Khamis, 3 Ogos 2023

MENCARI GANTI MENU RAHMAH


Pilihan raya kecil Pulai, DUN Simpang Jeram 9 September


PILIHAN raya kecil kerusi Parlimen Pulai dan kerusi dewan undangan negeri Simpang Jeram di Johor akan diadakan pada 9 September, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini.

Penamaan calon bagi dua kawasan pilihan raya itu akan berlangsung pada 26 Ogos, kata Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh yang mempengerusikan mesyuarat.

Dua pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat pendarahan otak.

Timbalan Presiden Amanah itu sebelumnya sempat menjalani pembedahan dan kemudian ditidurkan.

Salahuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor pada 24 Julai.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November 2022, Salahuddin menang kerusi Parlimen Pulai untuk Pakatan Harapan (PH) mengalahkan bekas wakil rakyatnya Nur Jazlan Mohamed dari Barisan Nasional (BN) dan Loh Kah Yong dari Perikatan Nasional (PN).

Nur Jazlan tersingkir di kerusi itu pada PRU14, juga di tangan Salahuddin.

Salahuddin juga menyandang kerusi DUN Simpang Jeram sejak 2018, yang dimenanginya semula pada Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac 2022. – 3 Ogos, 2023.

MENCARI GANTI

MENU RAHMAH

AMIN

NEGARA 

KEHILANGAN

SOSOK YANG

BERPOTENSI

AMIN

PEMIMPIN

MASA DEPAN

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Semalam tempat gwa, mee goreng Pasar Malam yg biasa di jual RM4 sebungkus naik RM6 .. jadi menu Rohmah kepala bapak apa lagi yg tinggal .. kahkahkah ..