Bahrain haram beg plastik sekali guna mulai 19 September
BAHRAIN bakal mengharamkan penjualan, pengilangan, pengedaran dan pengimportan beg plastik sekali guna, dengan ketebalan kurang daripada 35 mikron mulai 19 September, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).
Menteri Industri, Perdagangan dan Pelancongan, Zayed Rashid Al Zayani berkata keputusan itu diambil bagi menyokong inisiatif perlindungan alam sekitar dan mengehadkan pencemaran sisa plastik.
Larangan itu selari dengan usaha kerajaan memastikan persekitaran yang menyokong kemampanan dan mengurangkan pencemaran alam, katanya.
Bagaimanapun, larangan itu tidak terpakai ke atas beg plastik sekali guna dengan ketebalan lebih daripada 35 mikron, beg plastik sekali guna untuk tujuan perubatan dan beg untuk eksport.
Kementerian akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk menjayakan matlamat itu, serta menyeru orang ramai bekerjasama demi memelihara alam sekitar. – Bernama, 25 April, 2022.
1 ulasan:
Bro, jangan ghairah sangat nak sekat plastik. Cuba lihat di sekeliling, mana yang tak ada plastik sekarang? Kereta pun banyak komponen plastik. Bro pernah ke guna daun pisang sebagai pembungkus? Yang Malaysia sibuk sangat nak sekat penggunaan beg plastik tetapi terima sampah radioaktif dari Eropah dan Amerika tu macam mana pula? Kah! Kah! Kah! Kah!
Catat Ulasan