TIPU PILIHANRAYA
TURUN
KE JALAN RAYA
500 RIBU SATU AMARAN
Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 berjaya. Percubaan untuk
mengagalkan telah gagal. Seramai 500,000
anak semua bangsa telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpuan di
Stadium Merdeka. Saperti biasa media
milik United Malays National Organisation akan membuat pelbagai kesah, lawak dan
dongeng.
Dari awal lagi telah dijangkakan Mat Remeh bin Temeh akan mempertikaikan jumlah
yang hadir. Sama ada 700 ribu atau 500
ribu tidak penting. Ini bukan peraduan congak. Ini bukan peraduan mengukur berapa kilo berat badan Rosmah Mansor. Yang saheh dan penting ialah 500,000 warga – tua dan muda – anak semua
bangsa telah turun ke Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 untuk memperlihatkan keberanian
mereka bangun melawan United Malays
National Organisation.
Manakala, Siti Temeh binti Lebai Remeh telah memecah
urat kentot berfikir untuk menganjing HKR112. Sayangnya, urat kentot si Minah ini hanya
berkeupayaan untuk menamakan HKR112 ini
dengan nama Himpunan Shamsidar. Lawak bodoh Himpunan Shamsidar ini diberitakan telah menetas dari mulut Ketua
Penerangan United Malays National Orgaisation.
Jika keupayaan fikrah Ketua Penerangan parti yang
memerentah hanya ke tahap ‘himpunan shamsidar’ maka jelas negara Malaysia kita ini sedang
berada dalam bahaya. Percubaan bangang
saperti ini adalah cermin muka untuk kita semua menyedari bahawa negara kita kita sedang dikemudikan
oleh Mamat-Mamat Remeh bin Temeh yang memiliki lubang kosong diantara dua telinganya.
Paling menyedihkan ada diantara Mat
Remeh ini telah berjaya menyamar sebagai
Ketua Penerangan dan menjadi Menteri.
Justeru, mari kita lupakan jumlah 500,000 yang datang. Apa yang wajib
kita fahami ialah apa makna dan tanda dari kehadiran ini.
Saya telah merayau dari pekan ke kampong untuk
mengelodak, mengecar dan
menghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur. Hakikatnya hasutan saya itu
berjaya. Tim menghasut - dari parti
politik, Ngo dan aktivis - telah berjaya menghasut orang ramai untuk turun ke
Kuala Lumpur. Saya tepok dada tanda puas
hati. Tangan kanan saya bersalaman dengan tangan kiri saya.
Sebenarnya, saya tersenyum puas apabila melihat: yang capek mamakai tongkat, yang pekak
tertanya-tanya, yang buta diheret teman,
yang tua berkerusi roda, yang sesat melihat GPS, yang Cun dihurung Balak, Yang Cool membawa spanduk - semua
berjalan untuk memasuki Stadium Negara.
Biasanya sesiapa yang menyusun program akan merasa cuak dan
berdebar-debar kalau-kalau tidak ramai yang datang. Saya juga merasa cuak dan
bedebar-debar bukan takut orang tak datang tetapi saya gerun jika terlalu ramai
orang yang datang. Saya akui disini jumlah 500,000 yang turun ke
Kuaal Lumpur pada 12 Januari 2013 itu lebih dari mencukupi. Apa yang menakutkan ialah kita berhimpun dalam kawasan bertembok dan
berpagar.
Saperti yang telah saya tuliskan dahulu, bahawa ampohan orang ramai ini akan mengubah
lanskap politik negara. Buktinya - kita terbaca bagaimana Muhyiddin dikatakan, pada
hari Sabtu yang sama akan mengadakan Himpunan Di Raub. Tetapi berita ini hilang
bagitu sahaja. Tak tahu hujung pangkal.
Tidak dipastikan jadi atau tak jadi.
Manakala si Najib pula telah
mangadakan Himpunan Di Semenyih di hadapan Dataran Tesco. Gambar resmi
yang dikeluarkan, dari sudut semiotik – perhimpunan ini adalah satu penghinaan kepada Orang India. Utusan Malaysia dengan
bangga tetapi bodoh telah memaparkan
gambar Orang India sedang berebut-rebut
untuk mengaut beras hadiah dari Barisan Nasional.
Bayangkan betapa hinanya Orang India di Malaysia ini terpaksa
berebut-rebut menghulur tangan untuk
mendapat satu kampit beras hancur. Ini sama saperti imej ‘ kebuluran’ dalam negara dunia ketiga yang
selalu kita lihat digambarkan oleh media kaum imperialis.
Inilah perubahan lanskap politik yang saya maksudkan. Rakyat memukul gendang - United Malays National Organisation terpaksa
menari. Najib dan Muhyiddin Sabtu lalu telah menari mengikut rentak irama HKR112.
Pasti ramai yang akan bertanya kenapa kali ini tidak ada
tembakan gas pemediah mata dan tidak ada semburan cecair kimia?
Malah ada anak-anak muda merasa HKR112
ini ‘kureeeng cool’ tanpa tembakan gas pemediah mata. Untuk anak-anak muda ini
biar saya bersurah untuk membawa hikayat pejuangan jalan raya.
Jalan raya sebagai wadah perjuangan bukan satu yang baru.
Turun berdemo ke jalan raya ini bukan
ombak politik baru di tanah air kita ini. Dizaman British lagi Hisbul Musliman,
Parti Komunis Malaya, Parti Rakyat, API, KMM, PKMM, kesatuan buruh, anak
pelajar, agamawan telah mengunakan jalan
raya sebagi kancah politik melawan penjajah. Malah United Malays National
Organistion sendiri telah keluar berdemo di jalan raya untuk menentang
penubuhan Malayan Union pada tahun 1946.
Wajib juga saya surahkan disini – ketika abang adik – kyusuk
mendengar ucapan dari pemimpin Ngo dan Parti Politik - sedarilah bahawa keselesaan berhimpun dalam
Stadium Merdeka Sabtu lalu adalah hasil
dari perjuangan menuntut hak yang maha panjang. Ramai telah pecah kepala, buta
mata, patah tangan, patah kaki,
dipenjara , malah ada yang telah ditembak mati
ketika berdemo. Sabtu lalu adalah
penyambungan perjuangan hak berdemo dan hak berhimpuan di jalan raya. Hak ini ditulis jelas dalam perlembagaan. Tetapi selama 54 tahun ini United Malays National Organisation telah
menafikan Fasal 10 Hak Berhimpun yang tertera dalam Perlembaaagn Malaysia.
Orang ramai telah ditakut-takutkan dari berani keluar ke jalan raya. Belantan, chota, gas, kimia, penjara dan mahkamh telah digunakan untuk menakutkan orang
ramai. Bertahun-tahun orang ramai telah
berjaya ditakut-takutkan. Malah orang ramai juga telah ditakut-takutkan dengan konsep ‘menggulingkan’
kerajaan. Orang ramai ditakut-takutkan dengan konsep ‘menjatuhkan’ kerajaan. Orang
ramai dihantui dengan pelbagai undang-undang dan peraturan yang bertujuan untuk
memastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa.
Tersenyumlah - kerana
semua ini hanya tinggal dalam buku sejarah. Hari ini tidak ada sesiapa lagi
yang takut untuk menggulingkan kerajaan.
Tidak ada siapa lagi yang takut untuk berdemo di jalan raya. Telah saheh turun ke jalan raya untuk berdemo telah menjadi budaya politik kita.
Jumlah 500,000 adalah 500,000 yang mewakili anak semua bangsa. Mereka telah bertekad dan
bersetia dengan membaca Deklarasi 12
Januari. Mereka telah berjanji untuk menghumbankan United Malays National
Organisation dan kuncu-kuncunya jika Barisan Nasional menang dengan jalan
menipu dalam PRU13 ini.
Amaran ini amat jelas terpampang besar untuk dibaca oleh warga dalam stadium. Untuk
yang tidak berada dalam stadium, untuk yang dirumah atau diluar negara ‘Kain Rentang Amaran’ ini boleh dilihat dalam
puluhan rakaman gambar dan klip video yang sedang mengampoh di alam maya.
Amaran: Tipu Pru Rakyat Bangkit Humban Kamu - ayat inilah yang tersirat dan tersurat.
Amaran ini tidak berselindung dengan kata-kata molok. Tidak berselindung dengan
kata-kata diplomasi. Amaran ini
dinyatakan dengan jelas dan terang.
Amaran ini ditujukan kepada United Malays National Organisation.
Inilah amaran HKR112.
Secara sedar. Secara bersopan. Secara hormat orang ramai yang turun ke jalan raya telah
memberi amaran agar mereka tidak lagi
akan ditipu saperti dalam pilihan raya yang lalu.
Amaran ini bukan pula akan menafikan hak dan tuntutan
pelbagai Ngo. HKR112 secara sedar disusun untuk menjadi kemudi dalam
penggumpulan kesemua kemarahan, kesemua
ketidak puashatian dan keresahan warga yang selama ini merasakan diri mereka telah ditipu dan ditindas oleh United Malays National Organisation.
Malah, tuntutan dari
Ngo-Ngo ini juga diajukan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana para aktivis Ngo
sedar kemungkinan kilang Lynas tidak akan ditutup masih ada walau pun kerajaan
Pakatan yang berkuasa. Bagitu juga, para aktivis sedar bahawa kemungkinan tanah
orang kampong di Pengerang akan terus dirampas walau
pun telah ada kerajaan baru. Kemungkinan ini wujud. HKR112 juga bertujuan untuk
mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa – rakyat melihat dan memerhati.
PRU13 ini dijadikan sasaran induk kerana telah jelas dengan bukti-bukti yang
saheh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merancang untuk menipu. Benteng akhir pertahanan United Malays
Naztional Organisation ialah SPR. Menipu untuk mendapatkan undi hanyalah cara
untuk Barisan Nasional menang.
Justeru, kita tidak perlu berselindung dengan konsep ‘ non partisan’ atau tidak menyebelahi
mana mana pihak. Untuk rakyat tertindas,
untuk warga miskin, untuk rakyat yang tanah kampong halaman dirampas – untuk kesemua
ini jelas dan terang mereka memihak – memihak bersama-sama sesiapa sahaja yang
ingin menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.
Memang betul dan tepat di Malaysia tidak ada Arab Spring. Kita
bukan Arab. Apa yang ada ialah Malaysian Durian. Hari Sabtu 12 Januari yang lalu ialah tanda 500,000 pokok durian sedang berbunga. Jika dalam PRU13 ini rakyat ditipu sekali lagi
oleh SPR maka yakinlah bunga bunga durian ini akan meledak. Bunga durian ini bukan hanya 500,000
jumlahnya - malah berjuta akan turun ke
jalan raya.
Jangan tipu dalam PRU13. Ini amaran. Untuk pegawai SPR
sebelum menjalankan projek tipu kerana mendapat
arahan dari United Malays National Organisation –
sila lihat dahulu gambar-gambar dalam
klip YouTube tentang HKR112. Bertenang dan fikirkan - yang saya tulis ini bukan acaman. Tetapi satu
janji. ( TT)
NOTA:
tulisan ini terlah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukul talipon 03-22-72-40-45
------
8 ulasan:
tentang, mari lah tentang.. bersama sama..
haa.. berita macam nie la TT yg gue nak baca. berita kejayaan perjuangan. berita steady dan jelas.
nik aziz vs harun din, satu lagi cerita pening dari blog pakatan rakyat baca ni :
Bernista Bersumpah Bersurah
bila lah nak nak steady dan jelas.
Woit TT,
orang pr Tak perlu turun ke jalan raya.
Beri lah chan untuk pembangkang lepas ge13 turun ke jalan raya.
Mereka nak rasa mineral cannon truk,baton charge,kena tendang, gari2 ,kena tangkap, duk kat lokap,dll yang orang pr dah mengalami.
Sekerang turn bn lepas ge13
Aku bukan takut orang ramai datang.....Cuma yang aku takut studium runtuh kerana terlalu...terlalu ramainya orang yang datang. Semasa DS Anwar laungkan "MERDEKA" meremang semua bulu aku mendengarnya.....Walau bagaimana pun jika niat nya baik....maka jadi baiklah akhirnya.....
adoyaaaiii apsal laa tt letak pic skerap hangus last2 skali tu....huhuhu tak lalu nak nenen 3 hari 3 malam,,...suey ko tt
SPR dan kerajaan hari ini perlulah faham rakyat skrg bukan mcm zaman 80'an dulu...
Dulu tipu PRU pun rakyat buat tak tau jea sebab dulu tak ramai sgt rakyat yg celik politik...
Abg Mat nak buat himpunan pun tak jalan sebab tak sampai 300 org nak ikut pada masa tu...
Tapi skrg tidak lagi, harap PRU kali ni SPR dapat melaksanakannya dgn adil dan bebas...
Rakyat tidak kisah PR mengambilalih kuasa atau BN mengekalkan kuasa, itu semua tidak dikisahkan, yg penting biarlah kemenangan sesebuah kerajaan itu dgn cara bermoral dan bermaruah tanpa adanya sebarang penipuan...
Ayat lazim yg biasa sgt diberikan oleh org umno/bn bila rakyat menuntut sistem pilihanraya yg bebas dan adil ialah :-
"Kalau sistem pilihanraya itu tidak bebas dan adil, kenapa PR berjaya memerintah di 5 buah negeri..."
Jawapan org PR pula adalah :-
"Kalau sistem pilihanraya itu bebas dan adil, sudah lama umno/bn menjadi pembangkang di negara ini"
Pengalisis pula berkata, PR berjaya ambilalih 5 buah negeri pada PRU 2008 kerana lonjakan sokongan tinggi yg luarbiasa sehingga berjaya 'menimbus' sebahagian penipuan yang dijalankan...
Apa pun analisis atau jawapan, pada kali ini rakyat tidak kisah siapa yg akan jadi kerajaan samada BN atau PR, yg penting Sistem Pilihanraya itu perlu dijalankan dengan adil dan bebas...
menitik ayaq mata jantan aku bila baca tulisan TT kali nih..
Catat Ulasan