SEMUA DAPAT
SUFRAT POLIS KE?
KHALAS
KALAU MACAM INI
PKP 1000 TAHUN
PUN TAK ADA
MAKNA
AMIN
Aliran trafik ke Pantai Timur sesak
BIARPUN ibu negara kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aliran trafik menuju ke pantai timur dilaporkan sesak sejak awal pagi ini.
Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata jumlah kenderaan meningkat seawal jam 8 pagi tadi menyebabkan kesesakan terutama di kawasan sebelum Plaza Tol Bentong.
Menurutnya selain pertambahan pengguna jalan raya, kesesakan dipercayai berlaku susulan pemeriksaan ketat dilakukan polis di sekatan jalan raya di Plaza Tol Bentong.
LLM di laman Facebook turut memuat naik gambar menunjukkan kenderaan yang beratur dalam kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan berkenaan sejak awal pagi tadi.
Sementara itu Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat mengesahkan kepada Bernama berlaku peningkatan pergerakan kenderaan memasuki negeri berkenaan sejak semalam membabitkan tiga laluan pintu masuk iaitu Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli.
Menurutnya, sebanyak 75 kenderaan turut diarahkan berpatah balik susulan tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri sepanjang pelaksanaan sekatan jalan raya di laluan masuk negeri berkenaan semalam.
Mengulas lanjut, Shafien berkata pihaknya akan menambah lima lagi sekatan jalan raya di negeri berkenaan yang berada di bawah PKP sejak 16 April lepas hingga 17 Mei ini.
“Selain itu, polis juga akan menambah bilangan pasukan penguat kuasa untuk memantau tahap pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam seperti pusat beli belah,” katanya. – Bernama, 8 Mei, 2021.
3 ulasan:
Aku nak ckp 1 benda je - nuar jubo mmg babi
Rupanya kobid ni salah nuar. Disebabkan salah nuar umno dan pas dapat jadi menteri. Prn Sabah pun punca nuar jugak. Kalau nuar tak buat hal, tentu madey masih pm. Menteri2 semua ph dan tak ada kes kobid.
Surat Polis ..tempat gwa surat polis boley bili di kedai runchit ..ala murah je takat ni RM2 je ..nanti jam festival naik sikit lah. Ini lah hasil DEB semua mende musti di niagakang ..kang ..kang ..kang
Catat Ulasan