Selasa, 14 Jun 2016

SELAMAT BERBUKA





SELAMAT 

BERBUKA


hampir jam 3  tetiba hujan turun
ini hujang petang
hujan rahmat bulan puasa
tuan punya warung tak risau
malah gumbira kerana
wilayah gerai jadi sejuk dan nyaman

tahun ini bulan puasa 
amat nyaman
sejuk dan redup
apakah ini tanda tanda
apakah ada makna
atau
ianya hanylah tanda bahawa
el nino telah pergi
dan la nina dah sampai
DAPUR JALANAN
gua sibuk dengan dapur jalanan
nak pastikan pelanggan datang
nak pastikan pesanan awal sedia
nak pastikan talipon dijawab
ini projek amal  anak anak muda
tim dapur jalanan
mereka menjual patin tempoyak
dengan niat mengumpul dana
untuk warga miskin kota

anak anak muda ini merancang
untuk mengadakan kenduri
hari raya untuk wartga miskin kota
maka gua turut sama membantu


PATIN TEMERLOH
patin tempoyak yang kami masak
datang dari  patin sangkar dari temerloh
seorang hamba allah telah baik hati
memberi kami patin ini
untuk dijadikan bahan jualan
hamba allah ini menyokong kuat
projek dapur jalanan ini
tanpa hamba allah ini tak mungkin
projek ini dapat digerakan
terima kaseh kita semua
kepada hamba allah ini


PETANG INI
gua petang ini
bak kata orang kampong wavre
rien special - nothing special
tapi dalam simpanan 
gua ada petai segar
ada jering muda
ada sambal bilis petai minyak zaiton

NOTA:
makan tanpa petai
saperti sex tanpa foreplay

RAYA

LAGI 21 HARI



-------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Panas panas makan durian tempoyak petai

Semua tu banyak angin penyakit saja OK

Tenang tenang saja

SedapMengidap tau !!!!!!