung Hamzah bagi melancarkan siasatan.

“Pengakuan Setiausaha Agung Bersatu itu (Hamzah) adalah satu campur tangan politik keji yang melibatkan salahguna kuasa dan rasuah kerana dibuat demi kepentingan tertentu dan jelas berbentuk satu pengkhianatan kepada negara.

“Pejuang Muda juga mendesak agar Hamzah digantung tugas beliau sebagai Menteri Dalam Negeri semasa siasatan itu dijalankan bagi mengelakkan sebarang bentuk tekanan kepada pihak pasukan penyiasat,” kata Akif. – 30 April, 2021.

BAGUSLAH

KERAJAAN

MACAM INI

AMIN

RAKYAT MARAH

BOLEH BANGUN

MELAWAN

AMIN

KALAU SEMUA

BAIK  TAKDA

YANG ZALIM 

AMIN

TAK AKAN ADA

PERLAWANAN

AMIN 

KALAU TENTERA

TAK RAMPAS KUASA

APAKAH ANAK

MUDA AKAN 

BERDEMO

DI MYANMAR

KHALAS



1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Malaysia bukan lagi nigara dunia ketiga ..Malaysia dah jadi negara dunia tiga suku ..kihkihkih