HARI HARI
AKHIR SAEKOR
MUHYIDIN
AMIN
ATAU
HARI HARI
AKHIR SAEKOR ZAHID
AMIN
Ahli Majlis Tertinggi Umno akan tinggalkan Perikatan sebelum 1 Ogos, kata sumber
LEBIH 30 ahli Majlis Tertinggi Umno menandatangani usul untuk meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum 1 Ogos, menurut sumber.
Pimpinan Umno memanggil Ahli Majlis Tertingginya untuk mereka menandatangani usul berkenaan yang akan dibentangkan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang.
Presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan persetujuan mereka pada mesyuarat dengan ahli Majlis Tertinggi di ibu pejabat parti yang turut dihadiri timbalan presiden parti Mohamad Hasan dan setiausaha agung parti Ahmad Maslan.
Umno mempunyai 37 ahli Parlimen dalam 222 kerusi Parlimen dan tindakan menarik sokongan akan menyebabkan kerajaan PN tumbang.
Langkah berkenaan adalah susulan daripada keputusan biro politik parti itu pada 21 Jun yang menuntut agar Parlimen bersidang semula dalam tempoh 14 hari.
Zahid berkata kegagalan untuk bersidang merupakan satu penghinaan kepada institusi raja.
Katanya kerajaan perlu menghormati titah Agong dan Raja-Raja Melayu untuk Parlimen bersidang secepat mungkin.
“Umno berpendirian tegas untuk mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan ini.
“Kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah,” kata Zahid dalam satu kenyataan.
1 ulasan:
Pil Chi Kit Teck Aun ada lah Sham.... Yidin X Telo akan terus bertakhta Kurang lebih dua tahun lagi....
Catat Ulasan