Pusat hiburan
elit saji khidmat
GRO warga asing
diserbu
KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan yang menyajikan layanan VIP di Jalan Sultan Ismail di ibu negara digempur oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Dalam serbuan Ops Gegar sekitar 2.30 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota JIM Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan.
Difahamkan, pusat hiburan itu menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan elit’dengan menawarkan bilik karaoke super VIP’ pelbagai saiz antara RM10,000 hingga RM16,000 bagi setiap sesi.
Bukan itu sahaja, bilik VIP itu hanya dikhaskan untuk pengunjung tetap selain dilengkapi dengan layanan wanita warga asing sebagai teman menyanyi dan minum bersama.
Pelanggan yang ingin menjadi ‘ahli tetap’ di pusat hiburan itu dikatakan perlu mempunyai simpanan lebih RM100,000 dalam akaun bank sebelum diterima masuk.
Menurut Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan mengejut dijalankan berikutan aduan mengenai aktiviti meragukan di premis tersebut.
Dalam serbuan itu, 50 individu termasuk pekerja dan pelanggan telah diperiksa dan daripada jumlah itu, seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk sembilan wanita ditahan.
Kesemuanya yang ditahan terdiri daripada 17 orang warga China termasuk lapan wanita, Bangladesh (5), Pakistan (3), dan seorang wanita warga Kazakhstan.
“Mereka yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 43 tahun. Antara kesalahan yang dikesan adalah penyalahgunaan pas pelawat dan tidak memiliki dokumen yang sah,” katanya di lokasi operasi pagi tadi.
Tambah beliau, kesemua wanita yang ditahan disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO) manakala lelaki merupakan pekerja di premis terbabit.
Katanya lagi, PATI yang ditangkap akan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
3 ulasan:
bukan sebab tu sangat..... sebab ada duit haram tak tau nak pergi mana..
Tokoh pejuang keadilan mesti pandai mencarut mengejek dan post gambar b.......t. kah kah kah. Mapuh mapuh hahaha.
Perangai hasad dengki ini semakin berleluasa sekarang, tak boleh tengok orang senang, terus kacau sebab diri sendiri tak boleh rasa nikmat burit asing, lagipun tak ramai mampu, kalau ada 100 ribu kah kah kah service mesti A1 lol kah kah kah
Catat Ulasan