Khamis, 25 Julai 2024

DIMANA MAT SABU HILANG ?

 

Hari ini saya mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Luar Venezuela TYT Yvan Gil Pinto dalam lawatan kerja pertanian antara Malaysia dan Venezuela.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Venezuela pada 2023 dinilai pada USD48.4 juta, meningkat 34.8% daripada USD36.6 juta yang dicatatkan dalam 2022. Jumlah eksport pada 2023 bernilai USD8.8 juta, penurunan sebanyak 16.4% daripada USD10.9 juta yang dicatatkan pada 2022. Sementara itu, jumlah import pada 2023 bernilai USD39.6 juta, meningkat 56.3% daripada USD25.6 juta dicatatkan pada 2022.
Manakala jumlah perdagangan Malaysia dalam produk pertanian dengan Venezuela bernilai RM40.33 juta pada 2023 (USD8.6 juta). Antara produk import utama Malaysia dari Venezuela ialah ikan, krustasea dan moluska; kopi, koko, teh dan rempah ratus; serta sayur-sayuran.
Malaysia amat berminat untuk menerokai potensi pasaran baharu ke Venezuela bagi produk buah-buahan tropika, hasil ternakan serta hasil perikanan.
Bagi menjayakan hasrat ini, Malaysia ingin mencadangkan satu protokol atau prosedur operasi standard (SOP) terhadapan produk seperti ayam, daging lembu dan sarang burung ke dalam pasaran Venezuela.
Saya amat berharap kerjasama strategik ini akan membawa manfaat besar kepada sektor pertanian Malaysia dan Venezuela, serta membantu memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berkualiti untuk rakyat kedua-dua negara.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramai orang sudah tahu madani semakin lingkup, entah lah Mat Sabu lagi tahu tapi selagi ada jawatan cuba buat terbaik, ada tanam bawang ada bawa masuk telur ayam, pasti ada minyak sawit, pelik sekali masa Mat Sembab semua hilang belaka, tapi tak ada yang bising semua bisu perhabis duit KWSP kah kah kah, masa sama belakang belanja berbillion pulak, vaksin mahal kot, kos projek pilihanraya lagi mahal,.nak jaga majoriti ingat kerja senang kah? Kah kah kah apa pun Mat Sabu tetap dikenang baik mesra masih amalkan budaya biasa bukan kayangan yang tidak bertudung lah kak Tam Suhaimi

Tanpa Nama berkata...

lu tak boleh panggil mat sabu macam tu je.. skarng kena panggil datuk seri mat sabu.. datuk seri mat dah kenyang. lu cari dia kenapa ? dia dah unfriend lu ke ?

Rank&File berkata...

Mat Sabu masuk ke alam ghaib bersama ghaibnya beras super special tempatan.